Sekarang pukul 3 pagi..
Masih tak tidur.
Tidak mengantuk.
Lapar barangkali.
Tapi malas nak ke dapur.
On Twitter tengok timeline orang cakap pasal McD.On Facebook ada yang cakap pasal McD jugak.On TV ada cerita ni pasal satay celup pulak..Tahu tak aku tengah lapar masa ni? Dan perlu ke aku masuk dapur cari makanan atau menggoreng sesuatu di waktu semua orang dalam rumah ini sedang berdengkuran? Tak ape lahh...Sabar ye wahai perut. Anda baru sahaja kehilangan 5kg daripada 50kg.
Yes! Berat aku dah 45kg. Sudah slim. Kih kih kih.
Cakap pasal satay celup dan dan aku teringat Melaka.
Masa zaman kat kampus, zaman akhir semester selalu pulak pegi Klebang terutama waktu malam. Pegi makan satay celup. Aku tak makan sangat pun. Banyak tengok je kawan-kawan aku ni makan. Aku cuma menjamah la sikit.
Maksudnya?
Maksudnya aku tengah rindu Melaka sekarang ni..
Not Melaka actually..but I miss the moment when I was a student.
Rindu nak keluar dengan teman-teman rapat.
Pegi karok malam-malam.
Pegi tengok wayang malam-malam esok pagi kelas pukul 8pagi pun tak kisah.
Balik 2-3 pagi or sampai subuh pun tak kisah.
Minum-minum...Err.. I mean..minum jus...Hahahaha!! Bebudak MMU/Utem tau la kot mana port minum jus yang terbaik kan.:-p
Aku sosial??
Nahhh!!
Terpulang pada yang judge. Aku sorang je tahu aku ni camana.
Itulah kehidupan. Itu lah yang aku rindu.
Masa itu jugalah baru kita kenal kehidupan sebenar.
Warna-warni kehidupan.
Semua tu bergantung dengan diri kita sendiri, macamana kita handle situasi ni.
Adakah kita berubah pada kebaikan? Atau keburukan? Atau kita sebenarnya masih sama?
Aku?
Aku masih orang sama....(kott..heheh)
Aku suka kehidupan aku yang penuh gelak tawa.
Berkawan dengan semua orang.
Tak kira jantina.
Apa-apa masalah, kawan jugak yang boleh menggembirakan hati kita.
Sapa-sapa yang sekarang ni tengah belajar dan rasa tak sabar nak habis belajar tu...hargailah masa belajar ye..
Bila dah tinggalkan kampus...Serius akan rasa rindu sangattt!!!
Dalam satu masa tu mesti ada punya la saat yang korang akan teringat..
Hurm...
Ntah la..
Aku tak tau nak cakap apa dah.
Yang pasti aku memang rindu zaman kampus..
:(
3 comments:
WAHHH!!!! AKAK PUN RINDU GAK!!!! =[
rasa2 rindu kampus jugak nnti
huwaaaaa!!!
Nak belajar balik boleh?
huk huk
Post a Comment