Pages

Thursday, September 30, 2010

Saya Ada Misi Penting



Sejak Cafe World ada buat mission..
Aku makin ketagih nak main ..
Walopun hanya masak-masak di alam cyber..
Dah habis satu mission, mission lain lak kena setel..
Tak nak buat mission tuh pun xpe..
Tapi...
Aku tetap nak setelkan mission yang dia bagi tuh!
Hohoho..
Hebat betul penangan Cafe World kat aku.
Bagus gak wat mission nih..
Senang skit nak capai pinggan kaler emas..
Errr...
Aku rasa yang x main Cafe World x paham kot apa aku dok merepek neh..
=p

Sampaikan aku sanggup bangun awal pagi semata-mata nak serve ngan masak masakan yang lain..Bangun pukul 10 pagi kira awal la kan bagi student yang tengah bercuti cam aku?
Ekekeke..Tu pun kalo ada broadband kat umah neh..Kalo tak menggigil cam org ketagih dadah la jawabnya dok pk "Nak serve, nak masak, basi ke tak, sempat ke nak masak tinggal baper hari je lagi ni...",antara benda yang aku pk dalam hati.
Sebabnya aku nak capai masa yang dia bagi untuk selesaikan misi memasak neh.
Ces!
Bunyi cam serius..
Misi konon..
Heh.
Level?Erm..tak banyak..Baru level 126.

Memula game aku main dulu adalah Barn Buddy..Tanam menanam..Jagung la..Terung..Cili..Bunga..Banyak lagi la...Sanggup bangun dari tdo tangah-tengah malam semata-mata nak petik tanaman tuh..Sebabnya x nak bagi org curi..Pas tu balas dendam balik kat jiran yang curi tuh..Pegi curi balik tanaman die..Heeeee~ Laptop pun kadang-kadang x shutdown.
Sebelum gi kelas pagi-pagi memang tu la rutin aku kat FB..Pegi bertanam dulu..Nasib baik x berpeluh.Hehe..

Tapi tu dulu...Sekarang dah x layan Barn Buddy..Farmville pun dah tak layan..Banyak sangat nak kena petik..Cam makin mengarut pun ada gak Farmville neh.

So sekarang aku layan masak-masak lak..
Bagus gak layan Cafe World ni..Walopun makanan yg dimasak tuh cam x pernah dengar..Sebenarnya memang wujud..Kalo tengok rancangan masakan ke kadang-kadang keluar cara-cara nak masak betul-betul resepi yang kita masak kat Cafe World..
Betul!! Tak tipu neh...



P/S - Kan best kalo main Cafe World dapat duit betul-betul..Noooo!!Jangan market MLM kat aku..Please..Pegi main jauh-jauh wahai Unstoppable dan segala manusia yang join MLM neh.Semak!


*Tengah gila dengar lagu-lagu dari Suju KRY*

Tuesday, September 28, 2010

Saya Tak Nak Banyak. Saya Cuma Nak Awak Doakan Yang Baik-baik Je Untuk Saya

Kadang-kadang berdiam diri lagi baik daripada kita asyik dok nak bercerita sesuatu perihal kat orang lain, akhirnya feedback yang kita dapat lagi banyak negatif dari positif. Secara tak langsung, kita terus rasa "down".~ Hilang motivasi diri.



Credit to witheunhae.com

P/S - Sangat mengecewakan

Sunday, September 26, 2010

Cinta Pandang Pertama

Hari ni keluar pegi KB Mall..
Memandangkan purse aku dah terkoyak kat bahagian syiling, aku pun cadang nak beli baru..
Bajet??
Aku bajet yg murah-murah je..tapi biar la yg berjenama skit..
Hehehehe..
=p
Masa tengah dok melilau mata nih dok cari purse, tetiba terpandang lak satu handbag nih...
Dalam hati berkata,

"Cantik!".

Ok..

"Dah. Jangan tengok. Aku nak beli purse je..."

Dah selesai buat bil untuk purse aku pilih td, terpandang balik handbag yg aku berkenan..

