Pages

Friday, December 31, 2010

Rambut Tahun Baru 2011

Sejak potong rambut pendek ni..
Rajin plak kawan-kawan post kat wall FB..(Oh..mungkin jugak sebab aku privatekan gambar..tu pasal wall je bleh dorang komen.. =p )
Terasa pemes cam Elia plak..
Ekekeke..
OK..tipu je..tak pemes cam dia pun..Heeee~

Ramai yang memuji..Paling suka bila kata nampak muda cam budak sekolah..Ehehe..
Ada gak yang kate sayang bila rambut dah panjang tibe-tiba potong pendek.
Takpe..Rambut kan boleh panjang balik..
=D \/

Dah!
Tak nak market diri sendiri lebih-lebih..
Nanti orang lain geli nak baca..




Choi Minho nampak lain dengan rambut blonde..tapi tetap comeyyy!!


P/S - TAHNIAH MALAYSIA!
Malaysia Boleh!

Wednesday, December 29, 2010

Setia Tak Bertempat



Semalam aku tengok satu drama dari negara seberang..Isk..Aku x layan pun citer neh..tapi dah terbukak..channel ni je ada cite..aku pun layan je la sambil makan nasi tapau.

Ada satu scene tuh..
Om (Pakcik) neh punyala setia kat sorang pompuan neh..Pompuan neh dah kawen ada anak dara dah pun..Dia tau pompuan nih dah kawen...ada anak suma..Taktau la apa niat dia berkawan dgn suami kpd pompuan ni..Tapi dalam dompet dia masih ada gambar pompuan yg dia sayang ni..
Lepas tu aku x layan dah.
Menyampah.
Antara ayat yang terkeluar dari mulut aku masa tuh, "Om nih setia tak bertempat."
Kalaula aku ada kat tempat pompuan tuh..memang annoying ok..Sebabnya..pompuan tu dah bahagia dengan pilihan dia..tapi si Om ni masih nak contact..kononnya sebab nak berkawan...
T__T

OK..tak salah nak berkawan..
Cuma janganlah lebih-lebih..
Tak baik kacau hubungan orang lain ni..
Setia tu memang kena ada..
Lebih-lebih lagi dengan pasangan kita..

Tapi kalau ditakdirkan berpisah...Tak kira la laki atau pompuan yang minta putus, kena la terima kenyataan..
Tak payah nak menaruh harapan lagi..
Tak payah nak setia sangat ..

Mungkin sebelah pihak ni nak berpisah sebab dia tak rasa bahagia dengan pasangan dia..
Tapi dia tak cakap..Ya..Mungkin lepas berpisah dua-dua nih masih berkawan..dan salah sorang masih lagi menaruh harapan..tapi yang sebelah pihak lagi buat dono je, takpun sudah mempunyai kekasih baru...
Kena ingat, setiap orang ada hak nak pilih sesiapa saja sebagai pengganti..

Kadang-kadang kesian tengok orang yang terlebih setia ni..
Sedih sorang-sorang..Tunggu macam orang bodo..Macam pasangan dia tu je la yang segala-galanya bagi dia...
Haish..
Carilah life baru..
Tak payah nak buang masa menunggu bulan jatuh ke riba..
Ntah-ntah ex-bf/gf tu tengah berhuha-huha ngan orang lain..berpoya-poya..takpun lagi bahagia dengan pasangan baru.Memang la mungkin dia masih berkawan/berhubung ngan bekas kekasih kan...tapi tu tak bermakna dia nak balik kat ex dia tuh...



