Pages

Friday, October 21, 2011

Anda Matang??

Tau tak bila baca balik entry yang lama-lama kat blog ni aku rasa aku dulu kurang matang jerk..!~

Sama la kalo baca status kat FB yang beberapa tahun lepas.

Tak matangnya aku.~

Wednesday, October 19, 2011

Saya Telah Bunuh Kekasih

Sejak dua menjak ni..setiap kali aku drive kat satu tempat ni..
Ada je 2 ekor ayam yang dok main-main ..Pastu lintas masa kereta aku tengah lalu..Nasib baik sempat brek..Rasa nak marah pun ada gak.
Malangnya..keesokan harinya..ayam tu dah mati di tangan aku..
Huwaaa!!!!!
Bodo la kau Patennn!!!!!
Lenkali bawak la kereta tu hati-hati sikit..!!!
Aku tak sengaja weyhh!!!!
Ayam tu kena lenyek ngan tayar belakang kereta..
Nak tahu??
Bunyi "taqq" masa kena lenyek tu..
Ngeri!!!!
Ayam-ayam tu tetibe muncul kat kawasan pokok duit-duit (kot..taktau nama pokok).
Serius aku menyesal! Padahal masa tu dah habis slow dah aku bawak kereta.
Masa lepas kena langgar tuh..tengok dari side mirror..
Ayam tu nak kejutkan kekasih dia..Meratapi kekasih dia..Macam video yang kucing tu nak kejutkan kawan dia yang dah mati tu..
Huwaaaaaaaaaaaaaa!!!!
Sedih weyh!!
Macamana la pencinta haiwan macam aku boleh langgar ayam???
Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!

Apa yang buat aku sedih sangat sebab kekasih dia mesti sedih ..dah tak da kawan..Masa tu pulak ayam-ayam tu tengah bermanja kot..tengah berseronok...Tetibe dalam sekelip mata..dah mati..:'(
Pagi tadi pun masa drive tak nampak dah ayam-ayam berkeliaran kat situ..
Paling aku tak boleh lupa bunyi "taqq" tu..Mesti leher dia patah kan??
Huwaaa!!!
Kejam kau Paten!!!!
Aku menyesal weyhh!!! Bukan ku pinta jadi macamni...:(

Bila balik umah tengok 3 ekor kucing aku nih...baru rasa tenang sikit...
Sobsss~~~



P/S - Tak nak makan ayam selama beberapa hari. Berkabung. Along cakap tu la..suka lagi makan nasi ayam penyet. Ni bukan ayam penyet..ni ayam gelek motokar..Hew hew hew~~~

Tuesday, October 18, 2011

Korang Drive Kaki Ayam Ke Berkasut??

Suatu hari seorang gadis pergi berdating bersama kekasihnya..
Ini bukanlah kali pertama mereka keluar bersama..
Tetapi hari itu di gadis baru perasan sesuatu tentang kekasihnya semasa kekasihnya mahu keluar dari kereta untuk mengisi minyak..
Selesai sahaja kekasihnya habis mengisi minyak kereta, gadis itu lantas bertanya..
" Awak drive tak pakai selipar????"---Si gadis bertanya dengan penuh hairan dan ingin tahu.




Merujuk pada situasi di atas..
Eheh..
Aku terasa agak pelik bila lelaki drive tak pakai selipar/kasut..

Kalau perempuan tu aku boleh terima la jugak sebab ada yang tak suka drive pakai sandal bertumit..

Tapi sebenarnya..kalo drive pakai heels 2-3 inci...lagi best tau..
Kaki senang nak kontrol..
Kaki belah depan je yang bergerak..
Tumit rilek je..jadi penahan kaki...
Hehehe...

Saturday, October 15, 2011

Soalan Matematik Lagi

2+2+2+2+2+2+2+2+2+2+2+2+2+2-2+2 x 0 = ?



Ni aku amek kat Facebook..

Boleh pilih samada jawapan dia

0, 30,26,28

Aku jawab 26..

Ramai jawab 0..

Korang jawab apa eyh??


Masih ingat dengan post ini?? http://fatincitakky.blogspot.com/2011/05/entry-ini-untuk-yang-minat-maths-sahaja.html



P/S - Aku jawab pakai BODMAS

Thursday, October 13, 2011

Tanda Lelaki Kena Reject

Beberapa minggu lepas ada seorang kawan sekolah aku sms aku tanya pasal perempuan.
Heh.
Ya..aku ni selalu jugak la jadi tempat lelaki bertanya pasal hal perempuan.
Aku pun taktau kenapa orang senang je nak tanya aku.
Fakta tau..
Even ada senior sekolah aku yang aku tak pernah bersembang kat sekolah pun, tetiba bagi nombor fon dia kat aku via Facebook, then sms aku tanya pasal perempuan..Of course la kan dia ada masalah dengan girlfriend (yang kini dah bergelar ex dia dah pun)..Huhu..
Mungkin jugak la aku ni pun jenis selesa berkawan dengan lelaki.
Aku tak playgirl ok..Aku cuma lebih selesa berkawan dengan lelaku dan lebih suka cerita masalah aku pada mereka yang bergelar lelaki.
Mungkin sebab aku ni jenis tak suka perempuan yang jenis kepochi dan jenis tak suka amek tahu semua hal orang lain. .
Aku ni jenis suka jaga kain sendiri..Sila lah jaga kain masing-masing ye..Kang tak jaga kain tu terbang melayang pulak.Heee :-p

