Pages

Friday, December 31, 2010

Rambut Tahun Baru 2011

Sejak potong rambut pendek ni..
Rajin plak kawan-kawan post kat wall FB..(Oh..mungkin jugak sebab aku privatekan gambar..tu pasal wall je bleh dorang komen.. =p )
Terasa pemes cam Elia plak..
Ekekeke..
OK..tipu je..tak pemes cam dia pun..Heeee~

Ramai yang memuji..Paling suka bila kata nampak muda cam budak sekolah..Ehehe..
Ada gak yang kate sayang bila rambut dah panjang tibe-tiba potong pendek.
Takpe..Rambut kan boleh panjang balik..
=D \/

Dah!
Tak nak market diri sendiri lebih-lebih..
Nanti orang lain geli nak baca..




Choi Minho nampak lain dengan rambut blonde..tapi tetap comeyyy!!


P/S - TAHNIAH MALAYSIA!
Malaysia Boleh!

Wednesday, December 29, 2010

Setia Tak Bertempat



Semalam aku tengok satu drama dari negara seberang..Isk..Aku x layan pun citer neh..tapi dah terbukak..channel ni je ada cite..aku pun layan je la sambil makan nasi tapau.

Ada satu scene tuh..
Om (Pakcik) neh punyala setia kat sorang pompuan neh..Pompuan neh dah kawen ada anak dara dah pun..Dia tau pompuan nih dah kawen...ada anak suma..Taktau la apa niat dia berkawan dgn suami kpd pompuan ni..Tapi dalam dompet dia masih ada gambar pompuan yg dia sayang ni..
Lepas tu aku x layan dah.
Menyampah.
Antara ayat yang terkeluar dari mulut aku masa tuh, "Om nih setia tak bertempat."
Kalaula aku ada kat tempat pompuan tuh..memang annoying ok..Sebabnya..pompuan tu dah bahagia dengan pilihan dia..tapi si Om ni masih nak contact..kononnya sebab nak berkawan...
T__T

OK..tak salah nak berkawan..
Cuma janganlah lebih-lebih..
Tak baik kacau hubungan orang lain ni..
Setia tu memang kena ada..
Lebih-lebih lagi dengan pasangan kita..

Tapi kalau ditakdirkan berpisah...Tak kira la laki atau pompuan yang minta putus, kena la terima kenyataan..
Tak payah nak menaruh harapan lagi..
Tak payah nak setia sangat ..

Mungkin sebelah pihak ni nak berpisah sebab dia tak rasa bahagia dengan pasangan dia..
Tapi dia tak cakap..Ya..Mungkin lepas berpisah dua-dua nih masih berkawan..dan salah sorang masih lagi menaruh harapan..tapi yang sebelah pihak lagi buat dono je, takpun sudah mempunyai kekasih baru...
Kena ingat, setiap orang ada hak nak pilih sesiapa saja sebagai pengganti..

Kadang-kadang kesian tengok orang yang terlebih setia ni..
Sedih sorang-sorang..Tunggu macam orang bodo..Macam pasangan dia tu je la yang segala-galanya bagi dia...
Haish..
Carilah life baru..
Tak payah nak buang masa menunggu bulan jatuh ke riba..
Ntah-ntah ex-bf/gf tu tengah berhuha-huha ngan orang lain..berpoya-poya..takpun lagi bahagia dengan pasangan baru.Memang la mungkin dia masih berkawan/berhubung ngan bekas kekasih kan...tapi tu tak bermakna dia nak balik kat ex dia tuh...