P/S - Selamat tahun baru 2011

Tuesday, December 28, 2010

Luaran & Dalaman Donghae



Luaran


Luaran lagi


Dalaman
<3

***
Lee Donghae..Dikenali sebagai Donghae..
15 October 1986
Berasal dari Mokpo, Jeollanam, Korea Selatan..
Sebenarnya..Kawasa hometown dia ni ada slang tersendiri..
Ala..
Ibarat slang Kedah / Kelantan la..
Sebab tu cara dia bercakap dan menyanyi lain sikit dari ahli-ahli Suju..
Kalau sesiapa yang dapat bezakan satu-satu suara ahli Suju ni..Mesti dapat cam suara Donghae..
Yang penting suara dia tetap best..
Paling suka masa dia nyanyi lagu You're My Everything..
Penuh perasaan..
Nak mengalir air mata bila dia nyanyi..
Seorang lelaki yang sangatlahhhh sentisip!
Kisah paling sedih dalam hidup dia ialah bila dia tak dapat nak bagi duit buat kali pertama selepas dia bergelar penyayi kepada ayah dia..Sebab ayah dia nak sangat tengok dia jadi penyanyi..Tapi dia tak sempat nak bagi duit tu sebab ayah dia dah meninggal..

Kalaulah Donghae ni laki aku..
Memang aku jaga dia elok-elok..
Tengok muka dia cam kesian je..
Nak marah dia..nanti kite lak rasa bersalah..kite lak nangis sebab kesian kat die..
Paling penting, masa Super Show 2, dia adalah yang paling dekat tetiba muncul masa awal show kat kawasan Rockpitt aku duduk tuh..Weeeee~~
***

P/S - Aku tak pervert.Hehe


Tolonglah Amek Award Neh



1. Apa pendapat tentang blog Kak Sol?
Comel..mcm tuan die..^^


2.Tempat yang paling nak lawat?
Venice

3. 3 perkara tentang diri anda...
Sila la baca profile kat atas tuh

4. Nak bg award ni kat kawan-kawan :)
Amek la wahai followers ku...

5.Dan nak kasi special untuk kamu yang sedang membaca..

P/S - Busy busy busy

Wednesday, December 22, 2010

Di Sebalik Super Show 2 (SS2) Malaysia

1) Sebelum masuk stadium, sorang-sorang akan dicek beg masing-masing ..sebab makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk..Ini bagi yang duduk di kawasan Rockpit. Kawasan lain yang berharga RM 100+ dan RM200+ aku x sure boleh ke tak bawa makanan/minuman. Oleh itu, bagi mereka yang membawa makanan/minuman, semuanya perlu DIBUANG terus dari beg. Sedih ooo tgk roti..air.....dah macam sampah kena buang...Ini mungkin untuk mengelakkan fans baling kepada Super Junior semasa di pentas..Aigooo..ape barang nak baling makanan kat Suju??

2) Selain itu, kamera DSLR juga tak boleh dibawa masuk..Tapi..aku tengok ada je yang terlepas..Sungmin siap posing lagi kat sorang minah cina yang pegang DSLR kat Rockpit..Jeles taw!

3) Semasa menunggu giliran untuk masuk ke stadium, fans tak habis-habis nak menjerit tak tentu pasal..Aku dan yang lain-lain pun macam pelik dan nak tau jugak apesal dorang menjerit? Suju nak jumpa fans kat luar stadium ke? Bila aku godek-godek google, baru aku tau selepas Suju kena interview kat dalam stadium, Wookie cuba menunjukkan muka kat luar stadium sekejap..sambil melambai-lambai tangan kepada fans..Ini mungkin fans yang berada berdekatan dgn pintu masuk yang nampak kelibat dia..Selain itu, Arirang juga ada semasa Super Show 2 untuk bercerita tentang penangan Super Junior di Malaysia..Kalau tgk kat youtube, Arirang ada interview beberapa fans dari Malaysia tentang band dari Korea dan ada menyelit beberapa scene semasa di Super Show 2 Malaysia..Patut la fans ada menjerit lagi..Sebab nak masuk Arirang..Hehe..Tak tau apa tu Arirang? Sila google atau pun cari channel Arirang di youtube..

