Pages

Wednesday, December 22, 2010

Di Sebalik Super Show 2 (SS2) Malaysia

1) Sebelum masuk stadium, sorang-sorang akan dicek beg masing-masing ..sebab makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk..Ini bagi yang duduk di kawasan Rockpit. Kawasan lain yang berharga RM 100+ dan RM200+ aku x sure boleh ke tak bawa makanan/minuman. Oleh itu, bagi mereka yang membawa makanan/minuman, semuanya perlu DIBUANG terus dari beg. Sedih ooo tgk roti..air.....dah macam sampah kena buang...Ini mungkin untuk mengelakkan fans baling kepada Super Junior semasa di pentas..Aigooo..ape barang nak baling makanan kat Suju??

2) Selain itu, kamera DSLR juga tak boleh dibawa masuk..Tapi..aku tengok ada je yang terlepas..Sungmin siap posing lagi kat sorang minah cina yang pegang DSLR kat Rockpit..Jeles taw!

3) Semasa menunggu giliran untuk masuk ke stadium, fans tak habis-habis nak menjerit tak tentu pasal..Aku dan yang lain-lain pun macam pelik dan nak tau jugak apesal dorang menjerit? Suju nak jumpa fans kat luar stadium ke? Bila aku godek-godek google, baru aku tau selepas Suju kena interview kat dalam stadium, Wookie cuba menunjukkan muka kat luar stadium sekejap..sambil melambai-lambai tangan kepada fans..Ini mungkin fans yang berada berdekatan dgn pintu masuk yang nampak kelibat dia..Selain itu, Arirang juga ada semasa Super Show 2 untuk bercerita tentang penangan Super Junior di Malaysia..Kalau tgk kat youtube, Arirang ada interview beberapa fans dari Malaysia tentang band dari Korea dan ada menyelit beberapa scene semasa di Super Show 2 Malaysia..Patut la fans ada menjerit lagi..Sebab nak masuk Arirang..Hehe..Tak tau apa tu Arirang? Sila google atau pun cari channel Arirang di youtube..

4) Selepas konsert, aku mengalami kesakitan kaki yang amat dahsyat! Pengajarannya, sila pakai selipar ke konsert bagi mereka yang duduk di Rockpit..Jangan gatal nak pakai kasut lawa-lawa..Melainkan korang dapat duduk semasa konsert..Dan untuk pengetahuan, kuku ibu jari kaki aku baru pulih sepenuhnya sebab selepas konsert, kuku ibu jari kaki aku terus bertukar jadi seketul tompok hitam, sebab ada darah beku kat kuku ibu jari kaki ..Pakai kasut lama sangat..Lebih dr 12 jam..Huhu..Kira la dari 20 mac 2010 , minggu ni baru pulih putih bersih sepenuhnya.

5) Selepas konsert juga aku mengalami kehausan yang paling dahsyat! Air memang laku la kat kedai-kedai luar stadium tuh.

6) Masuk je ke dalam stadium, rasa sangat best sebab duduk dalam stadium lagi sejuk dari duduk di luar..Ok..diakui...ini kali pertama pegi konsert..Aku ingatkan masuk dalam stadium panas..hehe..

7) Disebabkan kedudukan Rockpit adalah bawah dari pentas..kemungkinan, ahli-ahli Super Junior ada lalu lalang di bawah pentas sebelum, semasa, atau selepas konsert. Bagi mereka yang mempunyai penglihatan yang tajam macam aku, mesti akan nampak kelibat dan kaki orang berjalan di bawah pentas...Mesti dorang bangga kan sebab sebelum konsert fans tak habis-habis menjerit nama dorang dan of course la kan dorang boleh dengar.

8) Jika mahu tangkap gambar ahli-ahli Suju dari dekat, sila duduk di kawasan Rockpit atau yang paling dekat dengan pentas...Memang puas hati sebab dapat close up dorang punya gambar..