P/S - Selamat tahun baru 2011

Tuesday, December 28, 2010

Luaran & Dalaman Donghae



Luaran


Luaran lagi


Dalaman
<3

***
Lee Donghae..Dikenali sebagai Donghae..
15 October 1986
Berasal dari Mokpo, Jeollanam, Korea Selatan..
Sebenarnya..Kawasa hometown dia ni ada slang tersendiri..
Ala..
Ibarat slang Kedah / Kelantan la..
Sebab tu cara dia bercakap dan menyanyi lain sikit dari ahli-ahli Suju..
Kalau sesiapa yang dapat bezakan satu-satu suara ahli Suju ni..Mesti dapat cam suara Donghae..
Yang penting suara dia tetap best..
Paling suka masa dia nyanyi lagu You're My Everything..
Penuh perasaan..
Nak mengalir air mata bila dia nyanyi..
Seorang lelaki yang sangatlahhhh sentisip!
Kisah paling sedih dalam hidup dia ialah bila dia tak dapat nak bagi duit buat kali pertama selepas dia bergelar penyayi kepada ayah dia..Sebab ayah dia nak sangat tengok dia jadi penyanyi..Tapi dia tak sempat nak bagi duit tu sebab ayah dia dah meninggal..

Kalaulah Donghae ni laki aku..
Memang aku jaga dia elok-elok..
Tengok muka dia cam kesian je..
Nak marah dia..nanti kite lak rasa bersalah..kite lak nangis sebab kesian kat die..
Paling penting, masa Super Show 2, dia adalah yang paling dekat tetiba muncul masa awal show kat kawasan Rockpitt aku duduk tuh..Weeeee~~
***

P/S - Aku tak pervert.Hehe


Tolonglah Amek Award Neh



1. Apa pendapat tentang blog Kak Sol?
Comel..mcm tuan die..^^


2.Tempat yang paling nak lawat?
Venice

3. 3 perkara tentang diri anda...
Sila la baca profile kat atas tuh

4. Nak bg award ni kat kawan-kawan :)
Amek la wahai followers ku...

5.Dan nak kasi special untuk kamu yang sedang membaca..

P/S - Busy busy busy

Wednesday, December 22, 2010

Di Sebalik Super Show 2 (SS2) Malaysia

1) Sebelum masuk stadium, sorang-sorang akan dicek beg masing-masing ..sebab makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk..Ini bagi yang duduk di kawasan Rockpit. Kawasan lain yang berharga RM 100+ dan RM200+ aku x sure boleh ke tak bawa makanan/minuman. Oleh itu, bagi mereka yang membawa makanan/minuman, semuanya perlu DIBUANG terus dari beg. Sedih ooo tgk roti..air.....dah macam sampah kena buang...Ini mungkin untuk mengelakkan fans baling kepada Super Junior semasa di pentas..Aigooo..ape barang nak baling makanan kat Suju??

2) Selain itu, kamera DSLR juga tak boleh dibawa masuk..Tapi..aku tengok ada je yang terlepas..Sungmin siap posing lagi kat sorang minah cina yang pegang DSLR kat Rockpit..Jeles taw!

3) Semasa menunggu giliran untuk masuk ke stadium, fans tak habis-habis nak menjerit tak tentu pasal..Aku dan yang lain-lain pun macam pelik dan nak tau jugak apesal dorang menjerit? Suju nak jumpa fans kat luar stadium ke? Bila aku godek-godek google, baru aku tau selepas Suju kena interview kat dalam stadium, Wookie cuba menunjukkan muka kat luar stadium sekejap..sambil melambai-lambai tangan kepada fans..Ini mungkin fans yang berada berdekatan dgn pintu masuk yang nampak kelibat dia..Selain itu, Arirang juga ada semasa Super Show 2 untuk bercerita tentang penangan Super Junior di Malaysia..Kalau tgk kat youtube, Arirang ada interview beberapa fans dari Malaysia tentang band dari Korea dan ada menyelit beberapa scene semasa di Super Show 2 Malaysia..Patut la fans ada menjerit lagi..Sebab nak masuk Arirang..Hehe..Tak tau apa tu Arirang? Sila google atau pun cari channel Arirang di youtube..