Aaaahhh!! Nak beli!!!

Baru aku tahu pe'el aku time shopping.Aku kalau nampak satu-satu benda yg menarik perhatian aku buat kali pertama, aku terus suka, aku nak jugak dapat benda tuh.

Ala...Lebih kurang cinta pandang pertama la..bak kata kakak aku.

Tapi aku x pernah lagi rasa cinta pandang pertama pada manusia..Sebab aku x percaya cinta pandang pertama pada manusia..Aku lak jenis suka judge org dulu walopun aku x knal.Nasib la kan..^^

Aku selalu jatuh cinta pandang pertama pada benda yg bukan hidup sahaja..
ekekekeke..

Time belek-belek handbag tu..tengok harga dia...bukak purse aku..tgk duit..dah la withdraw sikit je..
Tapi x pe..aku dah tau macamana nak guna debit card..atau lebih dikenali sebagai ATM card..Nak bayar pakai credit card, aku x da lagi..
He he he..
Bayar! Setel!

OK. Itu je nak mengarut.
Selamat malam!
Good night!
Jaljaeyo!
^^


"Adakah purse yang dipegang oleh Wookie itu LV?"

P/S - Bukan shopaholic

Akhirnya Batal

Merujuk kepada entry ini:

http://fatincitakky.blogspot.com/2010/08/baby-come-to-mama.html

ini:

http://fatincitakky.blogspot.com/2010/08/sedih-tak-hengat.html


dan ini:

http://fatincitakky.blogspot.com/2010/08/bye-bye-baby.html

Akhirnya event ini dibatalkan terus!
PHUHAHAHAHAHAHAH!!

Puas hati aku.
Biar semua x dapat pegi.

Kepada GDE, sudah-sudah la memberi harapan palsu dan janji-janji manismu itu kepada peminat setia K-pop!

Pabo!


Baik aku layan si mamat ni kat Twitter

P/S-Dah habis praktikal..Misi seterusnya tengok Personal Taste sampai habis sebelom sem baru bermula..Agagagagagaga~=D

Thursday, September 23, 2010

Iklan Kucing Hilang

Minggu lepas aku ada bawak Jamie, kucing aku pi klinik haiwan sebab dah berbulan-bulan mata Jamie berair..
Sampai je klinik, masuk dalam, tengok-tengok.."Mak aih..banyaknya pesakit (kucing) hari nih..Macam klinik orang lak ramainya kucing nak dirawat".
Ada la dalam 30 minit nak tunggu..




* Antara pesakit-pesakit yang menunggu giliran untuk dirawat*

Dalam carrier tu ada kucing yg sakit..ada satu famili ni sekali bawak g klinik 4 ekor..Mana tak lama kena tunggu....Oh ya..kucing aku dok dalam carrier dalam gambar ke-2 ni..tepi carrier warna biru terang..

Sepanjang aku dok tunggu giliran si Jamie ni jumpa doktor..Ada sekor kucing kepunyaan doktor dok teman aku kat klinik...Hehe..


*Kucing yg setia menemani aku*

Bila sampai je giliran Jamie, aku dah panik jangan la Jamie ni buat perangai macam ibu die si Fifi ni..Fifi lak jenis x suka jumpa doktor..Terus jadi garang..Sampai doktor pun susah nak kontrol..huhu..Tapi nasib baik Jamie ok je..sedap kot..doktor tu memula cuci telinga dia..tu pasal leh dok diam..rasa best la tuh sebab tuan-tuan dia jarang nak korek telinga dia..hehehehe =p..pas tu baru letak ubat kat mata..setel!

Bila keluar dari klinik, abah aku ada tunjuk iklan ni:


* Sian kan kucing ni? =(*

Dah la si Taffy ni ada penyakit.Hilang lak tu. Umur dah 11 tahun. Kalo Taffy ni manusia, dah masuk sekolah darjah 5 dah pun. Siap buat solat hajat..Jangan main-main..Orang yg pernah hilang kucing+sayang kucing/haiwan je tau macamana perasaan bila kucing hilang.Dulu kucing aku Fifi dah pernah hilang 24 jam.Satu hari suntuk aku x makan.Nasib baik jumpa kat rumah jiran.Fifi ni tau merayau je, tapi x tau jalan pulang ke rumah..haishh..


