Pages

Monday, August 30, 2010

Contact Lense Penyebab.......................................

*Gambar hiasan semata-mata*

Aku tgk kan sekarang ni kan..
ramai yg gila contact lense..
Contact lense sekarang lak cun-cun..
Kiranya kalo pakai memang anak mata akan serta-merta jadi besar..
Ala-ala mata orang Korea Jepun la ni..
Ramai gak yang jual online menda alah ni..
Persoalannya..selamat ke?
Kalau dgn nasihat doktor x pe kot..
Aku nak share info skit pasal contact lense.Beberapa bulan yang lepas aku ada tgk satu show ni.Vitamin.Channel 303.

*Aku tau ramai nak mata besar menawan camni*

Dalam show ni dia suruh para peserta teka kenapa budak pompuan ni jadi tak dengar / pekak secara tiba-tiba? Ibu kepada girl ni pelik la kenapa anak dia bukak TV tu kuat gila?
Antara jawapan yang diberi ialah berpunca dari contact lense, alat make up dan err..aku da lupa.hehe..
Sebenarnya punca budak tu jadi pekak ialah contact lense yang dia pakai.
Sebabnya..bila kita pakai contact lense, udara/oksigen tak boleh masuk salah satu saluran ke otak melalui mata. Akibatnya, akan ada effect ke telinga yang menyebabkan kita jadi pekak.
Jangan tanya lebih-lebih lak.
Itu je info aku dapat jelaskan.

Kalau ada siapa-siapa yang boleh jelaskan lebih lanjut sila la share info ye..
Oleh itu, pakailah cermin mata..comel apa org yang pakai cermin mata ni..
*Pakai cermin mata pun comel dan hensem gak*


*Credit to SS501fighting.wordpress.com*

Kalau tak nak pakai cermin mata /contact lense pun apa kata buat terus pembedahan lasik mata macam Kyu Jong Oppa aku buat =D

P/S- Jiwa kacau pas tengok video ulat dalam hidung :-|

Friday, August 27, 2010

Bye Bye Baby

GDE dah announce FanMeeting Kim Hyung Jun.
9 Oktober 2010.
Malangnya aku x bleh pegi.
Sebab 10 Oktober tu akan ada satu majlis kat umah aku.
Terima kasih GDE!!
Anda terbaiklah!!!


*Naseb bek ada oppa-oppa pengganti nih untuk merawat luka*

P/S-Mahu refund balik tiket ACE harga 220 hengget. Dah x ada highlight FanMeeting ni kat sebelah...........

Wednesday, August 25, 2010

Sedih Tak Hengat


Private Fan Meeting dengan Kim Hyung Jun akan diPOSTPONE pada bulan Oktober..
Baru dapat berita ni beberapa minit yang lepas di Facebook.
Berita pembatalan ini diketahui 3 hari sebelum Fan Meeting ini akan diadakan, iaitu pada 28 Ogos 2010 (Sabtu).
Alasan yang diberi oleh pihak sponsor sini ialah mereka sendiri menghadapi masalah management.Bukan masalah dgn Baby Jun.Sebab Baby Jun boleh je pegi Singapore pada 29 Ogos ni.

Tiket flight dah booking.....
Oleh itu...
Sabtu ini aku akan bersiar-siar di KL..Shopping raya..Bak kate kakak aku, buat retail-therapy..Pegi sana dengan tenang...tanpa rushing-rushing untuk mengejar flight balik ke sini pada waktu malamnya...

Oh ya..everything happens for a reason..aku tengah berfikiran posotif pada hari ini..tanpa mahu mencarut..sia-sia puasa aku nanti..
Maybe kalau ada gak FM ni pada Sabtu, ada banyak masalah lagi..dengan nak berbuka puasa lagi..nak rushing pegi airport lagi...atau mungkin jem masa on the way nak gi airport..ketinggalan flight ke..

haishh...
Nak sedapkan hati je sebenarnya ni..

Kepada syarikat yang bertanggungjawab membawa artis-artis Korea nih..tolonglah rancang betul-betul..
Pastikan bila semua dah confirm, bila semua plan berjalan dgn lancar..barulah buat pengumuman kepada fans. Kami sebagai fans ingatkan memang dah confirm, sebab bukan main lagi dok canang bagai kat Facebook.Haih..Dah nak start marah dah nih!
Kena la pk fans yang duk luar dari KL neh..jadi mangsa keadaan. Dengan tiket flight dah booking. Maybe sape-sape yang kerja weekend terpaksa amek cuti semata-mata nak jumpa dorang ni alih-alih x jadi lak..Maybe ada yang dah booking hotel pada hari tu terpaksa cancel balik..Aku sedih gak nih...huwaaaa!!Kesian bagi fans yang beli VVIP tiket, dah booking flight, dah booking beberapa bilik hotel, tapi x available plak pada Oktober..Kesian jugak pada fans oversea yang mungkin dari Indonesia atau Thailand..Aku tumpang simpati je la..Cuma aku bernasib baik skit je dari dorang..Walaupun sebenarnya agak malang kejadian yang menimpa aku neh...huhuhu..

