Thursday, July 28, 2011
Tuesday, July 26, 2011
Top 3 Drama At OneTvAsia By FatinCitakky :-p
1. Lie To Me
Serius cerita ini kelakar tak hengat..Ceritanya bermula bila A-Jong tipu kawan perempuan dia yang juga telah merampas crush dia dulu, Jaebom (bukan Jaebom 2pm ye.hehe)..Masa tu dia kat salon terserempak dengan minah si perampas ni dan mengaku telah berkahwin..Disebabkan ada sedikit tersilap pandang oleh salah seorang kawan A-Jong yang lain pulak, tak memasal A-Jong dikatakan telah berkahwin dengan Presiden Hotel World yang kononnya sangat terkenal kat bandar tu..Dalam cerita banyak insiden yang kelakar nak-nak si A-Jong yang gila-gila neh...Pelakon utama yang melakonkan watak A-Jong ialah Yoon Eun Hye dan Kang Ji Hwan sebagai Hyeon Gi Joon..Watak Hyeon Sang Hee pun best..Hensem! Suara macho gila! Tak sabar nak tengok next episod esok malam ^^

2. City Hunter
Pelakon utama Lee Minho..aku jarang tengok cerita action..tengok iklan cam tak best je..tapi tengok la jugak episod 1 gara-gara aku fan Minho =p..not bad...episod 1st masa tu kat Thailand...Masuk episod 2-3 dah kat Seoul baru nampak ke"gempak"kan cerita neh..Action dia tuh memang smart habis! Cerita ni tak de la serius sangat..ada jugak selitakan percintaan..Motif utama adalah dendam..Kim Nana watak heroin dalam ni pun comel jugak..Hara dari kumpulan KARA pun ada jadi anak presiden..Senang cerita cerita ni memang best!

3. You Don't Know Women
Drama ni lebih kepada kekeluargaan.Tak sekelakar macam Lie To Me mahupun You're Beautiful.Macam drama Melayu pun ada gak..Huhu...Ada 100 episod..sekarang kat TV baru 40++ episod T__T. Apa yang menarik minat aku nak tengok cerita ni ialah memula iklan dia pasang lagu cam layan jugak..hehehe..aku pun cuba la tengok drama ni walopun bukan 1st episod aku dapat tgk, tapi episod awal la jugak aku dapat tengok...Cerita ni berkisarkan tentang Min Jeong yang diceraikan suami sebab dia tak dapat beranak..dengan mertua lagi yang desak nak cucu cepat-cepat..Si suami Min Jeong ni curang dengan perempuan lain sampai perempuan tu hamil..Lepas je Min Jeong bercerai baru dia dapat tahu dia mengandung dan membesarkan anak lelaki dia, Sa-rang bersama ibunya dan mak sedara kot (aku pun tak sure..hehe..).Bertahun-tahun dia rahsiakan dari bekas suami dan bekas mertua dia yang dia dah pun ada Sa-rang walopun beberapa kali jugak la hampir terkantoi..Nak dijadikan cerita Yu-ran iaitu perempuan yang merampas suami Min Jeong ni plak keguguran sebanyak 2 kali..Dipendekkan cerita Sa-rang dah masuk tadika/sekolah dan masa tu la Min Jeong baru sedikit terbukak untuk menerima kehadiran seorang lelaki, Park Mu Hyeok..Tapi Min Jeong ni nasib dia selalu malang sebab kehadiran Gyeong Ran, iaitu adik kepada Yu-Ran..Hish..memang menyibuk betul 2 beradik ni..dasar perampas! Dah orang laki tu tak suke nak terhegeh-hegeh lagi..Duhh!!OK..masih ada 60+ episod lagi ye kena tunggu..Huhu..
Selalunya bila habis citer City Hunter dengan Lie To Me ni citer You Don't Know Women lak lepas tu...jadi, pagi-pagi TV ni aku yang punyaa!! :-p

P/S - Tengok kat TV lagi puas dari tengok kat laptop nak-nak bila HD kan.Heee~Heartsring bila lak nak tayang kat TV?

2. City Hunter
Pelakon utama Lee Minho..aku jarang tengok cerita action..tengok iklan cam tak best je..tapi tengok la jugak episod 1 gara-gara aku fan Minho =p..not bad...episod 1st masa tu kat Thailand...Masuk episod 2-3 dah kat Seoul baru nampak ke"gempak"kan cerita neh..Action dia tuh memang smart habis! Cerita ni tak de la serius sangat..ada jugak selitakan percintaan..Motif utama adalah dendam..Kim Nana watak heroin dalam ni pun comel jugak..Hara dari kumpulan KARA pun ada jadi anak presiden..Senang cerita cerita ni memang best!

