Pages

Saturday, March 28, 2009

Dpt buku & autograf dr Angkasawan Negara!

xdpt jumpe die..dpt autograf pun jadi la..
hehe..
aku dpt buku ni pun sebab Dr. Sheikh Muszasphar ni pegi Tawau, Sabah..
nak bg ceramah kat bebudak di MRSM Tawau..
Sebelum ni, abah mmg ada ajak Dr. pegi ke MRSM Pengkalan Chepa..
malangnya..xsempat..sebab time Dr. Sheikh ni pegi sana..Abah dah bertukar ke Tawau..
dan minggu lepas..dpt jugak Dr. Sheikh jumpe abah..haha..!
ok..
mmg aku frust sgt sebab x dpt jumpe..
kebarangkalian nak jumpe die sgt la tggi..cume x pegi je
kalo aku tau cuti midterm ni aku x balik klntan..aku terus g tawau..
kalo x aku dah join dinner ngan Dr...hantar die g airport..haish..
xper la..
xda jodoh la tu..huhuhu
..dpt buku die ni pun ok la..
drp x dpt apa2 langsung..
xsabar nak tgk gambar abah dgn die..hee~

Sijil Kursus Pra-Perkahwinan





Lambat lg nak kawen sebenarnya..
hehe..
tp saje nak g awl..
sebab dgr cite pada masa akan dtg kursus kawen ni makin susah..
siap ada ujian bertulis kot..
nak kawen pun susah..
huhu..
kursus ni aku g pd 28/2 hingga 1/3/09..
harga tuk student 35 hengget..org luar 60 hengget kalo x silap.
overall best la..
penceramah2 die x boring
pandai wat lawak..
hehe..
pegi kursus ni cam pegi kelas agama form 3 la plak..
ekekeke..

Friday, March 20, 2009

Zaman kanak2 yg nakal..


td time study ngan kwn haku..
tetibe bleh plak tercerita pasal aku masa kecik2..
kisahnya..
haku dulu time kecik2 masa sebelom skolah ke sekolah rendah tah,,x berapa hengat..
suke kaco sorg budak cine..
die ni jiran aku time kat kulim, kedah dulu..
die ni kire muda dari aku..
benda paling nakal aku pnah wat kat die..
aku suke tunjuk ape aku mkn dpn die..
contoh cam coklat..aiskrim..
time nek beskal saje je behenti dpn umah die..
or behenti dpn die..
tunjuk aku punye coklat tuh..budak tu pun tgk je la kan..
penah satu hari tu,,,
aku makan coklat..tnjuk dpn die..
pas tu aku amik lg coklat aku..buang atas jln...
siap lenyek2 ngan tayar basikal..
pas tu haku tgk budak ni amik coklat tu rasa...
adeh...
rasa bersalah plak..
hehe..
kwn aku dgr cite ni gelak2..

citer ke 2 plak..
dulu selalu la pegi satu kdai ni..mak aku selalu pegi kdai cina gak..
pas tu kat kdai tu dorg suruh anak2 dorg ikut kemana je customer pegi..
aku plak time kecik2..x suke org ikut aku..even time tu aku jln ngan mak aku..
aku pun jelir lidah kat die,,
setiap kali aku pegi kdai tu kalo die ikut aku mesti buat camtu,,,
sampai la satu hari..
bile aku jelir lidah kat die..
die tunjuk penumbuk kat aku..
hahaha..
pas tu terus aku x wat..
tobat x wat jahat dah..
heheh..


p/s-kalo aku citer benda ni kat mak bapak aku..mesti dorg x pecaya..hahaha!=p

Tuesday, March 17, 2009

May




Stubborn and hard-hearted. Strong-willed and highly motivated. Sharp thoughts. Easily angered. Attracts others and loves attention. Deep feelings. Beautiful physically and mentally. Firm Standpoint. Needs no motivation. Easily consoled. Systematic (left brain). Loves to dream. Strong clairvoyance. Understanding. Sickness usually in the ear and neck. Good imagination. Good physical. Weak breathing. Loves literature and the arts. Loves traveling. Dislike being at home. Restless. Not having many children.Hardworking. High spirited. Spendthrift.