Dan semestinya la company yang nak bawak Baby ni kena hentam teruk dengan fans..
Aku malas nak komen kat situ..
Kang aku terlebih maki lak.
Aku baca je lah apa yg fans lain maki dorang..
Muahahahahaha!!!

Dorang kata tak cancel..cuma postpone ye..dia kata harga tiket bleh refund kalo fans memang tak boleh pergi pada Oktober ni.Kalau ada yang nak pegi jugak Oktober ni, tak boleh refund lagi..
OK..
Aku tunggu..
Tapi kalo tetiba dia cancel plak memang nak kena la kan..
Dah!
Tengah sentisip neh!
=((

Monday, August 23, 2010

Pantang Tengok Lelaki Pakai Baju Melayu

Dapat gak aku tengok artis Korea pakai baju Melayu..
Alexander U-kiss!
Kalau ditambah dengan pakai songkok ke..kan lagi comey...pas tu leh kawen trus ngan aku..
ehehe..

*Ini BUKAN gambar photoshop*

Ye.Saya Mengaku


*Nanti nak daughter muka camni gak la.Ikut mak die masa kecik-kecik*

Dulu masa kecik-kecik..masa zaman x skolah lagi...dan juga masa zaman sekolah rendah...
ramai yg cakap muka aku ni cam Cina..
Tapi dulu aku x amek pusing..
Masa kecik dulu aku mana nak tau beza sangat..
Nak-nak tengok muka sendiri..
Dok macam ni jugak..
Apa yang cina sangat?
Tapi...
Bila aku terjumpa gambar ni kat umah beberapa bulan lepas..
Aku tgk balik..
"Cinanya muka aku!!"
Dah besar ni baru aku mengaku..
=p
Bila letak kat FB, ada yg komen gambar ni zaman komunis ke..anak jeneral Jepun la..
ekekeke..
Paling aku x leh lupa bila ada sorang ni terus cakap cina ngan aku..
kisah tu ada kat sini:
http://fatincitakky.blogspot.com/2009/07/silap-daa.html

^^

Sunday, August 22, 2010

Sinetron Plak Dahhh


Dalam seminggu dua nih..
asyik TERbukak channel 104 dan TERtengok cerita Cinta Kirana..
Aku kadang-kadang kan..layan gak sinetron neh..ingat drama Korea je?? =p
hehehe..
Dan...
Lagu Lewat Semesta nyanyian Randy Pangalila dah lama ada kat dalam aku punya laptop neh.Dulu selalu gak dok ulang dengar lagu neh.
Dan......
Randy Pangalila ni hensem gak la...
ehehhe..
Nasib baik kau muda setahun dari aku..
Tapi wat masa nih aku x layan sangat sinetron Cinta Kirana neh..xda la sampai petang dok tercongok depan TV. Bila balik kampus memang aku dah x akan layan TV la kan..huhu..
Dalam satu hari tuh x sempat tengok sampai habis la..
Bulan puasa..kena tolong kat dapur..
^^

Wednesday, August 18, 2010

Sambungan Mengenali Jenis-jenis Kereta Cilake

Petang tadi cam biasa la, drive kete nak balik umah..
Hurm..yg bestnya bulan puasa ni balik keje awal sejam..
Jalan pun x de la jem sangat..
Dan kurang la yg buat cilake kan..
Sepanjang perjalanan tuh rasa best je memandu..xde yg buat hal lagi.Ingatkan kekal la sampai ke rumah..
Bila dah masuk kampung ada lak kereta yg buat hal..Selalunya bila masuk kawasan kampung aku akan drive slow. Ada satu kete Myvi hitam ni dari lorong kecil belah kanan aku.Pas tu lak kebetulan ada motor dari arah bertentangan aku..Disebabkan jalan ni agak kecik, aku bwk la dgn hati-hati dan slow..siap berhenti lagi nak bagi motor tu jalan.Sebab aku pk kalo aku jalan gak motor tu akan tersepit di antara kereta aku ngan kereta Myvi tuh..Yang aku hanginnya, kereta Myvi tu lak kua masuk jalan aku.Patutnya, dia boleh je behenti kejap sebab dia nak masuk jalan aku kan.Bagila clear dulu, bg aku,lori belakang aku ngan moto ni jalan dulu...Ni main masuk je..Aku bagi jalan kat motor..bukannya kat kete tu..Tapi x pe la..Aku pk dia salah paham..Maybe dia nampak aku cam nak berhenti kat situ, tu pasal dia terus masuk tanpa pk perasaan aku yg cam nak gi tendang je kereta dia.