*No. telefon terpaksa dipadam untuk keselamatan tuan kucing berkenaan*

P/S-Rasa nak lempang je bebudak yg kaco kucing-kucing aku dalam sangkar masa buat open house semalam X-(

Tuesday, September 21, 2010

Saya Dah Tak Kerja.....Sobss~

Hari ini (Selasa, 12 Syawal 1431, 21 September 2010) adalah hari terakhir aku praktikal!!!! 4 bulan yang agak mencabar minda dan fizikal..


Bye bye office..

I'll miss you..

Hello campus! Dah lama x jumpa MMU..Rindu la...^^



P/S - Semester baru bermula pada 18 Oktober 2010..Selamat datang juga pada Final Year Project 2..Haishhh...

Sunday, September 19, 2010

Dari Personal Taste Ke Tips Menangani Putus Cinta

Aku dah beli DVD Personal Taste!!!!
Sebenarnya ada je yg download punya..tp half episod je yang ada..so macam tak best.
Lagipun kalo drama/movie ni aku lagi suka beli VCD/DVD..


Minho sangat comey dalam Personal Taste

Lagi puas hati + nak buat koleksi.
Aku kalau bab nak beli pakaian ke..beli selipar ke..aku akan pk panjang 3 4 5 kali..
Tapi kalo bab Korea, xpayah pk..rembat terus..
Tak kira da ada duit ke tak dalam purse masa tuh..
Sanggup pi ATM dulu..
hehehe..
Aku bukan nak cerita pasal drama ni pun..
Lagipun aku baru je tgk episod 1..
eheh..
Kecoh betul aku neh..
Takde..
Dalam episod satu aku tgk tu..
Ada satu skrip..err...maksud aku..ada satu ayat yg member kepada heroin ni cakap kat dia..lebih kurang begini la skrip dia:

"You should be grateful a thousand times you didn't marry him."

Maksud member kepada heroin ni, patutnya kena la bersyukur si heroin ni break-up / tak jadi kawen ngan laki ni, sebab sebenarnya perangai laki ni teruk. Selama ni asyik nampak yg baik je depan mata. Tapi belakang dia, dia tak tahu sebenarnya laki ni curang.Kawen ngan org lain..Kawen ngan kawan baik sendiri kepada heroin ni plak..Memang sadis la kan kisah si heroin ni..Cuba bayangkan bila korang dah kawen, dah bertunang org yg salah..tak ke lagi naya??Bila dah kawen, ada masalah baru menyesal dok pk kenapa dia x nampak perangai sebenar pasangan dia tu..?Ok..Cinta tak buta..Orang yang bercinta itu yang buta. Satu je yg aku ingat kalau ada kecelakaan macam ni berlaku kat aku.."Semua perkara yang terjadi ada hikmah disebaliknya"

Kesimpulannya...bagi mereka yg putus cinta, yg asyik sedih teringatkan ex-bf/ex-gf tu, sudah-sudah la mengenangkan dorang kalo dorang tinggalkan kita..Kita asyik teringatkan dia, ada ke dia teringatkan kita?Ntah-ntah dia tgh berseronak (seronok + nak) ngan jantan/girl lain.
Takde bf/gf pun x pe masa ni..Famili masih ada kan..Berseronoklah ngan famili dan kawan-kawan dulu..Tak payah dok teringat kenangan lama yg sia-sia tu. Aku tgk kat FB ni yg buat status sedih-sedih baru pas putus cinta ni..alahai..kenapa begitu lemah wahai perempuan?? Bagi la keras skit hati tu..Hidup mesti diteruskan ^^. Hurm..Maybe aku ni agak keras hati jugak kot..Bagi yang jenis lembut hati, aku pun x tau la nak cakap camana..Kalau nak jadi baik pun biarlah bertempat ye..Ni kalau org dah baling taik kat kita xkan kita nak balas perfume kat dia lagi..

