Pages

Tuesday, July 26, 2011

Top 3 Drama At OneTvAsia By FatinCitakky :-p

1. Lie To Me

Serius cerita ini kelakar tak hengat..Ceritanya bermula bila A-Jong tipu kawan perempuan dia yang juga telah merampas crush dia dulu, Jaebom (bukan Jaebom 2pm ye.hehe)..Masa tu dia kat salon terserempak dengan minah si perampas ni dan mengaku telah berkahwin..Disebabkan ada sedikit tersilap pandang oleh salah seorang kawan A-Jong yang lain pulak, tak memasal A-Jong dikatakan telah berkahwin dengan Presiden Hotel World yang kononnya sangat terkenal kat bandar tu..Dalam cerita banyak insiden yang kelakar nak-nak si A-Jong yang gila-gila neh...Pelakon utama yang melakonkan watak A-Jong ialah Yoon Eun Hye dan Kang Ji Hwan sebagai Hyeon Gi Joon..Watak Hyeon Sang Hee pun best..Hensem! Suara macho gila! Tak sabar nak tengok next episod esok malam ^^


2. City Hunter

Pelakon utama Lee Minho..aku jarang tengok cerita action..tengok iklan cam tak best je..tapi tengok la jugak episod 1 gara-gara aku fan Minho =p..not bad...episod 1st masa tu kat Thailand...Masuk episod 2-3 dah kat Seoul baru nampak ke"gempak"kan cerita neh..Action dia tuh memang smart habis! Cerita ni tak de la serius sangat..ada jugak selitakan percintaan..Motif utama adalah dendam..Kim Nana watak heroin dalam ni pun comel jugak..Hara dari kumpulan KARA pun ada jadi anak presiden..Senang cerita cerita ni memang best!




3. You Don't Know Women

Drama ni lebih kepada kekeluargaan.Tak sekelakar macam Lie To Me mahupun You're Beautiful.Macam drama Melayu pun ada gak..Huhu...Ada 100 episod..sekarang kat TV baru 40++ episod T__T. Apa yang menarik minat aku nak tengok cerita ni ialah memula iklan dia pasang lagu cam layan jugak..hehehe..aku pun cuba la tengok drama ni walopun bukan 1st episod aku dapat tgk, tapi episod awal la jugak aku dapat tengok...Cerita ni berkisarkan tentang Min Jeong yang diceraikan suami sebab dia tak dapat beranak..dengan mertua lagi yang desak nak cucu cepat-cepat..Si suami Min Jeong ni curang dengan perempuan lain sampai perempuan tu hamil..Lepas je Min Jeong bercerai baru dia dapat tahu dia mengandung dan membesarkan anak lelaki dia, Sa-rang bersama ibunya dan mak sedara kot (aku pun tak sure..hehe..).Bertahun-tahun dia rahsiakan dari bekas suami dan bekas mertua dia yang dia dah pun ada Sa-rang walopun beberapa kali jugak la hampir terkantoi..Nak dijadikan cerita Yu-ran iaitu perempuan yang merampas suami Min Jeong ni plak keguguran sebanyak 2 kali..Dipendekkan cerita Sa-rang dah masuk tadika/sekolah dan masa tu la Min Jeong baru sedikit terbukak untuk menerima kehadiran seorang lelaki, Park Mu Hyeok..Tapi Min Jeong ni nasib dia selalu malang sebab kehadiran Gyeong Ran, iaitu adik kepada Yu-Ran..Hish..memang menyibuk betul 2 beradik ni..dasar perampas! Dah orang laki tu tak suke nak terhegeh-hegeh lagi..Duhh!!OK..masih ada 60+ episod lagi ye kena tunggu..Huhu..


Selalunya bila habis citer City Hunter dengan Lie To Me ni citer You Don't Know Women lak lepas tu...jadi, pagi-pagi TV ni aku yang punyaa!! :-p




P/S - Tengok kat TV lagi puas dari tengok kat laptop nak-nak bila HD kan.Heee~Heartsring bila lak nak tayang kat TV?

4 comments:

Unknown said...

Lie To Me besh!
tak pernah tgok You Dont Know Women. 100 ep?? giler!

FYI, Flash Mob kaksol aritue masuk documentary KBS..hehe

FatinCitakky said...

a ah..100 ep..tp setiap hr 2 ep die tayang sbb 1 ep dlm setengah jam..

yeke masuk kbs?bile eyh?dah lama x tgk kbs..

Lanyzubir said...

yap,2 beradek Oh tu nyemak jeh!nak nak si kakak uh.rasa nak bunuh jeh,dahlah rampas laki org!!padan muka takleh ngandung!

wahh,ramai jugak lyn YDKW :D

heartstrings tu bkn MBC chanel?yg OneTV ni semua cerita SBS.

FatinCitakky said...

heartstring mbc eyh?
xtau lak..
kalo leh la tayang..T__T

Related Posts with Thumbnails