Ok.Itu kisah selepas balik keje.Kisah kedua lak, aku kena amik kakak aku balik dari keje sejam kemudian.Masa on the way nak balik, aku drive di lane kiri.Sebabnya terpaksa mengekor satu kereta kancil nih.Nak masuk lane kanan masa tu lak ada banyak kereta.So, aku stay kat lane kiri dulu.Tetibe kereta depan aku ni bg signal ke kiri, tanda dia nak berhenti.Aku dah slow kan kereta. Masa dia nak belok ke kiri, Aku dah memang dok stay lane kiri je, tapi disebabkan kereta kancil ni telah membuat kecilake-an, bleh lak die tiba-tiba masuk balik jalan nih..Maksudnya, dia dah ke tepi, tapi tetiba dia x jadi berhenti, dia terus nak masuk jalan besar ni.Aku yg baru nak potong dia, terkejut la..! Dengan x bg signal nak masuk jalan ni, hangin arr!!
Disebabkan aku rasa marah sampai nak menggigil nih, aku tersilap pegi bagi signal ke kanan.Terus masuk lane belah kanan lak.Sebenarnya aku nak pegi hon kereta kancil yg buat cilake nih.Hish!!Aku agak kereta belakang aku ni mesti terkejut sebab aku terus masuk je jalan dia..Mianhe...Serius, time tu aku x pk langsung kereta kat lane kanan ni..Kalo aku dok stay ke kiri, mungkin dah berlaku satu ciuman..err..mungkin juga kereta ni dinodai..iskk!!Ngok ngek sungguh!


*Oppa!Kenapa mesti comel dan hensem sangat ??*

P/S-Lain kali kalo nak marah jangan tekan hon ye..Kalo nak marah bg signal..Wahahahaha!! =))

Monday, August 16, 2010

Wanita pandai masak atau lelaki jadi imam?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar.
Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.
Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"
Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami.
Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab
dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada
pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak
sempat turun ke dapur membantu ibunya.
''Habis sekarang kenapa tidak belajar?"
Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama,
jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!"
Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.
Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga.
Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata,
jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan
hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.
Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan
penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.
Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.
Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif
mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.
Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri,
kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.
Begitulah standard yang telah ditetapkan.
Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga.
Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.
Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri,
sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?"
Dengus teman wanita yang lain.
Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang
jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama,
selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?
Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan
al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.
Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.
Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan
wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.
Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka
sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.
Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.
Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!


*Fans Alex U-Kiss bg..bila la fans aku nak bg camni kat aku??*

P/S-Sedang galak membaca fwd email yg lama-lama..kalo ada lagi kite share lg eyh.. ^^

Sunday, August 15, 2010

Marilah Kita Guna Bahasa Yang Sopan Di Facebook


Sebelum baca entry nih..marilah kita tengok gambar Young Saeng ni..bagi sejuk hati skit tgk lengan dia yg putih gebu bak beruang putih itu...ekeke..

Sekarang ni kat Facebook kalau nak buat status apa-apa..
kena hati-hati..
silap haribulan ada yang terasa hati..
bukan setakat status..
komen ke..
mesej ke..
semua kena jaga bahasa..

Kadang-kadang apa yang kita baca dan cara kita baca tuh membawa maksud yg berlainan..maksud aku..kita cakap lain, org lain interpret lain..
Mungkin si penulis status tuh hanya mahu bergurau..
Tapi orang lain yg membaca terutama kawan2 di FB (bukan kawan di alam realiti, yg x kenal langsung ngan tuan punya status ni) mula la terasa hati..padahal dia x kenal langsung perangai kawan FB dia ni macam mana..Kalau kawan yg betul-betul kawan si dia ni..layan je status tuh..sebab kawan dia nih memang dah tahu perangai si dia ni macamana..
Pastu mula la print screen FB kawan nih..tag habis semua manusia..dan sampai kecoh satu Malaysia..Takpun kecoh sampai ke Indonesia ke..Singapore ke..satu dunia laa tau!