4) Selepas konsert, aku mengalami kesakitan kaki yang amat dahsyat! Pengajarannya, sila pakai selipar ke konsert bagi mereka yang duduk di Rockpit..Jangan gatal nak pakai kasut lawa-lawa..Melainkan korang dapat duduk semasa konsert..Dan untuk pengetahuan, kuku ibu jari kaki aku baru pulih sepenuhnya sebab selepas konsert, kuku ibu jari kaki aku terus bertukar jadi seketul tompok hitam, sebab ada darah beku kat kuku ibu jari kaki ..Pakai kasut lama sangat..Lebih dr 12 jam..Huhu..Kira la dari 20 mac 2010 , minggu ni baru pulih putih bersih sepenuhnya.

5) Selepas konsert juga aku mengalami kehausan yang paling dahsyat! Air memang laku la kat kedai-kedai luar stadium tuh.

6) Masuk je ke dalam stadium, rasa sangat best sebab duduk dalam stadium lagi sejuk dari duduk di luar..Ok..diakui...ini kali pertama pegi konsert..Aku ingatkan masuk dalam stadium panas..hehe..

7) Disebabkan kedudukan Rockpit adalah bawah dari pentas..kemungkinan, ahli-ahli Super Junior ada lalu lalang di bawah pentas sebelum, semasa, atau selepas konsert. Bagi mereka yang mempunyai penglihatan yang tajam macam aku, mesti akan nampak kelibat dan kaki orang berjalan di bawah pentas...Mesti dorang bangga kan sebab sebelum konsert fans tak habis-habis menjerit nama dorang dan of course la kan dorang boleh dengar.

8) Jika mahu tangkap gambar ahli-ahli Suju dari dekat, sila duduk di kawasan Rockpit atau yang paling dekat dengan pentas...Memang puas hati sebab dapat close up dorang punya gambar..



9) Ahli-ahli Suju akan baca segala banner/ucapan yang dibuat kepada mereka sekiranya ucapan tersebut berada berdekatan dengan mereka..Boleh nampak ye pergerakan mata mereka membaca sambil tersenyum terharu semasa konsert berlangsung..

10) Antara perkataan yang femes pada malam konsert itu ialah.."Apa khabar??"..Sebelum nyanyi dok kata apa khabar..selepas nyanyi pun dok tanya lagi apa khabar...Agaknya itu je yg dorang dapat hafal..Tapi fans pun layan je la kan..Paling tak boleh lupa bila Kyuhyun jugak yang sebut lain dr yang lain.."Saya sayang awak semua"..waaa!!Cairrrr!!!Fans jerit memang tak hengat la kan.

11) Zhoumi dan Henry mesti agak terharu sebab masa dorang tetiba muncul, fans tak habis-habis bersorak bg semangat..Sebabnya masa konsert di Shanghai kalo tak silap aku, dorang kena "boooo" ngan fans sana..Sebab dorang kan Cina...Haish..Orang bg la support bangsa sendiri join Suju ni...Tapi kat sini lain plak..Fans sini memang support habis-habisan..bayangkan masa tengah lagu sedih, nampak keceriaan di wajah Zhoumi dan Henry..Yang lain-lain nyanyi dengan penuh perasaan.....Dan selepas je nampak Zhoumi kat pentas tu..Aku terus minat Zhoumi..debab dia sangattttttt hensem!!!Tak kira dah dia dari China ke Korea...Dulu aku x minat Zhoumi ni sebab dia macam Siwon..Muka pun hampir sama ngan Siwon..

12) Beberapa hari sebelum konsert, laptop aku tengah mengalami gegaran..heh.Tak tak..kaki aku tersadung kat wayar laptop...jatuh dari meja..terus jahanam skrin laptop...Masa tuh memang down gilaa!!! Tapi bila masa kat konsert, terus hilang perasaan tuh..Memang enjoy habis-habisan..lupa sekejap pasal laptop..lupa sekejap pasal final year project 1..