4) Selepas konsert, aku mengalami kesakitan kaki yang amat dahsyat! Pengajarannya, sila pakai selipar ke konsert bagi mereka yang duduk di Rockpit..Jangan gatal nak pakai kasut lawa-lawa..Melainkan korang dapat duduk semasa konsert..Dan untuk pengetahuan, kuku ibu jari kaki aku baru pulih sepenuhnya sebab selepas konsert, kuku ibu jari kaki aku terus bertukar jadi seketul tompok hitam, sebab ada darah beku kat kuku ibu jari kaki ..Pakai kasut lama sangat..Lebih dr 12 jam..Huhu..Kira la dari 20 mac 2010 , minggu ni baru pulih putih bersih sepenuhnya.

5) Selepas konsert juga aku mengalami kehausan yang paling dahsyat! Air memang laku la kat kedai-kedai luar stadium tuh.

6) Masuk je ke dalam stadium, rasa sangat best sebab duduk dalam stadium lagi sejuk dari duduk di luar..Ok..diakui...ini kali pertama pegi konsert..Aku ingatkan masuk dalam stadium panas..hehe..

7) Disebabkan kedudukan Rockpit adalah bawah dari pentas..kemungkinan, ahli-ahli Super Junior ada lalu lalang di bawah pentas sebelum, semasa, atau selepas konsert. Bagi mereka yang mempunyai penglihatan yang tajam macam aku, mesti akan nampak kelibat dan kaki orang berjalan di bawah pentas...Mesti dorang bangga kan sebab sebelum konsert fans tak habis-habis menjerit nama dorang dan of course la kan dorang boleh dengar.

8) Jika mahu tangkap gambar ahli-ahli Suju dari dekat, sila duduk di kawasan Rockpit atau yang paling dekat dengan pentas...Memang puas hati sebab dapat close up dorang punya gambar..



9) Ahli-ahli Suju akan baca segala banner/ucapan yang dibuat kepada mereka sekiranya ucapan tersebut berada berdekatan dengan mereka..Boleh nampak ye pergerakan mata mereka membaca sambil tersenyum terharu semasa konsert berlangsung..

10) Antara perkataan yang femes pada malam konsert itu ialah.."Apa khabar??"..Sebelum nyanyi dok kata apa khabar..selepas nyanyi pun dok tanya lagi apa khabar...Agaknya itu je yg dorang dapat hafal..Tapi fans pun layan je la kan..Paling tak boleh lupa bila Kyuhyun jugak yang sebut lain dr yang lain.."Saya sayang awak semua"..waaa!!Cairrrr!!!Fans jerit memang tak hengat la kan.

11) Zhoumi dan Henry mesti agak terharu sebab masa dorang tetiba muncul, fans tak habis-habis bersorak bg semangat..Sebabnya masa konsert di Shanghai kalo tak silap aku, dorang kena "boooo" ngan fans sana..Sebab dorang kan Cina...Haish..Orang bg la support bangsa sendiri join Suju ni...Tapi kat sini lain plak..Fans sini memang support habis-habisan..bayangkan masa tengah lagu sedih, nampak keceriaan di wajah Zhoumi dan Henry..Yang lain-lain nyanyi dengan penuh perasaan.....Dan selepas je nampak Zhoumi kat pentas tu..Aku terus minat Zhoumi..debab dia sangattttttt hensem!!!Tak kira dah dia dari China ke Korea...Dulu aku x minat Zhoumi ni sebab dia macam Siwon..Muka pun hampir sama ngan Siwon..

12) Beberapa hari sebelum konsert, laptop aku tengah mengalami gegaran..heh.Tak tak..kaki aku tersadung kat wayar laptop...jatuh dari meja..terus jahanam skrin laptop...Masa tuh memang down gilaa!!! Tapi bila masa kat konsert, terus hilang perasaan tuh..Memang enjoy habis-habisan..lupa sekejap pasal laptop..lupa sekejap pasal final year project 1..