9) Ahli-ahli Suju akan baca segala banner/ucapan yang dibuat kepada mereka sekiranya ucapan tersebut berada berdekatan dengan mereka..Boleh nampak ye pergerakan mata mereka membaca sambil tersenyum terharu semasa konsert berlangsung..

10) Antara perkataan yang femes pada malam konsert itu ialah.."Apa khabar??"..Sebelum nyanyi dok kata apa khabar..selepas nyanyi pun dok tanya lagi apa khabar...Agaknya itu je yg dorang dapat hafal..Tapi fans pun layan je la kan..Paling tak boleh lupa bila Kyuhyun jugak yang sebut lain dr yang lain.."Saya sayang awak semua"..waaa!!Cairrrr!!!Fans jerit memang tak hengat la kan.

11) Zhoumi dan Henry mesti agak terharu sebab masa dorang tetiba muncul, fans tak habis-habis bersorak bg semangat..Sebabnya masa konsert di Shanghai kalo tak silap aku, dorang kena "boooo" ngan fans sana..Sebab dorang kan Cina...Haish..Orang bg la support bangsa sendiri join Suju ni...Tapi kat sini lain plak..Fans sini memang support habis-habisan..bayangkan masa tengah lagu sedih, nampak keceriaan di wajah Zhoumi dan Henry..Yang lain-lain nyanyi dengan penuh perasaan.....Dan selepas je nampak Zhoumi kat pentas tu..Aku terus minat Zhoumi..debab dia sangattttttt hensem!!!Tak kira dah dia dari China ke Korea...Dulu aku x minat Zhoumi ni sebab dia macam Siwon..Muka pun hampir sama ngan Siwon..

12) Beberapa hari sebelum konsert, laptop aku tengah mengalami gegaran..heh.Tak tak..kaki aku tersadung kat wayar laptop...jatuh dari meja..terus jahanam skrin laptop...Masa tuh memang down gilaa!!! Tapi bila masa kat konsert, terus hilang perasaan tuh..Memang enjoy habis-habisan..lupa sekejap pasal laptop..lupa sekejap pasal final year project 1..

13) Disebabkan Super Junior ni kurang sikit berbahasa Inggeris, semasa di akhir konsert, Siwon yang mentranslate kepada English..Leeteuk plak cakap Korea..Nasib baik ada Siwon..=D

14) Beberapa minggu selepas Super Show 2, sorang-sorang ahli Super Junior membuka akaun twitter masing-masing..Dan aku pun buat twitter sebab pada mulanya nak follow dorang semata-mata..hihi

15) Sejak buat entry pasal konsert ni, ramai gak yg add aku kat FB terutama yg pompuan, sebab dorang nak tau pengalaman pegi SS2..



P/S - Super Show 3 Malaysia masih tidak confirm.

5 comments:

Unknown said...

jumpe blog ni pun masa sibuk fanatik sal SS2 gak..hehe
rupenye junior..haha
mau nyer besh..banner yg kami buat sampai kat tgn suju..penuh ngan tandatgn peminat diterbangkan dari kelntan sampai stadium..

Uji Hussein said...

Boleh tahan jugak pengaruh Korea ni yek

FatinCitakky said...

kak sol-->yep..x sangka kite 1 skolah..muehehe..
hara-->peminat kpop rasa la kot pengaruh korea

aZaRiTh SoFiA said...

hallo~ blogwalking n jumpa blog nih.... thanks 4 d infos! huhu...
tp kan nk tanya sikit,,,,heheee~

kalo kat rockpit tuu kan, agak2 disadvantageous x utk owg yg ktinggian 155? kekeke~

FatinCitakky said...

skit je la disadvantage die..sebab ada skrin besar lag kalo x dpt tengok direct kat pentas..xde masalah kalo 155 cm pun..sbb sy 153 cm je..hehe..
yg pasti dorang memang suke lalu lalang satu pentas tu..memang akan nampak muka sorg2 dpn2 kite.

Related Posts with Thumbnails