Pages

Thursday, August 25, 2011

Luahan Pukul 2 Pagi

Adakah pelik apabila aku makan lebih banyak ketika waktu sahur berbanding waktu berbuka?
Tidak tidak tidakk....!!
Sebab ape?
Sebab sejak bulan puasa ni aku selalu tak boleh tido..sampai ke waktu sahur..
Kenapa tak boleh tido?
Sebabnya....ntah la..Nak jaga rumah kot..Eheheh..
Sejak kejadian beberapa minggu lepas, kejadian.......err..besi penutup longkang dicuri oleh "SetanManaTah", aku rasa tak sedap hati..
Sebab benda ni bukannya pertama kali...Banyak kali...
Masa kejadian tu pulak memang hari tu aku tido lambat sebab tengok telefilem "Bersalji di Kuala Lumpur"...Aiyooo...cerite tu sweet sangat!!! Lepas je habis cerita tu aku pun tido la lebih kurang dekat pukul 4 pagi..tup tup bangun je dari tido dapat tau ada la dekat 10 keping besi penutup longkang ni kena curi..Kebanyakannya kat area famili nih kat tempat aku tengok TV! Cilake!

Selalunya kalau sebelum tido aku memang akan jalan satu rumah..err..maksud aku jalan dalam rumah cek kat setiap tingkap mana tau ternampak lembaga ke kan...tapi hari tu aku tutup TV terus masuk bilik..agaknya "SetanManaTah" dok tunggu aku masuk tido je kot, padahal dia dah stalk dari luar..itu apa yang aku fikir sebab kalau masa aku tengok TV da mesti la aku dengar something suspicious jugak kan..takpun memang ada ilmu dorang guna...siapa tau kan..

Kalau boleh biar la sekali pun takpe at least aku nak rakam / snap gambar "SetanManaTah" yang cuba nak ceroboh kediaman orang lain suka suki kepala hoot dia..Sebabnya yang menceroboh rumah orang ni bukan orang lain..orang kampung ni jugak...kadang-kadang mak bapak tau tapi nak sembunyi perangai buruk si anak..Lagipun lebih kurang 3 tahun lepas aku penah je nampak "SetanManaTah" ni cuba nak masuk rumah waktu tengah hari. Hari tu memang nasib aku je..Kalau lambat sikit memang "SetanManaTah" tu dah boleh masuk..Cumanya aku lambat bertindak. Kalau la masa tu tangan aku sedang pegang henpon, memang aku da boleh tangkap..malangnya masa kejadian tu tangan aku sedang memegang pinggan kosong yang baru sudah dimakan. T__T..Wat to do......Tapi aku masih ternampak-nampak..bukannya orang tua pun...muda lagi..Belasan kot..takpun awal 20-an..Familiar gila la muka dia...Lagipun kampung aku ni memang ramai gila la yang terjebak dengan dadah ni..jadi memang tak heran la kan benda ni terjadi..

Sampaikan aku terfikir lagi nak letak kawat duri macam penjara yang bergulung-gulung tuh kat sekeliling pagar..biarla orang kampung nak mengata pun...Rumah famili aku...bukan rumah lu orang..ekau ado??


As expected cik Safra, den memang letak gambar ni kat blog..:-p

Sekarang pun kalau ada bunyi motor lalu lalang depan umah ni pun aku sikit-sikit tengok dari tingkap..bunyi benda sikit aku pegi cek...kadang-kadang aku kesian kat parents aku, dorang selalu buat baik kat orang-orang kampung ni tapi ada sesetengah anak dorang amek kesempatan pulak macam kes ni la! Serius aku cakap aku memang tak ngam dengan dorang neh..Lantak la nak kata aku sombong ke hape..Takdanya nak jadi macam drama-drama Melayu di mana seorang anak dara baik dengan makcik Senah dan suka kepada anak makcik Senah and wat so ever lah!

OK..Sudah!Aku perlu berhenti menaip! Kalau tak mau berjela-jela aku meluahkan benda yang aku tak puas hati...