3. You Don't Know Women
Drama ni lebih kepada kekeluargaan.Tak sekelakar macam Lie To Me mahupun You're Beautiful.Macam drama Melayu pun ada gak..Huhu...Ada 100 episod..sekarang kat TV baru 40++ episod T__T. Apa yang menarik minat aku nak tengok cerita ni ialah memula iklan dia pasang lagu cam layan jugak..hehehe..aku pun cuba la tengok drama ni walopun bukan 1st episod aku dapat tgk, tapi episod awal la jugak aku dapat tengok...Cerita ni berkisarkan tentang Min Jeong yang diceraikan suami sebab dia tak dapat beranak..dengan mertua lagi yang desak nak cucu cepat-cepat..Si suami Min Jeong ni curang dengan perempuan lain sampai perempuan tu hamil..Lepas je Min Jeong bercerai baru dia dapat tahu dia mengandung dan membesarkan anak lelaki dia, Sa-rang bersama ibunya dan mak sedara kot (aku pun tak sure..hehe..).Bertahun-tahun dia rahsiakan dari bekas suami dan bekas mertua dia yang dia dah pun ada Sa-rang walopun beberapa kali jugak la hampir terkantoi..Nak dijadikan cerita Yu-ran iaitu perempuan yang merampas suami Min Jeong ni plak keguguran sebanyak 2 kali..Dipendekkan cerita Sa-rang dah masuk tadika/sekolah dan masa tu la Min Jeong baru sedikit terbukak untuk menerima kehadiran seorang lelaki, Park Mu Hyeok..Tapi Min Jeong ni nasib dia selalu malang sebab kehadiran Gyeong Ran, iaitu adik kepada Yu-Ran..Hish..memang menyibuk betul 2 beradik ni..dasar perampas! Dah orang laki tu tak suke nak terhegeh-hegeh lagi..Duhh!!OK..masih ada 60+ episod lagi ye kena tunggu..Huhu..
Selalunya bila habis citer City Hunter dengan Lie To Me ni citer You Don't Know Women lak lepas tu...jadi, pagi-pagi TV ni aku yang punyaa!! :-p