Tips aku senang je kalo nak lupakan ex. Buang semua gambar dia. Aku tau org yg baru putus cinta ni selalu rindu-rinduan..pas tu tgk gambar si dia yg tinggalkan korang tu..pas tu nangis sorang..pas tu mata pun lebam sembab cam panda.
Tips kedua lak, cari hobi baru.Cam aku, hobi baru layan K-pop dan minat sampai sekarang..Serius, dulu aku x minat langsung K-pop.Selalunya yg mula-mula kita benci tu la last-last kita suka..=p
Tips ketiga, berseronoklah dengan kawan-kawan dan keluarga. Hargailah mereka sepenuhnya.
Tips keempat, ubah penampilan diri supaya lebih konfiden dan jadi orang yg baru. Kalau ada rasa yang kurang tuh, baikilah jadi lebih menarik. Kalau rasa diri tu kurus sangat macam cimpanzi tak cukup zat, makan banyak-banyak kasi bum bum skit..hehehe..
Tips kelima, err..ape ye??Hurm..Dah takde idea da...Minta maaf la kalo tips-tips di atas tidak dapat membantu anda yg baru pas break-up ni..
hehehe..

P/S-Tips-tips di atas adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri ^^

Saturday, September 18, 2010

Kisah Budak Kecik Yang Dulunya Gelap,Kini.........

Tadi aku pi salah satu kedai emas yg ada kat tengah-tengah bandar Kota Bharu nih..
Dari aku sekolah rendah sampai da besar panjang kalo nak tgk aksesori emas, famili aku asyik dok beli emas kat situ ja..Maybe sebab dorang ni ramah..pandai jaga hati pelanggan..ada design emas yang cantik..tu maybe salah satu sebab kenapa aku pilih kedai tu.
Sampai tokey dan pekerja-pekerja kedai emas tu dah kenal aku ngan famili aku..
Nak dijadikan cerita ada beberapa pekerja kat situ dok konpius tanya mak aku ada berapa org anak..?
Mak aku pun cakap la 2 orang ni je (Aku ngan akak aku)..
Then dia konpius lagi dia tanya bukan ke ada anak kecik sorang??
Dalam hati aku lak berkata..."Takkan la aku ni x besar-besar??"
Bila aku nak buat pertukaran cincin lama ke cincin baru, aku cakap la cincin lama aku tu aku pakai dari zaman sekolah lagi..
Baru la dorang percaya akulah budak kecik yang diperkatakan itu..
Tak tahannya..dorang cakap dorang x perasan yg budak kecik itu adalah aku..sebab aku dulu gelap..dah besar ni dah cerah..
Sedih lak aku dengar..
Tapi kembang semangkuk gak la..muahahaha!!
Oh..Aku dah berkulit cerah sekarang...
=p
Dah hari-hari mengadap muka aku kat cermin memang x perasan la kan..
Eh..
Xpe kan aku nak mempoyokan diri sebentar?
Ekekeke..
Yela..zaman skolah dulu mana la aku jaga sangat muka..
Dah makin dewasa ni aku jaga la gak muka..
Sejak aku masuk keluar ofis ni makin la muka aku terjaga..
Mana taknya..jarang kena matahari..dok terperuk je ngadap laptop.
=D
Oleh itu disini aku ingin membuat satu iklan:

"Saya nak mengucapkan terima kasih kepada Clean & Clear, Olay, Fair & Lovely, Ponds, Nivea dan Johnson&Johnson kerana telah berjaya mencerahkan kulit saya sekarang"-FatinCitakky

=))


Jarang sungguh nak jumpa lelaki melayu berwajah licin begini

P/S-Dapat gak beli cincin ada berlian =D

Wednesday, September 15, 2010

Raya!Raya!!

