Pages

Sunday, January 15, 2012

Itu Haram Ini Haram Apa pun Tak Boleh

Ingat tak masa tahun lepas yakni masa hari Krismas heboh sekejap kat FB yang pasal haram wish kat kristian bla bla bla bla bla bla bla bala ni bala!~

Aku termasuk dalam golongan yang wish "Merry Christmas!" kepada kawan-kawan Kristian aku yang ada kat FB.

Tiba-tiba ada la sorang makhluk ni terus je post pasal haram wish krismas ni kat status aku tu. Aku delete terus. Malas nak layan.

Aku ni...jenis pantang sikit orang yang terus serbu tak tentu pasal ni. Cukup pantang!

Berlaku ketegangan urat la jugak bila dapat post macam tu. Nasib baik ramai yang back up. Muahahaha!!

Tengok niat kita la kan kita wish sebab apa..Apa-apa benda kita nak buat yang penting niat kita.

Jangan terus nak serbu macam kata aku ni dah rosak akidah bila wish kat orang yang beragama selain Islam ni..Astaghfirullahalazim...

Pertama sekali aku nak cakap, kalau nak cari sesuatu kebenaran tu..cari la dari banyak sumber.

Islam itu mudah sebenarnya.

Jangan sebab kau peminat UAI ..kau pegang pada kata-kata dia je.. Cuba mintak pendapat dari ustaz lain pulak..aku tau mesti orang-orang macam ni tak pernah buat Final Year Project ( FYP ). heh. Lain kali baca jurnal banyak-banyak ye bang =))


Aku dengan bangganya snap terus dari surat khabar ni. Sila baca point kedua yer.

Beberapa hari lepas aku baca newspaper kebetulan terjumpa pasal isu ni..Apa lagi. Snap masuk FB terus. Puas hati aku.

Lepas ni jangan nak timbulkan isu ni masa CNY.

Kalau ada yang timbulkan isu macam ni jugak jangan buat muka tak malu pulak pegi terima limau mandarin berkotak-kotak. Kalau kau terima limau tu jugak kau memang kategori bullshit.

Saturday, January 7, 2012

Ada Sesuatu Dengan KFC

Start dari minggu lepas sampai hari ni dah 3 kali aku makan KFC.

Taktau kenapa jadi ketagih tiba-tiba.

Kalau ketagih McD tu perkara biasa.

Ketagih KFC tu aku jarang pulak dengar. Tapi jadi kat aku dengan kakak aku.

Ingatkan aku sorang je ketagih ayam KFC original sekarang ni. Kakak aku pun sama.

Dulu kecik-kecik aku suka gila dengan hot & spicy.

Dah makin besar ni aku makin suka ayam original pulak.

Sebab dulu ayam original makan sikit dah muak.

Sekarang ni tak muak dah! Serius. Lagi sedap bila kulit ayam tu terasa rempah-rempah dia...memang menjilat jari!


Haih...pasal KFC pun nak citer.
Biar la.

Thursday, January 5, 2012

Kenapa Pagar Makan Padi?

Yang sebetulnya...

Harapkan pegar, pegar makan padi.

Pegar tu apa?

Pegar tu sejenis burung.

Mana kau tau pasal ni?

Aku dapat dari Facebook Ustaz Zamri.

Dia kasi ini link: BURUNG PEGAR

Sila baca ya.

Asalnya dari Indonesia.

Kenapa peribahasa kita tak ditukar kepada pegar jugak?

Aku confuse tau.

Selama hampir 23 tahun aku hidup, baru aku tahu maksud peribahasa ni.

Sebelum ni aku asyik terpk kenapa pagar (gate) nak makan padi? Macamana pagar (gate) boleh makan padi? @_@

Aku sorang je ke yang baru tahu?

Ke you ollsssss pun baru tahu hari ni??

Baik mengaku cepat.

Tak de aku nak malu sorang-sorang.

Heh.

Sunday, January 1, 2012

Duo



Saya suka mereka.
Sebab vokal mereka power.
Siapa cakap vokal orang Korea tak best?
Related Posts with Thumbnails