p/s=benar belaka=p

Saturday, March 14, 2009

Isu Bahasa Inggeris

aku x tau naper topik pasal PPSMI ni menarik perhatian aku..
sebelom ni if ada isu2 besar aku kurang amik tau..hehe
aku heran betol la..
ape masalahnya manusia2 ni?
pasal isu ni pun mau gado ka?aiyoyo..
bg aku..
xsalah pun nak belajar math n science dlm english..
x semestinya bile dah belajar dlm english ni BM dilupakan..
ape pemikiran ni weyh?
walopun aku ni kurg fasih english..aku terima jugak.belajar jugak english ni sebab aku rasa kalo aku x fluent in english, adalah satu kerugian di dunia ni..
yela..
penting nanti time keje. xdak sapa nak amik kita bekerja kalo x tau english.
dulu time haku mula2 nak masuk MMU takot..sbb x pndai sgt english..
skg ni aku rasa aku dah maju la skit kan kalo nak speaking ngan lecturer.hehe..
ha..even adik Nik Nur Madihah yg dpt 19 1A tu pun jwb math n science dlm english..dgn kediaman yg serba kekurangan..tp result gemilang jgak..


ada jugak yg kata, "kat jepun guna bhasa dorg sendiri pun leh maju..ape salahnya kite pun guna BM?"..
jepun tu lain la dek non oi..dorg ada intelligent dorg tuk majukan negara sendiri..culture dorg lain..
kite ni?org melayu...budaya camana ek?..malas...buat keje x on time..opps..!

ha..berita ni aku amik dr UTUSAN MALAYSIA..dan aku setuju sgt ape Tun Dr. M ckp..


Pemimpin perlu atasi masalah PPSMI - Dr. Mahathir

KUALA LUMPUR 13 Mac - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin untuk mengatasi masalah yang wujud dalam pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata, masalah seperti soal kelemahan guru dalam menguasai bahasa Inggeris itu sendiri sebenarnya boleh diatasi sekiranya kepimpinan kerajaan dapat mengkaji dan meneliti perkara tersebut.

''Apa pun apa yang kita nak mula, akan ada masalah, maka tugas pemimpin ialah untuk atasi masalah itu.

''Kalau kita kata guru tak tahu bahasa Inggeris, kita boleh ajar guru untuk faham bahasa Inggeris dan zaman ini guna perisian komputer, amat mudah malah dia bukan sahaja boleh mengajar tetapi belajar bersama murid.

''Takkanlah guru kita ini sampai tak boleh belajar bahasa. Saya bukan orang putih, orang Melayu, tapi boleh juga cakap orang putih,'' katanya pada sidang akhbar mengumumkan perasmian bangunan Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid (Sahoca) di sini hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Sahoca, Datuk Syed Abdul Jabbar Shahabudin.

Bangunan yang terletak di Kelana Jaya itu bakal dirasmikan oleh Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 20 Mac ini.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir menegaskan dasar PPSMI perlu diteruskan kerana dasar tersebut yang dimulakan ketika era pentadbirannya bukan bertujuan untuk mempelajari bahasa tetapi mempelajari bahasa untuk menguasai cabang ilmu.

Katanya, sains adalah subjek yang tidak statik kerana ia berkembang hampir setiap jam dengan ratusan kertas kajian dalam ilmu sains diterbitkan dalam tempoh itu dan untuk mencari orang bagi menterjemah daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu adalah mustahil.

''Kalau kita dapat kuasai bahasa kertas itu ditulis maka kita boleh akses ilmu kajian itu secara langsung. Kita nak lihat rakyat Malaysia yang berilmu, bukan sekadar boleh bercakap bahasa kebangsaan.