Hoho!
Raya tahun ni seperti tahun-tahun lepas jugak..Semua saudara-mara akan berkumpul kat umah famili aku pada pagi raya..
Raya pertama dan kedua memang x keluar rumah langsung..
Sebab nak melayan tetamu.
Err..Tetamu-tetamu parents aku la kebanyakannnya..
Tetamu aku x ramai yg datang,..
Apa-apa pun aku nak ucapkan terima kasih kepada mereka dan kawan-kawan sebab sudi berkunjung ke rumah aku..Dan kepada "Oppa F", thanks for coming ya :-* .
Pada hari raya pertama makanan yg disediakan biasa2 je...
Gulai ayam+nasi putih, satay, murtabak diraja (murtabak yg tebal 2-3 inci tuh), serta biskut-biskut raya.
Raya kedua plak special skit. Bihun sup, murtabak diraja, satay, serta biskut raya,..Err..Yang specialnya bihun sup la..hehehe..
Raya ke-3 barula dapat berjalan-jalan ke rumah nenek dan saudara-mara lain kat kg aku ni ha...
Tapi petangnya...masih ada saudara aku yg datang dari Besut, Terengganu..Oh..comey sungguh anak-anak saudara sepupu aku.Banyak mulut betul kena layan bebudak ni..Aku pun layan je la kan =)
Raya ke-4 dan seterusnya tetamu dah makin berkurang....Kebanyakan masa dihabiskan di hadapan laptop dan katil.Ehehehe...

Raya pertama:

Dari kiri: Along, Abah, Mama, FatinCitakky


Our big family..Family Mama


Antara tetamu yang hadir


Bersama sepupu-sepupu kecil

Raya kedua:
Waktu pagi..giliran tetamu-tetamu parents menziarah..


Sila-sila..Jemput-jemput makan sume.


Suasana hari raya..eh..suasana luar rumah..ehehe

OK..ini entry aku edit balik..hehehe..saudara belah Pahang pun ecceli sampai waktu pagi..bersama tetamu yg lain..hehe..mianhe..Aku mabuk..makan biskut raya banyak sgt..

Apabila kami bersepupu berposing..


Bunga kertas pun boleyhh..


Pertama kali bergambar di halaman rumah sendiri..beginilah jadinya.=p


Ya...Bajuku agak daring di situ..


Teropong Oppa yg x sampai-sampai..

Waktu petang baru Oppa aku sampai..Gambar dia??TAK BOLEH!!Oppa aku sorok dalam peti sejuk.Aku sorang je boleh tgk..Miahahaha!!

Raya ketiga:


Ni plak sepupu dan anak-anak dia dari KL..


Anak-anak sedara sepupuku yg tomeyyyy~Aleesya muka garang seh..


Irdina yang kelihatan takut apabila aku selaku Mak Ngah Fatin tetiba mencapap di situ....


P/S - Raya masih berjalan ~



Tuesday, September 7, 2010

Resepi Kuih Raya Yang Paling Simple

Bagi mereka yang gemar membuat kuih raya..
eceh..
ayat...mau tiru ayat dalam buku masakan lak =p.
Hari ni aku nak share satu resepi biskut yang paaaaaaaaaaaaaaaaaaaalllllllllllllllllllliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinnnnnnnnnnnnnnnnnnnnngggggggggggggggggggggggggg ringkas.
Aku xtau nama spesifik biskut ni.
Tapi bahan-bahan dia aku tau la..errr..penting ke nama spesifik?
ekekeke...
Aku bagi terus cara-cara nak buat biskut neh.
Tak payah sedia pen dan kertas pun takpe.
Simpan dalam memori kat kepala je..
hehehe..

Memula sekali panaskan/cairkan coklat masakan.

Bila dah cair, gaulkan cornflakes dan badam dalam coklat masakan yang dah cair tu.
Lepas tu masukkan cornflakes yang dah digaul tuh dalam cup kecik.
Untuk hiasan korang leh taburkan manik-manik yang kalerful tu ke, coklat rice yang kalerful...kalo bleh biar yg kalerful, nampak meriah skit..Tunggu je cornflakes ni jadi keras.