P/S - Tengok kat TV lagi puas dari tengok kat laptop nak-nak bila HD kan.Heee~Heartsring bila lak nak tayang kat TV?
Sunday, July 24, 2011
Sama Tapi Tak Serupa..Tapi..Tapi..Tapi....
Peminat KPop..Anda mahu komen kumpulan dari Indonesia ini?
Ada yang kata kumpulan ini lagi senonoh dari POP Max24/7 and wat wat so ever itu..
Komen saya?
Saya tetap suka lagu muzik original dari Korea..=)
Baik kan saya hari ni?
Tak maki apa-apa pun..
Keh keh keh...
P/S - Yes yes yes!!!
Tuesday, July 19, 2011
Tips Untuk Tuan Punya Kucing
Mahu kucing anda sayangkan anda? Anda mahukan kucing anda lebih manja kepada anda?Jom cuba tips kat bawah berdasarkan pengalaman saya ^^
1. Tuan kucing kena jaga kucing seperti jaga anak. Ya..Abah & Mama saya menjaga kucing seperti anak-anak mereka sendiri. Tetapi tidaklah sampai anak kera disusukan di hutan, anak di rumah mati kelaparan.Tidak-tidak..Saya dan kakak saya tidak pernah berasa begitu.Kami diberi kasih sayang yang secukupnya.Heee~
2. Kucing juga seperti manusia. Suka dibelai. Jadi selalulah belai kucing anda walopun kucing anda berada di dalam sangkar.
3. Sanggup menghabiskan duit tiap-tiap bulan semata-mata untuk menjaga keperluan kucing. Keperluan yang dimaksudkan ialah makanan kucing dan pasir. Itu ialah keperluan yang paling utama. Disebabkan kucing-kucing saya tidak pandai makan nasi yang digaulkan dengan ikan/ayam, maka kami perlu mencari makanan yang sesuai dengan kucing. Kucing-kucing kami juga jarang diberi Whiskas & Friskies kerana meragui dengan kandungan yang terdapat dalam bahan makanan tersebut. Kebiasaannya kami sekeluarga akan membeli makanan kucing dari klinik kucing atau kedai haiwan kerana di sana mempunyai pilihan yang lagi banyak yang sesuai untuk kucing. Contohnya makanan untuk melebatkan bulu kucing dan lain-lain (saya pun da lupa.hehehe)..Oh ya..jangan lupa..sekali-sekala berikan kucing anda
susu ye..Pastikan anda beli susu khas untuk haiwan/kucing. Serius..Sedap gile bau susu kucing ni. Bau vanila. Heh. Kalau simpan susu tu dalam peti jangan tertukar dengan susu manusia pulak ye =p..Kos naik bila jaga kucing? Ha..kan aku dah kata.jaga kucing ibarat kena jaga anak. Cam orang baru kawen la bila dapat anak sorang kos naik jugak kan kan kan?
4. Setiap hari pastikan kucing ada berada dalam keadaan selesa untuk berak/kencing. Buang air kencing yang telah bergumpal dengan pasir kucing dan najis itu paling kurang 2 kali sehari.Ini juga untuk keselesaan tuan punya kucing supaya rumah tak berbau..Macam kucing saya ada 3 ekor. Setiap seekor ada sangkar masing-masing di tempat berlainan.Kenapa?Sebab kucing-kucing saya suka keselesaan. Tak suka share "bilik".Haishh..Poning omak abah den kadang-kadang duk pk kucing punyo hal neh ha..Si omak kucing bernamo Fifi neh sangkar dia kat famili area, si anak dio Julie ni pulak kat area dapur kering, Julie ni lah paling selesa dia punya sangkar sebab 3 tingkat. Dulu 3 ekor duk sini termasuk mendiang Johnny tapi lepas Johnny da mati si Fifi ni selalu bergaduh dengan Julie dan kembali ke sangkar asal dia di famili area ni. Jamie pulak sebelum omak dio si Fifi ni merampas sangkar, Jamie selalunya dilopehkan sobab dio sekor yang boleh harap eh kalo lopehkan dari sangkar. Tapi sejak Jamie hilang beberapa bulan lepas (sile klik untuk baca kisah Jamie hilang) kitorang beli sangkar baru untuk dia..Pheww..(Tetibe tercakap Negeri 9 lak tadi :-p).
5. Jika kucing anda muntah, jangan biarkan dia begitu saje. Sebaliknya anda kena memberi rumput kepada kucing anda. Jika anda melepaskan kucing anda di halaman rumah dan perhatikan kucing anda seperti membau dan memakan rumput, biarkan kucing anda makan rumput tersebut..Jika anda jenis tidak suka melepaskan kucing anda di luar rumah, sekurang-kurangnya anda perlu tahu jenis rumput yang sesuai, cabut rumput tersebut dan berikan kucing anda makan.. sebaik-baiknya suapkan kepada kucing anda tu..Baru dia rasa tuan dia sayangkan die..^^.Anggap la rumput itu seperti sayur bagi manusia.Hehe..Pelik kucing makan rumput? Tak pelik pon...Kucing-kucing saya kalau nampak je kite pegang rumput mengiau-ngiau die nak makan. Make sure rumput tu dalam keadaan muda ye..
6. Kalau anda rasa kucing anda seperti tidak sihat, cepat-cepat bawa kucing tersebut ke klinik..Ala..kata sayang kucing kan..takkan nak keluarkan duit untuk kucing sakit pun tak boleh kan..
7. Kalau kucing anda mempunyai jumlah kutu yang banyak, anda perlu menjaganya dengan lebih perhatian kerana dengan kehadiran kutu kucing-kucing anda berada dalam keadaan tak selesa. Kesian die tergaru-garu. Kucing-kucing saya dulu masa kecik-kecik banyak sangat kutu kat kulit dia. Tiap-tiap malam mama guna sikat kutu nak cari kutu. Kalau mandikan, memang akan nampak kutu-kutu tu bertaburan..tapi sejak kucing-kucing dah besar ni kutu dah tak nampak kat bulu dorang ni..
8. Mandikan kucing? Ha..yang ni suka hati korang la nak mandikan berapa kali sebulan pun..
9. Tiap-hari pastikan air yang kucing minum adalah bersih ye.. Macam kucing saya si Fifi ni memang pantang tengok air masuk bulu sikit. Padahal bulu die sendiri..huhuhu..Maka kena la tukar air minum dia tuh...Air minum untuk kucing-kucing saya ni air bertapis ye..Maklumla air kat Kelantan ni keruh skit..haishhh..
10. Makanan pulak kalau boleh bagi la dalam kuantiti sedikit dahulu.. Jangan lak pegi tiru dalam iklan kat TV yang letak selonggok camtu. Konpem tak habis sekali makan. Bila tak habis, makanan tu masuk angin. Kucing-kucing saya memang tak makan dah bila terdedah lama sangat. Biarlah satu hari tu kita bagi dia 5-6 kali pun asalkan dia cukup makan. Jangan membazir ^^
11. Bermain-main lah dengan kucing anda untuk kehidupan kucing yang lebih aktif.
13. Sekiranya kucing berada dalam keadaan takut ketika hujan atau guruh, lepaskan kucing tersebut dari sangkar kerana kucing perlukan perlindungan seperti di bawah meja terutama meja yang berkayu kerana kucing itu akan berasa selamat. OK..tips ini untuk kucing yang ketakutan cam Fifi aje..T_T
14. Kalau anda tak mahu kucing anda hilang ketika melepaskan kucing dari sangkar, dan hanya mahu kucing anda berkeliaran di dalam rumah, anda mestilah sanggup menutup kesemua tingkap dan pintu di rumah anda. .Ye..Kucing-kucing saya pantang dibuka pintu dan tingkap..mesti mau lari..Dah lari dari rumah tak tahu nak balik pulak..Fifi pun pernah hilang tau dulu masa lepas beranakkan Jamie, Julie dan mendiang Johnny..Nasib baik jumpa kat rumah jiran..
15. Kucing bela jugak, jangan lupa kebersihan dan kesihatan tuan kucing ye...Kalau boleh tu rajin-rajin la bersihkan bilik atau tempat yang berdekatan dengan tempat sangkar kucing diletakkan tu..OK..selesai suda tips untuk kucing pada malam ini..Kucing saya cerewet? Memang pun..Nak - nak si Fifi neh..Tak boleh bekas air die kotor la..Nak air bertapis/air masak je..

