Pages

Tuesday, November 29, 2011

Aku Nak Yang Bogel

Hati aku sekarang ni tengah membuak-buak..
Nak sangat!!~~~
Dah lama aku fikir..


Dan juga aku impikan..
















Sebatang lipstick warna bogel..
atau lebih dikenali sebagai nude color.

Muahaha!!


P/S - Masih waras

Friday, November 25, 2011

Beza Langsat, Duku, Dokong

Merujuk pada Masterchef Malaysia...Seorang peserta telah tewas kerana tidak dapat membezakan langsat dengan duku..

Bukan dia sorang je..aku pun tak dapat bezakan buah yang sama bentuk sama rasa nih..



Jawapan yang diterima:

Keh keh keh..Kelakau la Nik nih..Aku rasa Chef Ramsay pun taktau langsat tu apa :-p

Takpe la Nik..Pegi la sambung belajar..

Balik MMU Cyber nanti bukak la gerai kat situ ye..
Mesti malatopp!!

=))

P/S - Dia dah ada GF..jangan masuk line! :-p

Wednesday, November 23, 2011

Musim Tengkujuh Sudah Tiba


"Wordless Wednesday"..errr...







Kalau hujan lebat sikit macam ni la keadaannya..
Selalunya pagi sampai petang..Petang dah surut..


P/S-Hujan itu rahmat..Tapi ada je yang tak tau bersyukur...Hujan sikit dah bising..Cuaca panas lagi nak bising..Siku mau?

Monday, November 21, 2011

Khayalan

Tiba-tiba aku terbayang apa perasaan seorang doktor/doktor gigi apabila idol dia datang ke klinik dia untuk buat rawatan?? Cuba bayangkan kalau aku jadi doktor/doktor gigi, tetiba ada patient yakni idol dia iaitu Lee Minho datang buat rawatan gigi??


OK.Mengarut je.Bye

Saturday, November 19, 2011

Musim Sakit Mata Ke Sekarang?

Saya adalah salah sorang mangsanya..




Align Center

Macam kena dera je kan..Macam kena tumbuk pun ada gak..



Tak pasal jadi sepet sebelah..
Huhu..
Saya tengah berfikir positif..
Semua ada hikmah..
Wahai hati..
Sila bertabah!Anda kuat!

P/S - Kakak saya cakap mata saya dah macam Patrick Starfish yang kena tumbuk dalam satu episod dalam Spongebob.Erk!~

Sunday, November 6, 2011

Pagi Yang Indah



Sebab pagi-pagi dah dapat surprise!!!!
Walopun konvo dah hampir sebulan..Dapat lagi hadiah konvo..
Hihihihi...
Terharu...
Terima kasih kepada yang memberi..
^^


P/S - Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua! =)

Saturday, November 5, 2011

Asal Raya Je Nak Mintak Maaf..Hari Selain Raya Susah Nak Mintak Maaf Ke?

Aku nak mintak maaf la kat cashier Giant petang tadi..
Sebab aku dah tercakap sesuatu yang kurang sopan.

Bukan apa..
Nampak sangat cashier perempuan ni pemalas..Padahal masa tu giliran aku kot nak bayar..tup tup die letak tanda counter close..Padahal belakang aku takda orang pun..Aku pun apa lagi...Terkeluar la benda tak sepatutnya aku cakap. Nasib baik aku tak amik tanda counter close tu lempar kat dia..Aku tau sangat la orang jenis macamni dia malas! Sebab orang depan aku ni setakat beli barang 2-3 benda je..aku ni satu troli yang tak sampai setengah troli..Sebab tu cepat je die letak tanda tutup tu.

Moralnya ialah..kalau tak suka kerja yang you terpaksa berdepan dengan customer...jangan kerja yang berkaitan dengan customer..Tak kisah la you kerja nak amek pengalaman or wat so ever nak letak dalam resume ke..Kalau tak suka dengan customer..kerja belakang tabir je ok..Angkat barang ke..jaga stor ke..kalau kat restoran tak sanggup nak berdepan dengan customer yang pelbagai kerenah..kerja la sebagai pencuci pinggan..Tak payah nak pk pasal customer..Kerja tu pun masih halal..masih jugak dinamakan kerja..tak ada orang hina pun kerja macam tu..

Haishh...naseb baik aku tak keje bahagian HR kat Giant tuh..Kalo tak memang la..memang laaaaa..memang kena lagi baikkkk laaa...!~

Wednesday, November 2, 2011

Teka-teki Yang Buat Aku Rasa Nak Lempang

Saya nak beli baju RM97 tapi saya takdak duit. So saya pun pinjam la RM50 kat kakak, RM50 kat adik. Sekarang saya ada RM100 dalam tangan. Lepas beli baju, cashier Topman pulangkan RM3. Saya pun pulangkan RM1 kat kakak. RM1 kat adik. Lagi RM1 saya pegang. Sekarang ni saya hutang kakak RM49, hutang adik RM49. Tapi bila saya campur dua-dua hutang kakak n adik. RM49+RM49= RM98. Campur duit dalam tangan saya RM1=RM99. Mana lagi RM1 duit saya?


Sapa dapat jawapan??

Hint: Yang pegi gatal simpan RM1 kat diri sendiri tu sape suruh derrrr!~

Rasa nak hempuk tak? Ke tak paham?? :-p




P/S - Teka-teki zaman tok kaduk
Related Posts with Thumbnails