13) Disebabkan Super Junior ni kurang sikit berbahasa Inggeris, semasa di akhir konsert, Siwon yang mentranslate kepada English..Leeteuk plak cakap Korea..Nasib baik ada Siwon..=D

14) Beberapa minggu selepas Super Show 2, sorang-sorang ahli Super Junior membuka akaun twitter masing-masing..Dan aku pun buat twitter sebab pada mulanya nak follow dorang semata-mata..hihi

15) Sejak buat entry pasal konsert ni, ramai gak yg add aku kat FB terutama yg pompuan, sebab dorang nak tau pengalaman pegi SS2..



P/S - Super Show 3 Malaysia masih tidak confirm.

Sunday, December 19, 2010

Es Es Five O One Child Photos

I LOVE PRETTY BOYS


Asyik cakap pasal Super Junior je..Update pasal SS501 plak..
Nak cuci mata tengok satu group yang semuanya comel dan hensem belake..
Super Junior tak semua hensem & tak semua tomey kan..
Heh.Statement nak kena makan penampor ngan ELF.


SS501 ketika predebut.Sumber yang aku dapat kata predebut..Tak tau betol ke tak..Heh..Macam zaman sekolah menengah jer neh..Kim Hyun Joong tetap comel ^0^

Leader: Kim Hyun Joong

Owwhh..Ni merajuk ke ape?


Tengok mata die pun dah tau =)

Sekarang:

Sebagai tanda menyokong dia, aku akan pakai Faceshop.Heh =p


Heo Young Saeng:

Tomeyy!!


Kecik-kecik dah ada noona ushar kat belakang tuh

Sekarang:
.
Si teddy bear bumbum!


Kim Kyu Jong:

Die senyum sama je cam sekarang.


Muke risau

Sekarang:

Sudah kacak bergaya


Park Jungmin:

Masih sama macam sekarang


Ok.Dah comel.

Sekarang:

Si cantek ngan ganas.
*Takde gambar lain ke??*Ade..tp yang ni cam menarik..thee hehe~



Magnae: Kim Hyung Jun

Yang ni cam lain skit muke masa kecik-kecik..


Kecik-kecik kurang comel..Tapi bila dah besar...

Sekarang:

Dah besar baru nampak baby face..




All photos credit to respected owners

P/S -Next BigBang lak kot..

Saturday, December 18, 2010

My Oppa is My Everything


Lagu ni aku tujukan khas buat kelima-lima Oppa yang kini berada jauh di Seoul, Korea..Errr..Dan tidak lupa juga pada Oppa sebenar..Hehehe..You are my everything~~

Dalam video ni...:
1. Ryeowook dan Jonghyun ada tersalah lirik..T___T
2. Diakui suara Kyuhyun sangat boleh mensyahdukan hati aku yang keras ni..Dengar suara dia sampai rasa nak menangis dan tertido..
3. Suara Onew agak best dan agak menyerlah bila tiba part dia menyanyi.
4. Masa Jonghyun menyanyi mesti dalam kepala otak dia teringat gf die, Shin Se Kyung kan??Zzzzzzzz~
5. Sape mamat yang bercermin mata tu?Macam hensem plak..=p


P/S - Tetapi telinga ni masih terngiang-ngiang ketika Donghae menyanyikan lagu ni dengan penuh perasaan.. <3>

Thursday, December 16, 2010

Merci Beaucoup



1. Berikan satu nickname untuk saya:
Dyla Unni

2. Ucapan pemberi award:
Terima kasih unni, sebab bg award kat blog saye yang x seberapa ni..Ehehehe..Kpop hwaiting!!

3. Berikan 6 fav artis/singer/group yg korang minat:
Big Bang
SS501
Super Junior
Shinee
U-Kiss
Lee Seunggi

4. Tag award ini kepada 10 orang blogger/follower:
Ana
Wan Afikah
Kina
Amira Enigmaking
Nwar
Aisar
Yunus
Mirah
Lagi 2 orang untuk semua followers dan sape-sape je la yang nak..Sile-sile..