Gambar hiasan.Ini bukan kucing saya..hehehe..tomey kan?
Sekian sahaja tips untuk kucing dan tuan punya kucing pada malam ini...Selamat mencuba..^^
P/S - Kucing-kucing saya hanya manja dengan tuan-tuan die sahaja =D
Monday, July 18, 2011
Sapa Tengok "Wanita Hari Ini" Tadi?
Tajuk tadi membincangkan pasal Demam K-Pop.
Malas nak ulas pun pasal apa yg dorang bincangkan tuh.
Aku tertanya-tanya, ada sorang ahli Kumpulan Gula-gula ni bertudung masa buat performance tadi. Biar betik kak??

P/S - Kumpulan POP pun ada gak tadi...OK. Bye.
Friday, July 15, 2011
Kim Hyun Joong Datang Malaysia Wehh!!
Korang tak nak pegi ke? Tapi date die seminggu sebelum raya..3 hari lak tuh..
Keh keh keh..

P/S - Sedang dalam mood malas. So entry pendek-pendek ajer.. =)
Thursday, July 14, 2011
Dalam Kelas Management
Ini kisah tahun 2008:
Masa tahun kedua kat MMU iaitu masa tahun pertama degree, selalunya aku balik hometown dengan Melaka menaiki bas. Perjalanan dalam 10 jam..Bertolak 8 malam sampai pukul 6 pagi..Itu waktu kebiasaannya la. Pernah je aku naik 12 jam. Sampai langit dah cerah..
Kalau sampai Melaka pukul 6 pagi ++ tuh, then hari tu memang ada kelas pukul 8 pagi...Memang teragak-agak la kan nak pegi kelas.Hehehe..Kalau dah letih gila tu aku memang tak pegi kelas pagi.
Ada satu hari tu aku gagahkan jugak sampai je kat umah kat Melaka ni dari Kelantan, tido sekejap pastu bangun mandi bersiap pegi kelas. Aku ingat lagi masa tu kelas Management. Lecturer muda taw..Chinese..Seronok masuk kelas die..Masa tu aku duduk kat area tengah. Takde la depan sangat & tak belakang sangat...Tengah-tengah la senang citer...
Masa die tengah stop bagi lecture, tetiba dia tanya macam ni la lebih kurang, "Siapa yang baru sampai dari hometown?".Sebab masa tu baru lepas cuti midterm seminggu..Then aku nampak la masa tu dia pandang aku..Tapi aku buat derkk je...Dalam hati aku bercakap "Lecturer ni tanya aku ke?Nampak sangat ke aku ni dalam keletihan? Mata aku bengkak ka?" Tapi siyes aku tak bermaya sangat.Tak consentrate sangat masa tu..ingat kat bantal dan tilam je...Pastu lecturer tu bercerita la pulak. "Masa I kat UUM, balik dari Melaka I naik bas sampai UUM awal pagi..Sampai kampus terus bersiap pergi kelas.Lepas tu lecturer tanya I baru sampai ke...then I cakap yes..Lepas tu lecturer tu terus bagi I balik rehat dulu, tak payah masuk kelas"....Dalam hati aku menyampuk lagi..."Kalau kau bagi aku balik umah tak masuk kelas tak pe gak" =p.Heh.Dah memang aku tak angkat tangan masa tuh kata baru balik dari hometown..Kalo angkat tangan mesti dapat cuti hari tu kan? Dalam mimpi je la Cik Paten oi..Jangan harap lecturer situ nak baik hati sangat..=p. Maka aku gagahkan jugak la bertahan 2 jam untuk kelas Management hari tu...

Perkenalkan...Oppa baru saye..Changmin yang comel!!!!!!
P/S - Ecceli lecturer ni cakap dalam English, aku translatekan je dalam BM..Heh. Memang dalam mimpi jugak la lecturer situ nak cakap Melayu dalam kelas.Mau ternganga foreigner students ye tak?
Subscribe to:
Posts (Atom)