13) Disebabkan Super Junior ni kurang sikit berbahasa Inggeris, semasa di akhir konsert, Siwon yang mentranslate kepada English..Leeteuk plak cakap Korea..Nasib baik ada Siwon..=D

14) Beberapa minggu selepas Super Show 2, sorang-sorang ahli Super Junior membuka akaun twitter masing-masing..Dan aku pun buat twitter sebab pada mulanya nak follow dorang semata-mata..hihi

15) Sejak buat entry pasal konsert ni, ramai gak yg add aku kat FB terutama yg pompuan, sebab dorang nak tau pengalaman pegi SS2..



P/S - Super Show 3 Malaysia masih tidak confirm.

Sunday, December 19, 2010

Es Es Five O One Child Photos

I LOVE PRETTY BOYS


Asyik cakap pasal Super Junior je..Update pasal SS501 plak..
Nak cuci mata tengok satu group yang semuanya comel dan hensem belake..
Super Junior tak semua hensem & tak semua tomey kan..
Heh.Statement nak kena makan penampor ngan ELF.


SS501 ketika predebut.Sumber yang aku dapat kata predebut..Tak tau betol ke tak..Heh..Macam zaman sekolah menengah jer neh..Kim Hyun Joong tetap comel ^0^

Leader: Kim Hyun Joong

Owwhh..Ni merajuk ke ape?


Tengok mata die pun dah tau =)

Sekarang:

Sebagai tanda menyokong dia, aku akan pakai Faceshop.Heh =p


Heo Young Saeng:

Tomeyy!!


Kecik-kecik dah ada noona ushar kat belakang tuh

Sekarang:
.
Si teddy bear bumbum!


Kim Kyu Jong:

Die senyum sama je cam sekarang.


Muke risau

Sekarang:

Sudah kacak bergaya


Park Jungmin:

Masih sama macam sekarang


Ok.Dah comel.

Sekarang:

Si cantek ngan ganas.
*Takde gambar lain ke??*Ade..tp yang ni cam menarik..thee hehe~



Magnae: Kim Hyung Jun

Yang ni cam lain skit muke masa kecik-kecik..


Kecik-kecik kurang comel..Tapi bila dah besar...

Sekarang:

Dah besar baru nampak baby face..




All photos credit to respected owners

P/S -Next BigBang lak kot..

Saturday, December 18, 2010

My Oppa is My Everything


Lagu ni aku tujukan khas buat kelima-lima Oppa yang kini berada jauh di Seoul, Korea..Errr..Dan tidak lupa juga pada Oppa sebenar..Hehehe..You are my everything~~

Dalam video ni...:
1. Ryeowook dan Jonghyun ada tersalah lirik..T___T
2. Diakui suara Kyuhyun sangat boleh mensyahdukan hati aku yang keras ni..Dengar suara dia sampai rasa nak menangis dan tertido..
3. Suara Onew agak best dan agak menyerlah bila tiba part dia menyanyi.
4. Masa Jonghyun menyanyi mesti dalam kepala otak dia teringat gf die, Shin Se Kyung kan??Zzzzzzzz~
5. Sape mamat yang bercermin mata tu?Macam hensem plak..=p


P/S - Tetapi telinga ni masih terngiang-ngiang ketika Donghae menyanyikan lagu ni dengan penuh perasaan.. <3>

Thursday, December 16, 2010

Merci Beaucoup



1. Berikan satu nickname untuk saya:
Dyla Unni

2. Ucapan pemberi award:
Terima kasih unni, sebab bg award kat blog saye yang x seberapa ni..Ehehehe..Kpop hwaiting!!

3. Berikan 6 fav artis/singer/group yg korang minat:
Big Bang
SS501
Super Junior
Shinee
U-Kiss
Lee Seunggi

4. Tag award ini kepada 10 orang blogger/follower:
Ana
Wan Afikah
Kina
Amira Enigmaking
Nwar
Aisar
Yunus
Mirah
Lagi 2 orang untuk semua followers dan sape-sape je la yang nak..Sile-sile..



P/S - Tensen jawab kuiz French sejam 15 minit..Macam jawab exam..Zzzzzz
Related Posts with Thumbnails