P/S - Tensen jawab kuiz French sejam 15 minit..Macam jawab exam..Zzzzzz

Lelaki Yg Berkahwin Ada FB Rasa Dia Hot Ke?

Kisah ni berdasarkan pengalaman aku chatting ngan seorang lelaki di FB semalam.
Lelaki tersebut sudah berkahwin..
Mempunyai 2 orang anak yang masih kecil..
Laki ni sebenarnya dah lama cuba nak chatting ngan aku..
Aku je yang x layan.Sebab aku tau dia dah kawen.
Semalam..
Aku saja nak test dia..ok..Aku chatting ngan die..
Ape sangat la die nak borak sangat ngan aku selama ni..

Bila aku reply, dia cam x puas hati lak..Dia kate selama ni aku x layan die (suke hati aku la!).
Tujuan dia nak chat ngan aku..

Memula sekali..
Dia tanya aku kat Melaka ke..(Yep)

Dia cakap sekarang dia pun kat Melaka..Outstation sampai bulan 2..Dalam hati aku berkata.."Ooo..jauh dari bini la ni..Gersang la tuh."

Dia nak no tepon aku..(TAK BOLEH!)

Aku tanya dia nak buat ape..(Nak ajak makan laaaaaa<----Ini yg die reply) Aku cakap..aku x nak..Aku x suka keluar dengan orang yang x kenal..Lebih-lebih lagi yang SUDAH BERKAHWIN.

Lepas tu..Dia boleh plak cakap.."Alaa..I cuma anggap U macam adik-adik je.."....(Kepala hotak kau!)

Dia cakap lagi.."Umur I 34 tahun...U 21 tahun..So, so I anggap u cam adik-adik I la.." (So what! Geli kot..Laki umur 30 pun aku rasa dah geli nak dekat ngan dorang...Zzzzzz...)

Aku pun sound la balik..Aku memang tak suka keluar ngan orang tak kenal..

Dia balas balik.."Camana nak kenal kalau tak jumpa lagi?" (WTF?)

Aku cakap.." Saya akan keluar dengan kawan-kawan yang satu sekolah ngan saya..ngan satu kampus ngan saya..yang betul-betul saya kenal di dunia realiti ni..Agak tak relevan kalau tetiba saya keluar ngan awak yang baru knal kat FB ni..tetibe awak nak anggap saya ni macam adik-adik awak..lagipun kawan-kawan kat FB ni sekadar berkawan kat sini je..Takde la sampai nak berjumpa."

OK..Ecceli mamat ni dah lama gila ada dalam friendlist FB aku..Dari thn 2008 lagi.Zaman aku memula ada FB..Cuma aku je tak layan..

Lepas tu..dia x putus asa lagi..dia cakap.."Ok ..xpe..maybe one day U akan jadi one of my staff =) "

T________T

Oooo..Tak puas hati lagi mamat ni..Kire die ni orang kuat jugak la kot kat office..Maybe.....
Gile gersang..

No wonder sekarang banyak sangat kes cerai-berai..Kesian kat bini dia..Anak-anak dia kecik lagi..
Kalau aku jadi bini dia..bila hubby dah outstation..mesti kite pk die kerja kan??Tapi sebenarnya bila dah duduk jauh-jauh ni makin gersang jadinya..sampai nak ajak keluar pompuan lain makan ngan dia...Ajak keluar makan lak ngan pompuan kat FB..

Aku cerita kat kakak aku..Die cakap.."Lain kali kalo nak ajak keluar makan, hang cakap la ajak la anak bini sekali..baru rasa cam famili..kate anggap cam adik-adik..".Heh..

Begini rupanya lelaki zaman sekarang.....Maksud aku..yang dah berkahwin...
Ok..Aku tau..x sume lelaki macam ni..
Cuma nak cari yang betul-betul berkualiti..
Agak susah...