Dan ya..kita kat Malaysia ni lain negeri, lain loghat dia..
Contohnya..hanya org Kedah je tau loghat dan cara org Kedah ni bergurau senda..tapi orang luar dari Kedah anggap gurauan tuh tapi penghinaan..Ini contoh je ok.Kang x pasal aku lak yg kena..^^
Sama jugak..Cara org Melaka bergurau dan berbahasa pun lain..Tapi org luar dari Melaka anggap orang Melaka ni kasar..
Jadi..kita sebagai rakyat Malaysia kena la paham yg negeri kita ni ada mempunyai kepelbagaian budaya dan loghat bahasa yang tersendiri..

Yang terbaru pasal biskut..itu pun mau kecoh ke..tapi iye la...bahasa itu penting..masa memula aku baca aku anggap dia ni kurang ajar..sebab aku x knal dia..dah tu plak dia guna perkataan hina..mana la org negeri ni x hangin..
Kalau nak bergurau pun agak-agak la..
Cek 2-3 kali status tuh..baca betul2 sebelum tekan butang "share".
Hehe..

Sebab tu kadang-kadang aku x suka msg..
Orang tu hantar msg dlm nada biasa-biasa..tapi kita baca dalam nada marah-marah..
Kalau yg jenis blur plak baca msg anggap msg yg diterima tuh adalah satu gurauan..padahal si penghantar msg tu bernada sindiran..
Aku lak jenis kalo nak sms kawan2, aku pentingkan tanda titik (.) , koma (,) tanda seru (!) dan tanda tanya (?)..
Err...skema sangatke??
tak kan..
hehehe...
bukan ape..nak bg dorg paham skit apa kita nak sampaikan..
Contoh aku nak bagi kat sini, " Ko nak pegi ke x", "Ko nak pegi ke x??!!"
bagi aku ayat yang pertama tuh nada biasa-biasa je..yang kedua lak nada nak marah.
ada perbezaan kan??
tapi kalo dah x paham sgt, call je la..cakap..kan senang..
=p

P/S-Teknologi juga boleh memakan diri sendiri


Tuesday, August 10, 2010

Blogspot-Twitter-Tumblr

Aku dah ada blog..blog ni untuk aku cerita pasal semua benda..err..yg boleh share ngan org lain la...hehehe..x kira la pasal apa yg aku minat ke..pasal pengalaman aku ke..pasal nak menceritakan ragam manusia yg x sedar2 ke...sume kat sini.....

Twitter lak aku buat sebab aku nak follow artis2 Korea je..bukan sebab aku nak update status..kalo aku update pun mmg x de sapa la nak respon kan..aku bukan selebriti pun..twitter tu sekadar nak dpt update pasal band Korea je..kalo perlu aku reply kat dorg..biar la dorg x reply kat aku pun...sobs~..yg penting dorg tau aku support dorg...ekekeke...oh..ini tidak bermakna aku x sokong artis Malaysia..cuma aku kurang minat...tp aku tetap layan gak citer2 Melayu..lagu2 Melayu..errmm..kadang2 Twitter pun kdg2 jd medium tuk aku berkomunikasi ngan kawan2 sekampus aku.


*xknal??kalo x knal anda bukan peminat Kim Hyun Joong*

Dan yg terbaru..aku ada tumblr..tak pernah terpk pun nak wat tumblr..tah meroyan apa aku tetiba buat account tumblr..aku tgk tumblr ni cam menarik lak..aku nak tetapkan tumblr ni sebagai tmpat tuk aku post benda/gambar yg menarik..quote yg best pun aku suka share gak..dan mungkin aku byk cerita pasal keadaan diri dan perasaan aku..kire ala2 diari la ni.tp org len bleh baca.kdg2 aku pun rasa nak luahkan sesuatu tp dgn atau yg pendek..aku rasa cam sesuai je nak letak tumblr..heee~

Monday, August 9, 2010

Welcome Ramadhan


Sunday, August 8, 2010

2 Days 1 Night @ Perhentian Island

Kenapa 2Days 1Night??
Sebabnya cuba tgk van Rusa ni..


Macam van kecik dlm 2Days 1Night kan??dgn warna birunya...x paham??x paham x pe la..orang yg layan 2Days 1Night kat KBS World channel 303 je yg paham..
hehehe..kebetulan plak trip ni memang 2 hari 1 mlm je..walopun masa yg singkat tp kami tetap enjoy!




Oh ya..trip ni sebenarnya dari tempat kerja mama aku..so..ape lagi..ikut la kan.. ;-)
Dan sebenarnya ini adalah kali kedua aku jejak kaki ke sana..
sangat cantik!
Ok..memula sekali aku nak citer perjalanan g sana..
Kitorg bertolak dari MRSM ke jeti pada pukul 8.40 am..perjalanan ke jeti x lama sangat..
x sampai 2 jam dari Kota Bharu.