P/S - Blow your mind!







Tuesday, August 23, 2011

Siapa Cakap Twitter Tak Best?

Aktiviti selepas terawikh.
Apabila #tukartajukfilemdenganlembu menjadi perbualan di twitter:
Err..abaikan tweet kepada abang nara itu..hehehe

Yang kat bawah ni plak tweet dari rakan-rakan twitter aku..bukan orang lain pun..kakak aku dengan kawan-kawan dia jugak..Layann^^

Ecceli banyak lagi.tapi malas plak nak crop satu-satu...siyes time buat ni aku gelak tak hengat...:-p
Kalo korang tak nak gelak tak pe la..
Tak pakse pun...
Hek hek hek..


P/S - Tiba-tiba rasa nak makan burger kat Chilis..


Sunday, August 21, 2011

Jom Exercise Seperti Mr. Simple

Ada dua dance yang di"highlight" dalam Mr. Simple MV..
Pertama, shoulder dance. Senaman ini untuk meregangkang urat-urat di bahu kalau rasa lenguh tu..tak payah nam makan panadol extend..hek hek hek..gurau-gurau :-p
Kedua, wrist shaking dance. Menurut Super Junior, dance ini untuk melegakan keresahan dan rasa nebes tetiba ke.. so caranya adalah dengan shaking your hands yawww!! :-p

OK..itu saja senaman ringkas dari Mr. Simple..Pandai-pandai la korang tilik kat MV dari mana dua-dua dance ni..




P/S - Sumber dari channel 391

Friday, August 19, 2011

Perempuan Comel

Selalunya aku post pasal lelaki aku suke je kan dalam band Korea neh..
Kali ni aku nak post perempuan-perempuan comel yang jadi perhatian aku..
Jangan salah anggap pulak yo......
Nak share minat aje...
Saya straight!

Ji Yeon - T-Ara


Dia ni magnae dalam T-Ara. Start nampak kecomelan dia masa tengok T-Ara Hello Baby..(Sampai sekarang tak sambung-sambung lagi tengok Hello Baby T-Ara nih sebab line internet kat Melaka lembab T__T).Masa tu dorang kena jaga adik beradik Mason. Dia ni agak blur gak la..Meh nak spam lagi banyak-banyak gambar comel dia.


Gambar atas ni ada cam Young Saeng SS501 tak?



Somel!


Park Gyuri - Kara

Leader dalam Kara. Start suka dia bila tengok dia dalam Intimate Note. Muka garang tapi cantik!
Ni gambar dia tanpa make up.


Nampak manis skit kan.


IU


Aku jarang tengok Heroes. Tapi ada satu episod tu asyik pandang pompuan ni..Comel! Episod lepas dalam Heroes pun dia antara yang dapat paling banyak undian sebelum dorang kena setelkan misi kat hotel. IU ni lurus dan blur skit.. Patutla ramai kawan-kawan laki aku suka dia.



P/S - Mr. Simple dari Super Junior telah kalahkan Roly Poly dari T-Ara. Walobagaimanapun, Roly Poly punya dance tetap comel! ^^

Wednesday, August 17, 2011

Speechless



Comelnyaaaaa Donghaeeeeeeeeeee!!!!




P/S - Siwon mengaku ini adalah girlfriend die..Keh keh keh..Sengal gak mamat badan sasa itu..

Tuesday, August 16, 2011

Lily Melinda..Oppss!! Capt. Lily Melinda

BAB 1

“Aku terima nikahnya Rina Mastura binti Mohd Nasir dengan mas kahwin 80 ringgit tunai”.


Semua kelihatan gembira dengan sekali lafaz oleh pengantin lelaki yang kelihatan segak berbaju Melayu berwarna putih itu. Kini, Mastura telah sah menjadi isteri kepada Rizal. Namun, ketika majlis itu berlangsung seorang wanita muda kelihatan sugul dan hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya ketika itu.