''Islam gesa umatnya menuntut ilmu dan orang Arab dahulu belajar bahasa Greek untuk mendapatkan ilmu daripada orang Greek dan begitu juga orang Eropah belajar bahasa Arab untuk dapatkan ilmu daripada orang Arab pada abad ke-15.

''Jadi kalau kita mahu kuasai ilmu yang ada pada orang lain maka kita kena belajar bahasa mereka. Kita mahu lihat rakyat Malaysia yang berilmu bukan setakat boleh berbahasa kebangsaan.

''Hari ini kita kena akui siapa belajar perubatan akan menggunakan buku teks dalam bahasa Inggeris, tiada buku teks dalam bahasa Melayu,'' ujarnya.

Justeru, Dr. Mahathir menegaskan, semua pihak di negara ini sama ada suka atau tidak, harus mengakui yang bahasa Inggeris adalah bahasa lingua franca dunia hari ini.

Kata beliau, ini dapat dilihat bagaimana kerajaan China sendiri mahukan 200 juta rakyatnya boleh menguasai bahasa Inggeris dan begitu juga Korea yang mahukan semua rakyatnya menguasai bahasa tersebut untuk berinteraksi dengan dunia luar.

''Saya sendiri belajar sepenuhnya dalam bahasa Inggeris dari zaman persekolahan sehinggalah ke peringkat universiti tetapi saya masih boleh cakap bahasa Melayu.

''Saya sendiri masih anggap diri saya seorang nasionalis Melayu. Saya tidak pun jadi nasionalis Inggeris hanya kerana saya boleh bercakap bahasa Inggeris,'' ujarnya.

Ditanya mengenai mereka yang menentang dasar PPSMI itu, Dr. Mahathir berkata, kebanyakan mereka adalah terdiri daripada golongan yang mendapat pendidikan dalam bahasa Inggeris.

''Mereka yang menentang dasar ini sebenarnya juga adalah mereka yang mendapat pendidikan dalam bahasa Inggeris.

''Mereka macam tak ingin melihat orang lain dapat apa yang kita dapat, itu tak baik,'' katanya.

P/S-hidup Tun Dr. M!

Friday, March 6, 2009

Balik Kg..yey!

Malam ni (6 mac 09) haku balik umah..yea yea!
sempena cuti maulidur rasul.
walopun 3 hr je cuti..
tetap mau balik..
rindu umah woo....
tp..
sebelom pk pasal nak balik..
aku kena pk pasal toastmaster..
isk2..
toastmaster ni kite kena present or bercakap kat kat dpn org ramai dlm kelas ..
tajuk2 akan diberi..
setiap sorg akan berckp selama 5 minit..
ok..aku dah cuak..
oleh itu..
aku undur diri..
hehe..

Ini bukan gambar utk mlm ni=p

Tuesday, March 3, 2009

Cara Nak Tenangkan Hati yg Tgh Gundah Gulana


Disebabkan xda sapa pun yg nak melayan aku yg skg nih tgh suku gila..maka aku pun amik inisiatif lain...:-

Ingat Tuhan..
tunaikan yg wajib..
Baca ayat2 Quran..
bykkan bersabar..
belajar jadi tabah..
sebab xtau ape akan jadi tuk masa dpn..

Monday, March 2, 2009

Xpaham dgn Perasaan Ini...

sejak 2 menjak ni..
rasa nak marah je..
bad mood x bertempat..
main ckp lepas.
sampai ada yg terasa hati.
xtahu kenapa mcm ni..
rasa nak menangis je..
menangis kerinduan kot:-(
saya sgt stress..
depress..
keje banyak..assignment berlambak..midterm lagi..
tp makan..tetap x lupa..
walopun badan ku kecil..nafsu makan besar..
berat dah 46 kg..tinggi 150 cm..berat badan saya dah ideal!
ok..saya dah melalut ke tempat lain..
sebelum saya mengarut..saya stop dulu kat sini..

P/S-kalo saya jadi Sim,,dah lama psychologist tu dtg kat saya..-hanya org main Sim je yg tahu
Related Posts with Thumbnails