Day 2
Lepas je kitorang balik dari Cultural Village tu, tourist guide kitorang bawak kitorang ke kilang kek lapis. Kilang kek lapis ni sebenarnya seberang Waterfront jer..kat situ ada pelbagai jenis kedai kek lapis..Kitorang dibawa ke kedai kek lapis Dayang Salhah.Kat sana kitorang telah diberi sticker jugak, dan sebab sticker tu jugak la kitorang diberi keutamaan masuk ke dapur dorang. Dapat la tengok sekitar kilang kek lapis ni. Yang ada sticker saje tau..
Lepas je kitorang balik dari Cultural Village tu, tourist guide kitorang bawak kitorang ke kilang kek lapis. Kilang kek lapis ni sebenarnya seberang Waterfront jer..kat situ ada pelbagai jenis kedai kek lapis..Kitorang dibawa ke kedai kek lapis Dayang Salhah.Kat sana kitorang telah diberi sticker jugak, dan sebab sticker tu jugak la kitorang diberi keutamaan masuk ke dapur dorang. Dapat la tengok sekitar kilang kek lapis ni. Yang ada sticker saje tau..

Kek Lapis Dayang Salhah ni antara yang famous kat Sarawak.

Bancuhan kek lapis..

Oven yang dorang guna untuk bakar.

Yang ni antara pilihan kek lapis yang ada kat kedai ni..Sebenarnya besar lagi dan ada berpuluh-puluh pilihan kek lapis yang ada.

Ini sampel kek lapis. Boleh cuba makan dulu ikut citarasa kita suka yang mana satu. Lepas tu baru boleh beli. Nanti kalau tak rasa dulu terus beli je tapi tak sesuai dengan selera kita pun tak best jugak kan. Masa ni memang kenyang free la..hehhee..
Selepas tu tiba masa untuk tourist guide bawak kitorang bersiar-siar~~

Astana

Bangunan Dewan Undangan Negeri..bangunan favorite aku.Heee~

Masa ni kat pejabat bekas pentadbiran (council negeri) pemerintahan Brooke. Sapa yang tak kenal Brooke sila la pegi sekolah belajar Sejarah balik!!

Patung kucing paling besar..Setiap kali musim perayaan kucing ni mesti akan tukar baju ikut perayaan jugak. Kecuali Deepavali sebab orang sana tak sambut Deepavali.
Tourist guide kitorang bawak pegi makan pulak..Dah penat berjalan kan...
Ni laksa Sarawak yang kakak aku order. Den makan nasi lomak jo..dah kena bambu ngan tourist guide ..macam la Semenanjung takde nasi lemak.Keh keh..

Lepas makan tempat terakhir kitorang ialah ke kilang pasu.

Gojes kan? Yang ni belum diwarnakan..Tak warna lagi pun dah cantik.

Ni kat dalam kedai pasu yang sedia untuk dijual.
Day 3
Hari ketiga ni kitorang sempat jalan area Waterfront je..Tujuannya untuk bergambar puas-puas je kat situ..Heeee..
Tapi agak bermakna jugak buat aku sebab aku dapat jumpa kawan sekolah aku masa kat Kedah dulu..Dia study kat UNIMAS belajar Medic..Dah 4 tahun dia kat Sarawak. Dapat jumpa dia pun masa plan last minit kat Facebook.. Selepas 7 tahun baru kitorang dapat jumpa..

Kiri sekali tu makcik kepada kawan aku, Fairuz.. Sebelah tu Fairuz..Aku dan Zua..Kepada Fairuz..Makan lebih sikit naaa...Hang dah kurus sangat dah tu...huhu..Risau aku tengok..
Kitorang berkesempatan jugak la naik bot ke seberang..bukan nak pegi seberang sungai sangat pun..Cuma nak rasa naik bot dia je pun...50 sen sekali perjalanan...kurang 5 minit dah sampai..

Dalam bot..

Pemandangan di Waterfront..
Ok..dah setel. Tengah hari kitorang terus gerak ke airport nak balik Semenanjung..Sedih ooo nak tinggalkan Kuching..Ada jodoh berjumpa lagi..
Huk huk..
No comments:
Post a Comment