Rizal, adalah cinta pertama Lily Melinda. Namun, dia terpaksa redha dan menerima hakikat bahawa Rizal kini bukan lagi miliknya. Segala impian dan angan-angannya untuk bersama Rizal hingga ke akhir hayatnya musnah sama sekali. Tidak disangka, lelaki yang dicintainya selama ini sanggup berlaku curang dengan kakak kandungnya sendiri! Lebih menyakitkan hati apabila dia mendapat tahu bahawa kakaknya telah mengandung tiga minggu hasil daripada hubungan terlarang sebelum kahwin dan ini sekaligus telah terbuka segala rahsia hubungan antara Rizal dan Mastura sebelum ini. Atas sebab maruah dan menutup malu keluarga, mereka dipaksa berkahwin dan segala persiapan dilakukan pada saat-saat akhir.

Atas sebab perkahwinan ini, hubungan antara Melinda dan Mastura renggang sama sekali. Begitu juga hubungan dengan ibu bapanya, sedikit sebanyak Melinda terasa hati kerana sebelum ini mereka tahu dan merestui hubungan Melinda dan Rizal. Namun, mereka memujuk Melinda agar melepaskan Rizal demi maruah keluarga. Melinda terasa kesal dengan nasihat ibu bapanya itu, namun apakan daya itu sahaja jalan terbaik buat mereka.

“ Kenapa awak? Kenapa mesti dengan Mas?” air mata Melinda mula membasahi pipi. Dia tak sanggup melihat muka Rizal yang dia pernah puja dahulu. Dia hanya mampu melihat tasik yang terbentang luas di hadapannya. Pandangannya sepi.

Rizal hanya mampu mendiamkan diri, tetapi jauh di sudut hati dia rasa sangat bersalah dengan perbuatan terkutuk yang dilakukan itu. Dahulu, hanya Melinda seorang yang bertakhta dalam hatinya tetapi semenjak Mastura bekerja di bawah syarikat yang sama, hubungan mereka sebagai kawan menjadi semakin rapat lebih-lebih lagi mereka sering digandingkan untuk merangka projek dan khusus yang dihadiri di luar negeri. Lama-kelamaan, timbul perasaan sayang antara mereka berdua dan hubungan itu terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan Melinda mendapat tahu. Mungkin juga atas kejujuran dan keikhlasan Melinda menyayangi lelaki yang tidak pernah menghargainya, Tuhan telah menunjukkan kuasaNya akan sikap sebenar Rizal terhadapnya.

“Saya mungkin tak sekesal ini kalau awak curang dengan orang yang saya tak kenal. Tapi kalau dengan kakak saya sendiri, saya rasa itu sangat melampau!”

“Lin, saya minta maaf. Saya tahu saya salah. Tapi takkan awak tak sedar lagi apa yang saya buat kat awak sejak akhir-akhir ni?” ujar Rizal.

“Hah?” Melinda tidak faham akan kata-kata Rizal.

“ Cuba awak recall balik. Takkan awak tak perasan saya banyak bagi alasan kerja banyaklah, meeting, kadang-kadang sms dan call awak saya tak return balik? Saya cuba untuk bagi awak berfikir kenapa saya berubah macam ni supaya awak boleh sedar yang kita ini tak sehaluan.” Terang Rizal lagi.

Melinda cuba untuk mengingat kembali dan ya, sememangnya sejak akhir-akhir ini Rizal memang banyak berubah. “Saya percayakan awak masa tu, saya bagi ruang pada awak untuk setelkan kerja awak, untuk diri awak sebab saya tahu awak tak suka dikongkong oleh sesiapa. Saya tak sangka pulak kepercayaan saya pada awak sia-sia. Mungkin sebab saya terlalu sayangkan awak.”