Kembali pada topik utama...cheyyy~ hari ni aku nak post balik soalan yang telah ditanya oleh kawan sekolah aku dan jawapan yang aku bagi kat dia..

1) If perempuan cakap dia tak bersedia lagi, maksudnya dia perlukan masa ke camana?
---> Ada dua jawapan. Samada dia betul-betul maksudkan perlukan masa atau dia memang reject you..Tapi disebabkan dia nak jaga hati you, tak mahu you terluka dia cakap la dia perlukan masa..Kalau you tanya banyak kali next time, tapi dia tetap bagi jawapan yang sama, maknanya dia tak nak la tu. Kalau I la I pun akan cakap macam tu..Huhu..


2) Erk? Dari reaction dia, I memang confident dia akan terima I, Tiba-tiba dia cakap dia tak ready into relationship. I ingat I dah faham dia rupa-rupanya kompleks..huhu...
-->Mungkin jugak sebenarnya dia suka berkawan dengan you tapi ada something dia tak suka yang dia sendiri pun tak tahu apa dia..susah dia nak explain..(Ok,..part ni memang complicated).

Sebenarnya kalau setakat orang baru nak propose dia, perempuan takda la perlukan masa lama sangat..Setakat tengah online Facebook pun boleh pk pasal ni..tengah mandi pun boleh pk..tengah makan pun boleh pk kan...Paling lama pun 2 hari la kot..kalau yang jenis beragama sikit ni mungkin dia kena buat solat istikharah dulu kan nak dapatkan jawapan..Kalau perempuan tu suka jugak kat lelaki tu dia takkan tunggu lama-lama..mesti terima je sebab takut dapat ke tangan perempuan lain.

3) Hurm..OK..So how do I react to rejection? Segan kut kena reject =(
--> (Tak perlu segan kena reject..sebab aku pun penah kena reject..sobss~)

4) Should I care towards her or buat cam kawan biasa je?
Berkawan macam biasa..tapi jangan tanya lagi pasal tu.. Tegur macam biasa..Kalau dia sayang you, and dia bagi peluang diri dia untuk you, dia akan cari you balik. Trust me.. sebab I penah reject boyfriend I dua kali sebelum couple dengan dia. Then time dia tak tanya, time dia buat bodo, time tu la I pulak propose dia..Hehehe... (Kalau dah mahu, malu itu dah tak ada :-p)
Kalau la jumpa dia lagi kan..janga asyik tanya benda yang sama..girl cepat rimas.. tapi kalau you dah tak cakap pasal tu lagi..dia akan tertanya-tanya dan akan pk sorang-sorang kenapa you tak tanya lagi pasal ni..


Perempuan complicated? Memang pun!~

Jadi..bersabarlah wahai lelaki.,.
Kami memang dilahirkan sebegini kompleks..
Hik hik hik...



Ayah tunggal yang meraikan kejayaan bersama anak-anak kembarnya


Oh..ayat-ayat jawapan bagi soalan tu ada je aku tambah sikit-sikit..not exactly yang aku sent sms kat kawan aku ni la..pasal aku pun dah pening-pening da mana satu soalan, mana satu ayat penyata..Heh..Dan,,em..jawapan yang aku bagi tu berdasarkan pengalaman bagaimana aku di"reject" dan bagaimana aku me"reject"..=D

Monday, October 10, 2011

Holiday In Kuching - Day 2 & Day 3

Day 2

Lepas je kitorang balik dari Cultural Village tu, tourist guide kitorang bawak kitorang ke kilang kek lapis. Kilang kek lapis ni sebenarnya seberang Waterfront jer..kat situ ada pelbagai jenis kedai kek lapis..Kitorang dibawa ke kedai kek lapis Dayang Salhah.Kat sana kitorang telah diberi sticker jugak, dan sebab sticker tu jugak la kitorang diberi keutamaan masuk ke dapur dorang. Dapat la tengok sekitar kilang kek lapis ni. Yang ada sticker saje tau..


Kek Lapis Dayang Salhah ni antara yang famous kat Sarawak.


Bancuhan kek lapis..


Oven yang dorang guna untuk bakar.