Masa ni dah sampai jeti..kumpulkan barang2 dan minum pagi dulu sebelum naik bot..


Ini lak pemandangan dari jeti kat Besut..Nanti cuba bandingkan air kat sini ngan kat sana..heee~


Dah naik bot!!Yay!!


Masa ni dah nak sampai..dan pulau tu adalah Pulau Perhentian Kecil..


Huwaarghh!!cantek!!Kalo la SS501 mai bercuti kat sini plak..Sabah depa dah p kan tahun lepas??Ajak depa mai sini la tahun neh =p


Beribu-ribu ikan munculkan diri kat bawah jeti ni.Macam show plak..mentang2 kitorg baru sampai kan.. =D


Ikan todak pun ada tau..


Kat sini la kitorg duduk selama satu hari..sewa kuarters guru..belakang kuarters ni ada sekolah..SK Pulau Perhentian.


Bebudak pulau ni rilek je berenang kat laut..kalo aku la, life jacket mmg kena ada..yela..xtau berenang..benda tu je la jadi pelampung aku..huhuhu..


Nak p snorkelling plak...sila jgn gelak.


Sapa kata org x pandai berenang x leh snorkeling?Tgk I siap peace lagi ^^


Kat sini tempat dia nama Air Berani.Dengar cerita air ni kalo kite selawat dgn niat baik kdg2 penyakit yg kita ada boleh sembuh..Rasa air ni x masin cam air laut..sejuk gilaa!!sangat fresh lah!


Masa ni lak lepas habis snorkelling..kat depan tmpat kitorg menginap.Nak hilangkan penat kite berendam dulu..

Tak semua yg pergi snorkelling..sebab ada yg takut ..so yg lain2 pergi ronda2 pulau dgn bot je..lepas snorkelling kaum laki pegi memancing lak..yg x ikut tuh dpt la mengulor kejap..heee~

Waktu malam, ada bbq..bakar ayam ngan ikan..sedap gile!!tp mlm tuh aku lg byk mkn ikan....huuuuu~
yapa...

Esok pagi kemas2 barang kitorg terus balik...


P/S-Sakit badan nak2 kat bahagian lengan..nak pakai deodoran pun susah..nak angkat tgn sakit..huhuhu

Tuesday, August 3, 2010

Baby, Come to Mama



GDE nak bawak Kim Hyung Jun (Baby Jun) datang Malaysia akhir bulan nih..
InsyaAllah akan pergi Fanmeeting & Fansigning dia walopun masa tuh bulan puasa..
Xdpt jumpa sume ahli SS501..dapat jumpa magnae dia pun ok la kan ^^
Sedang memikirkan sesuatu..patutkah aku beli hadiah utk Kyu Jong dan Leader?Atau untuk semua ahli SS501??
Haihhh!!Yg aku lak overexcited apehal??
Bukan Oppa aku yg nak mai pon..
Hishhh...
Tp..
Memang wajib turun KL masa tuh..muahahahaha!
*Tu la..Masa SS501 mai Malaysia thn lepas (bulan puasa jugak) hampa x pi.....*
Aku x kira da shillang aku bukan shillang aku pun..
Semua aku bantai..
Cam konsert Suju hari tuh pun camnih la..
Xkira da mana2 ahli yg lalu/duduk berdekatan ngan aku..suma aku jerit..Shindong x Shindong..
Paling x leh blah aku lak yg terjerit2 panggil nama Kyuhyun masa lagu Shining Star sebab masa tuh die dok paling dkt ngan Rockpit A.
=p
Ok..cukup.Kang meleret.

P/S- Sedang berjimat cermat.


Sunday, August 1, 2010

Impian Gambar Perkahwinan

Beberapa minggu lepas aku ada tgk We Got Married Hwangbo ngan Leader..
Ada satu episod tuh dorg ada photoshoot perkahwinan dorang..
ehemm..
jeles ok..
aku tgk Leader ngan Hwangbo dlm ni pon jeles..
kepada Along..sebab tu aku jarang tgk WGM depa neh..
Walopun WGM depa nih dah lama + Hwangbo tua 6 tahun dr Leader..
aku tetap jeles!!
Errr..Mengaku gak aku akhirnya..
tapi x pe la..
masih ada Kyu Jong..
tp Leader tetap No.1
ehehehe...

Serius..aku nak gambar kawen aku camni bleh??


Berbasikal sama2..


Paling suka ^^


*Jeles*



*Lagi jeles*


Sweet kan ^^

P/S - Kepada bakal photographer wedding aku nanti..Aku nak style camni ok?
(^-^)

Related Posts with Thumbnails