“ Kalau awak sayangkan saya, awak dah lama dengar cakap saya. Dari dulu lagi saya tak suka awak jadi pilot. Tapi awak degil! Awak ingat saya suka ke awak berpakaian berkemeja pergi kerja macam lelaki? Kadang-kadang dalam seminggu awak ada kat rumah 3-4 hari je? Macam ni ke awak nak jadi isteri? “ Rizal menerangkan apa yang terbuku di dalam hatinya selama ini.

“ What’s wrong with you? Ini ke yang tak puas hati sangat? Atau saja cipta alasan?” Melinda tersentak akan kata-kata Rizal sebentar tadi. “ Sepatutnya benda ni bukan alasan orang yang bercinta. “

Rizal tiba-tiba mencelah, “ Mastura tahu jaga hati saya, tahu jaga penampilan dia sebagai seorang perempuan yang anggun. Yang menunjukkan ciri-ciri wanita idaman lelaki.”

Melinda diam. Ya. Dia mengaku bahawa dirinya adalah seorang wanita yang begitu simple terutama dalam soal penampilan. Cukuplah baginya hanya memakai t-shirt ataupun blouse dengan jeans dan solekan yang tipis. Itu sudah memadai untuk menunjukkan kecantikan semula jadi yang dimilikinya. Jauh pula bezanya dengan Mastura yang suka bergaya tidak kira ke mana sahaja die pergi. Ke tempat kerja mahupun keluar bersantai. Mastura juga gemar mengenakan solekan yang agak tebal dan rajin menggayakan rambut untuk kelihatan lebih anggun walaupun sebenarnya kedua-dua beradik ini memiliki kecantikan semula jadi.

Kini Melinda baru faham akan keadaan sebenar. Cukup la dengan alasan yang telah diberikan oleh Rizal. Baginya penjelasan tersebut telah membukakan pintu hatinya untuk melepaskan Rizal dan dia sedar bahawa Rizal bukan seperti yang dia fikirkan selama ini. Mungkin benar apa yang telah dinasihati oleh ibu bapanya sebelum ini. Memang dia patut lepaskan Rizal walaupun hatinya perit. Namun begitu, dia akan tetap akan meneruskan kerjayanya sebagai seorang juruterbang. Itulah yang diimpikan oleh Melinda sejak dari sekolah menengah dan dia tak akan sia-siakannya hanya kerana cinta palsu yang pernah diberi oleh Rizal.

Hero untuk cerita ini :-p



P/S - Karya ini terhasil apabila penulis tidak dapat melelapkan mata di waktu malam. Lantas dengan itu terhasil cerita imaginasi ini yang direkanya sendiri. Segala kesilapan jalan cerita yang kabur, tatabahasa, dan ejaan amatlah dikesali..:-p

- Nak sambung ke tak eyh? @__@

Sunday, August 14, 2011

Perempuan Memang Complicated

Di sebuah rumah, terdapat perbualan dia antara kakak dan adik perempuannya..

Kakak: Tin, buat la rambut camni..Hang kan suka rambut Taekyung macam ni..=D



Adik: (Dengan penuh confident si adik menjawab) Tak nak la..Aku nak simpan rambut panjang pulak..

Beberapa hari selepas perbualan ini, si adik teringat-ingat akan potongan rambut yang ditunjukkan oleh kakaknya itu...Dalam hati si adik berkata, " Nak potong rambut lah!"

Hasrat itu disuarakan kepada ibunya, malangnya dia tidak membenarkan anaknya memotong rambut...


P/S - Sebab tu lelaki cakap perempuan ni complicated. Kejap tak nak..pastu nak pulak dah..Heh.Memang perempuan tidak tahu apa yang diiginkan sebenarnya :-p



OK. Sambungan cerita:

Keesokan harinya si kakak telah memberi wall post gambar hair cut Taekyung idaman si adik di Facebook si adik.

Keesokannya lagi si adik mendapat komen gambar tersebut daripada ibunya..


Maka si anak tidak dapat berkata apa-apa..

Fine!

Huk huk huk huk....