Yang ni antara pilihan kek lapis yang ada kat kedai ni..Sebenarnya besar lagi dan ada berpuluh-puluh pilihan kek lapis yang ada.


Ini sampel kek lapis. Boleh cuba makan dulu ikut citarasa kita suka yang mana satu. Lepas tu baru boleh beli. Nanti kalau tak rasa dulu terus beli je tapi tak sesuai dengan selera kita pun tak best jugak kan. Masa ni memang kenyang free la..hehhee..

Selepas tu tiba masa untuk tourist guide bawak kitorang bersiar-siar~~
Astana


Bangunan Dewan Undangan Negeri..bangunan favorite aku.Heee~


Masa ni kat pejabat bekas pentadbiran (council negeri) pemerintahan Brooke. Sapa yang tak kenal Brooke sila la pegi sekolah belajar Sejarah balik!!


Patung kucing paling besar..Setiap kali musim perayaan kucing ni mesti akan tukar baju ikut perayaan jugak. Kecuali Deepavali sebab orang sana tak sambut Deepavali.

Tourist guide kitorang bawak pegi makan pulak..Dah penat berjalan kan...
Ni laksa Sarawak yang kakak aku order. Den makan nasi lomak jo..dah kena bambu ngan tourist guide ..macam la Semenanjung takde nasi lemak.Keh keh..



Lepas makan tempat terakhir kitorang ialah ke kilang pasu.

Gojes kan? Yang ni belum diwarnakan..Tak warna lagi pun dah cantik.


Ni kat dalam kedai pasu yang sedia untuk dijual.


Day 3

Hari ketiga ni kitorang sempat jalan area Waterfront je..Tujuannya untuk bergambar puas-puas je kat situ..Heeee..

Tapi agak bermakna jugak buat aku sebab aku dapat jumpa kawan sekolah aku masa kat Kedah dulu..Dia study kat UNIMAS belajar Medic..Dah 4 tahun dia kat Sarawak. Dapat jumpa dia pun masa plan last minit kat Facebook.. Selepas 7 tahun baru kitorang dapat jumpa..

Kiri sekali tu makcik kepada kawan aku, Fairuz.. Sebelah tu Fairuz..Aku dan Zua..Kepada Fairuz..Makan lebih sikit naaa...Hang dah kurus sangat dah tu...huhu..Risau aku tengok..

Kitorang berkesempatan jugak la naik bot ke seberang..bukan nak pegi seberang sungai sangat pun..Cuma nak rasa naik bot dia je pun...50 sen sekali perjalanan...kurang 5 minit dah sampai..


Dalam bot..


Pemandangan di Waterfront..

Ok..dah setel. Tengah hari kitorang terus gerak ke airport nak balik Semenanjung..Sedih ooo nak tinggalkan Kuching..Ada jodoh berjumpa lagi..
Huk huk..



Saya Kembali Dengan Membawa..................

Segulung Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Pengurusan Sumber Manusia) a.k.a Bachelor in Business Administration (Hons) Human Resource Management.



Time : 7.30 a.m - 11.30 a.m
Venue : Multimedia University, Cyberjaya.
Date : 9 / 10/ 2011

P/S - Post di Sarawak akan bersambung dalam masa terdekat ^^

Sunday, October 2, 2011

Post Yang Penuh Dengan Tarikh

Ada orang tu bising tanya bila aku nak update blog?
Dah seminggu tinggalkan Kuching tak habis lagi cerita pasal Kuching..:-p

Maaf ye,..
Aku busy..
Sampai je dari Kuching (25 Sept) esok pagi tu (26 Sept) terus interview untuk jawatan HR Exec..
Preparation memang macam hampeh je la kan..
Rupanya ada satu lagi stage untuk interview tu,,

Keesokannya pulak (27 Sept) terbang ke Melaka sebab ada benda nak kena setel sebelum konvo minggu depan (5 Okt dah nak berangkat ke Lipis-KL).

28 Sept tu pulak pegi KL ulang alik dari Melaka semata-mata nak lunch kat Chilis kat Midvalley. Gila tak? Hehe..Malam baru sampai Melaka balik.

Dessert kat Chilis..Nom nom nom nom~~

29 Sept tu pulak ke Klang sebab nak lawat kawan aku, Pipah kat Uitm Puncak Alam.7 tahun tak jumpa since lepas PMR..Sebelum bertolak dapat panggilan untuk second round interview..tak sangka pun ada gak.Hehe..Kat Puncak Alam aku ngan Farah tumpang rumah Pipah sampai 30 Sept baru sampai Kota Bharu..

1 Oktober pulak ada interview untuk second round untuk jawatan HR exec yang aku pegi sebelum berlepas ke Melaka hari itu..


Phewwww..


Post kat Kuching akan bersambung selepas aku konvo next week..okayy??


P/S - Nape tah takde perasaan nak konvo =.=
Related Posts with Thumbnails