P/S - Sebab tu sekarang aku tengah pantau sape-sape yang nak add aku kat FB..Kalau dulu memang aku approve je sume..Tapi sekarang, aku memang patut pantau...

Tuesday, December 14, 2010

Super Junior - Mirror *Super Show live*




Saya.Rindu.Nak.Pegi.Konsert.Super Junior. Lagi.




P/S - Siwon.Sekseiiii!!!Eh..Video ni bukan dari Super Show 2 Malaysia tau..Sekadar perhiasan blog.

Monday, December 13, 2010

Tahun Lepas Sibuk

Tahun lepas..
Dah masuk bulan Disember 2009 ni..
Masa ni dah sibuk dengan Super Show 2..
Dah tahu siapa yang organize konsert ni..
Sibuk tengok show Super Junior kat Youtube..
Sibuk nak lebih mengenali ahli-ahli Suju ni..
Sibuk nak beli tiket konsert kat mana..
Sibuk nak pk nak beli tiket yang duduk ke ..yang dekat pentas..
Sibuk nak hafal lagu-lagu Suju..
Sibuk nak beli baju warna sapphire blue masa nak pegi ke konsert..
Sibuk duk pk tarikh 20 mac 2010 tuh ada midterm ke..ada kuiz ke tidak..
Dan akhirnya..20 Mac 2010 tiba..Impian jadi kenyataan..
=)

Pada mulanya..Kuala Lumpur memang tersenarai untuk Super Show 3..



Tapi...
Tahun ni..
Dah masuk bulan Disember..
Masih tak ada berita pasal konsert ni..
Masih tak tahu siapa yang organize konsert..
Masih tiada kabar berita..
Tiket Super Show 3 di Singapore dah sold out..
Di sini??
Jika dihitung, hanya tinggal 3 bulan je lagi Super Show 3 akan berlangsung..

Adakah benar kata hati aku mengatakan Super Show 3 akan dibatalkan??






P/S - Tak kisah T___T

Sunday, December 12, 2010

Resepi Homemade Pizza

Nak tau tak...Sepanjang cuti midterm...
Aku makan sangat la mewah kat umah..
Boleh dikatakan hari-hari makan pizza yang mama buat..
Sampai dah boleh hafal step nak buat pizza...
So...hari ni nak share resepi pizza..

Aku x nak state kan berapa banyak kuantiti bahan-bahan yang diperlukan..
Sebab kuantiti inti pizza ni bergantung pada selera masing-masing samada nak inti yang penuh ataupun sedikit..
Oh ya..roti pizza ataupun pizza base..kitorang beli je..lagipun ada banyak size...Tak payah susah-susah nak buat..hehe..


Bahan-bahan A:
Ayam dicincang Daging dicincang Bawang besar dipotong dadu Lada sulah Garam secukup rasa Gula secukup rasa
Sedikit Ajinomoto...(Letak ajinomoto banyak-banyak tak elok untuk kesihatan..hehe)

Bahan-bahan A kat atas ni kena goreng dulu sampai masak..


Bahan-bahan A yang telah digoreng hingga masak.


Bahan-bahan B:
Capsicum merah dan hijau
Bawang besar dipotong nipis
Tomato setengah biji dipotong nipis
Carrot dipotong halus
Nenas (dalam tin 3 keping dipotong kecil-kecil)
Cendawan butang (dalam tin dipotong halus)


Ini ialah Bahan-bahan B:Tomato,carrot,capsicum,bawang besar


Bahan-bahan B lagi: Cendawan butang dan nenas


Bahan-bahan C:
Pizza base..(Beli sendiri kat kedai..heheh)
Tomato puri
Sos cili
Air nenas
Mozarella cheese
Oregano

Memula sekali, sediakan pizza base..Untuk resepi ni aku guna pizza base 8 inci. Kalo bleh tempat pengalas pizza base ni biarla letak sedikit butter kat lapisan pengalas tu..supaya nanti dah masak roti pizza ni tak melekat.