Thursday, August 11, 2011

Tambahan Bagi Nama-nama Kuih Selain Dari Ini

Kat Facebook sekarang semua cakap pasal kuih-kuih ni kan..
Kuih paling gangster= Lompat Tikam
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih suka pukul= Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berenda
m
Kuih untuk Saman Polis Trafik= Kuih Sampreeeeettttt
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit
Kuih org tak mandi= Kuih Bau-lu
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur
Kuih paling lembap= Kuih Siput

Ha..ni ada tambahan nama-nama kuih direka oleh aku, Along, Kak Jimah, dan Kak Wani..=D

Kuih opera cina = Tepung Gomak
Kuih paling mahal = Jala Mas
Kuih paling terang = Tepung Pelita
Kuih paling montel = Cucur Badak
Kuih kena marah = Kueh Teow [kena teow=kena marah] --Err..
Kuih penyakit kronik = Batang Buruk
Kuih paling wangi = Kuih Kasturi
Kuih control ayu = Sari Ayu
Kuih ubat rambut = Kerepek Bawang (Syampu bawang Jackie Chan)..HAHA! Ni kakak aku mengarut :-p
Kuih gelang black metal = Kuih Peneram
Kuih pandai menari = Kuih LOPEZ ..Wakakak!
Kuih paling kotor = Kuih Abuk-abuk
Kuih paling serabut = Cakar Ayam
Kuih paling tak kukuh = Kuih Goyang
Kuih balik umah = Apam Balik
Kuih bermuka-muka = Kuih Talam
Kuih suka meletup = Kuih Bom
Kuih paling gatal = Kuih Ulat Bulu

"Keh keh keh..I datang Malaysia nanti I nak makan tepung gomak!"



P/S - Tambah pengetahuan dengan nama-nama kuih di Malaysia

Thursday, August 4, 2011

Ubersexual - Mr.Simple



Lagu terbaru dari Super Junior 5jib/album kelima mereka yang berkonsepkan Ubersexual..

Berdasakan MV tu apa yang aku observe Eunhyuk punya rambut dah macam Hongki..heh.Tapi Hongki sekarang pun dah berambut hitam (tapi tetap comel dan bertambah hensem si Hongki neh)..Tak kisahla.

Dance untuk lagu ni pulak lagi simple dari Sorry Sorry dan Bonamana..Maybe sebab lagu pun dah Mr. Simple kot..Keh keh keh..

Tak leh nak komen banyak..sebab tak carik lagi translation untuk lagu neh..:-p.

Walobagaimanapun, saya tetap menuggu Wookie untuk kembali ke rambut lama untuk mengekalkan kecomelan dia tu..die kan eternal magnae..tak sesuai la nak ubah bg nampak matang neh..suka sangat masa rambut dia kat Super Show 2.

Ye..kebanyakan mereka neh banyak merubahkan style rambut..



P/S - Enjoy!
=D

Wednesday, August 3, 2011

Tahukah Anda?

Anda boleh mendapatkan bentuk kaki yang cantik dengan bersenam menggunakan kasut tumit tinggi.

Jadi, sesiapa yang mahukan kaki yang cantik seperti SNSD, marilah kita buat senaman kaki dengan high heels :-p



P/S - Sumber dari channel 393

Monday, August 1, 2011

2 Kesimpulan

Dari apa yang aku baca pasal kisah pengacara popular dan isteri aku dapat buat kesimpulan:
Perempuan takkan buat perangai kalau laki tak mulakan dulu.

Dari kisah seorang pemain bola sepak pula:
Jangan over excited nak cerita nak puji melambung bagai pasal pasangan kita kat mana-mana. Tak kisah la Facebook ke..kawan-kawan ke..paling ramai orang cerita kat blog kan..sedangkan hubungan entah ke mana lagi..Yang membaca pun satu hal hak..nak hubungan sweet macam tu jugak...Bila tak jadi sendiri tanggung malu..So..yang bercinta tu rilek-rilek suda...


P/S - Selamat berpuasa ^^
Related Posts with Thumbnails