Dah siap!!
Senangkan?
X payah kena masuk oven bagai.
Telur pun tak guna.
Butter pun tak guna.
Biskut ni ala-ala cornflakes bermadu tapi versi coklat.
Resepi ni untuk bagi sesiapa yang nak buat biskut raya tapi dalam keadaan malas-malas.
hehe..
Pas tu lak, kalo leh masa dah siap gaul bahan-bahan tuh, kena cepat-cepat masukkan dalam cup tau..kalau tak nanti coklat tuh jadi keras.
Selamat mencuba!
^^

Monday, September 6, 2010

Mak Apan Hilang...Kalo Mak Korang Hilang Camana??

Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit
sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai.

Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka
macam ada masalah.

"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni
kira ngam juga la. Budak Kedah, umur muda sikit dari gua dan tak berapa
hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga.Dia baru
setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel
bisnes sendiri dan selalu rugi.

"Mak gua hilang la.." - Apan berbisik perlahan.

Gua punyala terperanjat!

"Mak lu hilang?, bila hilang?" - dada gua tiba tiba mengepam keluar masuk
laju laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa".

Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak budak human
resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua
nak tanya lebih lebih risau kena pukul pula.Apa yang gua tahu sikit sikit,
mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan lagi
dua tiga tahun nak pencen.

****
Kira kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan
semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah,
sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan the typewriter.

"Mak gua dah jumpa.." - kelegaan jelas terpampang di bibir Apan.

Gua cepat cepat bersyukur:

"Alhamdulillah...Jumpa kat mana?",

Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari
warna warni rama rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas
padu:


"Dalam sinki penteri."


Gua terus tendang kompiter sampai bersepah atas lantai.

"Babi!"

MUG la Apan..MUG..!!, pronunciation macam jahanam!

Sia sia gua berdebar. Pagi pagi sudah bikin hati membara.

P/S- Email fwd lagi..=)

Perut Dah Kempis

Bila raya makin dekat, selera makan makin berkurang.
Ni gara-gara aku demam minggu lepas la ni.
Sampai sekarang dok batuk-batuk lagi.
Sebab demam???
Minggu lepas hari Sabtu pegi KL.Shopping.Balik hari.
Keesokan hari letih.Mintak MC. Keesokan harinya plak pegi kerja terus badan rasa lain macam. Kan dah demam betul-betul.Huhuhu..
Aku lak kalo demam memang susah nak kebah satu hari.
Mau kena tunggu 3-4 hari.
Bila dah baik demam, batuk lak.Batuk pun mau berbulan-bulan.Baru baik.Kebiasaannya la..
Tapi aku harap kali ni batuk aku dapat elok sebelum raya..:-|
Akibat daripada jangkita-jangkitan ni, maka selera makan aku pun berkurang.
Masa berbuka makan sikit.
Apatah lagi masa bersahur.Lagi sikit.
Kesannya, perut dah kembali seperti SNSD.
Miahahahhaha!!!
Perut je la..
Part lain-lain tak turun-turun.
Tapi x pe..
At least orang x leh kata aku kurus macam tiang lampu dah.


*Mood aku sekarang begini*

P/S-Suka bila orang kata aku dah makin berisi..=p

Sunday, September 5, 2010

Saya Malas.Anda Bagaimana?



Tau tak apa itu malas?

Malas ialah satu penyakit di mana kita tidak rela untuk pergi ke tempat kerja pada awal-awal pagi dan tidak rela untuk menyiapkan segala kerja yang ada di pejabat ketika Hari Raya semakin menjelma. Di samping itu mood sentiasa swing bermula dari pukul 8 pagi hingga 4 petang kerana asyik memikirkan tentang keenakan berehat di rumah sambil menonton TV rancangan yg berkaitan dengan raya.-FatinCitakky
Related Posts with Thumbnails