Sapukan tomato puri atas pizza base...Dan sos cili untuk rasa sedikit pedas.


Tomato puri dan sos cili disapu di atas pizza base

Selepas itu, taburkan bahan-bahan A dan bahan-bahan B mengikut kuantiti yang anda perlukan. Tabur sedikit air nenas supaya nanti rasa pizza tu ada sedikit manis-manis..


Ini ialah kuantiti inti yang famili aku makan...banyak kan?Heee~

Dah habis letak inti-inti ni..jangan lupa taburkan oregano nak kasi harum wangi semerbak pizza ni..

Lepas tu..Bakar selama 30 minit..Untuk microwave kat umah aku guna combination 6..Korang punye aku tak tau..huhu..

10 minit sebelum pizza siap dimasak, baru boleh tabur mozarella cheese..Tujuan kite tak letak cheese awal-awal supaya nanti cheese tu tak terlalu masak..Nanti tak boleh nak tarik-tarik cheese ala-ala pizza hut..hehe..Lepas tu sambung masak pizza sampai siap masak..^^


Dah siap!! Yang putih-putih tu ialah cheese..


P/S - Selamat mencuba =p

Friday, December 10, 2010

Saya Tak Suka Orang Yang Spoil T__T

Aku geram bila aku dah confident dengan sesuatu benda..
...tetiba ada seseorang yang spoilkan keconfident-an aku..
...dan akhirnya aku mengikut kata dia..Sebab bila ada orang lain yang beri pendapat die atau dengan kata lain kaco pendapat aku, dengan serta merta fikiran aku boleh berubah..
..sedangkan sebelum ni aku memang confident yang kata hati aku betul..

Pernah tak jadi kat korang? Tak nak jawab takpe..
Jawab dalam hati ye..
Mesti rasa geram kan??
Rasa nak buat tendangan sparring je kat orang spoil keconfident-an kite tuh..
T____T





P/S - Buat kerja sorang-sorang lagi bagus. Makan sorang-sorang..Study sorang-sorang..Pegi shopping sorang-sorang..Takde orang kaco.

Wednesday, December 8, 2010

Tag..Tanda?

Tag dari Yunuz lagi..
Layann~



1. Apa benda yang paling penting dalam hidup korang?
--- Nyawa --- Heh.

2. Benda yang terakhir korang beli menggunakan duit korang sendiri.
--- Repair handphone 50 hengget --- Kira belanja duit sendiri gak kan?

3. Di manakah tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?
--- Ikut persetujuan ibu bapa kedua-dua belah pihak ( Baca dengan nada serius ). Tema perkahwinan..erm....tema kartun bleh? sebab Oppa suka Doraemon aku lak suka Spongebob. --- Ngeeeeeeehh

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
--- Oui --- Tak paham? Sila translate dari bahasa French ke Eng/Malay =p

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih orang?
--- Sebelum tu aku nak tanya la kan...ni soalan ni tertinggal huruf K kat "orang" tu ke?? Lain macam je...tapi untuk nak menjawab soklan ni.....aku rasa.. tidak akan....never. ---

6. Di manakah korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
--- Skype tiap-tiap malam --- Heee~

7. Novel / buku / majalah yang terakhir korang beli:
--- Buku teks Strategic Management --- :-w

8. Apakah nama penuh korang?
--- WFA bt. WAG ---

9. Antara mak dan ayah korang, yang mana korang lagi mesra?
--- Mama...ngan Abah mesra bila kekeringan duit..--- Heh..Tak guna tol =p

10. Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang:
--- Nak jumpa bakal baby yg aku akan lahirkan pas kawen nanti dan generasi aku yang seterusnya ---

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
--- Baju yang aku sayang...aku basuh sendiri..---

12. Di manakah tempat yang korang betul-betul nak pergi.
--- Tempat di mana aku memiliki rumah sendiri.. Tak kisah la mana-mana pun..Asalkan rumah sendiri..Yang indah...ceitt! ---

13. Pilih salah1. Peluk atau cium.
--- Passionate kiss --- Hahahaha!! Gara-gara main sim. =p

14. Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang.
--- Adik Ana, 17 tahun kot, lelaki ---

15. 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang.
--- Famili, Oppa, kucing, handphone, diri sendiri---

16. 3 lagu yang korang paling suka dan selalu dengar.
--- Lagu Melayu yang best, Lagu English yang best, Lagu Korea yang best..Rock kapak tak nak ---

17. Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
--- 16 May 1989..Sambut kat KFC..Kawan-kawan buat surprise ^^ ---

18. 7 orang blogger yang korang nak tag.
--- Wan Afikah ---
--- Amirah ---
--- Nwar ---
--- Mira Kangkung ---
--- Kina ---
--- Aisyah ---
--- You! Ye..Kamu..---

19. Cerita sikit blogger pertama yang korang tag:
--- Satu kampus ngan aku...belajar accounting..Comey ..^^---


P/S - Nak band KB Mall bleh??

Saturday, December 4, 2010

Lelaki Cantik

Kenapa orang lelaki menganggap lelaki yang menjaga penampilan..
I mean..yang pergi ke spa..
Yang jenis jaga muka..
Dorang mesti ada pandangan negatif kepada kaum mereka sendiri..
Antara pandangan negatif yang mereka selalu kata ialah gay!
Mungkin jugak ada perempuan yg mempunyai pandangan serupa seperti mereka ni.


Cuba tengok Heechul ni..walopun die lelaki cantik..tapi sebenarnya die kasar nak mampos!

Bagi aku, tak salah kalau lelaki nak menjaga penampilan..
Tak salah pun kalau lelaki pergi ke spa..
Tak salah juga kalau mereka rajin menjaga muka.
Rajin menempek compact powder ke muka..
Bagi aku itu adalah salah satu cara untuk tampil dengan gaya maskulin.
Contoh yang aku boleh bagi ialah Super Junior.
Dorang ada compact powder sendiri ok..
Ok..Maybe la kan dorang pun adalah idol..
So kena jaga penampilan..
Kita sebagai orang biasa pun boleh je nak jadi seperti mereka.
Malang sekali kebanyakan orang kita bila nampak sesuatu yang jarang dilihat berlaku di Malaysia, pemikiran mereka dah terpesong.Apa yang dorang nampak, lelaki-lelaki seperti ini gay!
Aku layan Kpop bukan setakat untuk hiburan..tapi sebenarnya banyak yang kita boleh belajar dari dorang.
Bila dah selalu layan show dorang, kita dapat tau yang orang-orang mereka memang begitu.Masih lagi lelaki tulin walaupun mereka menjaga kecantikan.

Lagi satu...kalau nampak macam lelaki yang jenis mengikut peredaran fesyen pun salah bagi dorang...semua tak kena..Semua macam tak elok lah pasal fesyen lelaki ala-ala Korea..
Nak ikut trend fesyen pun salah ke bang?
Cuba pegi skit masuk mall tengok butik-butik lelaki...
Bukan ke kebanyakan fesyen memang camtu?
Diakui fesyen lelaki sekarang makin mantap dan smart.
Tu pun salah ke kalau lelaki nak pakai macam tu?
Jangan ingat bila lelaki dah pakai camtu, dorang dah lupa budaya dorang.

Yes..Aku agak emo bila ada orang bagi pandangan negatif kepada kaum mereka seperti yang aku cerita neh..
Aku pun ape lagi..
Nak gak bagi pandangan aku...
Ada lagi pandangan dari kakak aku..
sila lawat blog die tentang lelaki metrosexual ya..

http://wsdiyana.blogdrive.com/comments?id=281

And please...jangan sesuka hat nak judge orang ok..

P/S - Entry ini dibuat ketika menunggu flight ke Kota Bharu.. =p
Related Posts with Thumbnails