Pages

Monday, March 21, 2011

Super Show 3 Malaysia



Sebelum konsert:

1. Gerak dari Melaka 9 a.m - 11 a.m. dengan Hana.

2. Tiba di stesen bas Bandar Tasik Selatan...Aku terkesima kejap bila sampai situ..Bak kata Hana.." Dah macam KLIA dah"..Hehehe...

3. Kitorang cam cuak gak pasal first time sampai stesen bas ni..Duk cari-cari mana stesen LRT..Masa naik escalator, nampak ada sorang ni bawak beg Super Junior.Sah! Dia nak gi Bukit Jalil..Kitorang dengan tak malu tanya la dorang nak gi mana.Malu bertanya sesat jalan kan...Hehe..Memang betul tekaan aku..Dorang pun nak gi Bukit Jalil.Dorang dari Melaka jugakk.UITM Melaka..^^.Dengan tak malunya lagi...kitorang cakap nak join gi sana sekali..Hihihi...Kat stesen bas tu pun masa tuh dah nampak kelibat ELF =)



4. Sampai je Bukit Jalil, kitorang rayau-rayau dulu..Beli Cologne Kyuhyun tuk kakak aku yang tak dapat pegi sebab mau kawen tahun ni...Hahaha!

5. Hujan.

6. Jumpa sorang blogger ni, nama dia Lany [Klik]....Sweet je orang die. =D

7. Ada sorang staff dari Korea, comel! [Lelaki tau]

8. Sebelum masuk stadium bukan main staff dorang kata "No camera! No water bottles, and no food! If you bring the camera please hide it.." Kelakar lak aku dengar..

9. Beg kena cek gak...tapi dorang x de la cek betul-betul...Ada gak yang main cincai je..No wonder la ada gak yang terlepas bawak DSLR..jeles tau!!

10. Ready tuk konsert!



Semasa konsert (highlight yang penting je eyhh) :

1. Donghae diterbangkan dari bawah stage..Smart lah!!



2. Sungmin dan Teuki juga diterbangkan sambil masing-masing membawa sejambak belon dan menabur-nabur kertas bling-bling ..Aku terasa macam di awan-awangan...Cess!!

3. Tahun ni tak banyak gambar Wookie, Donghae, Heehul..Mungkin sebab tahun lepas da banyak gambar dorang...Yang mana tahun lepas tak banyak gambar dorang,.tahun ni dapat banyak plak gambar dorang...esp Teukie, Yesung, Siwon..

4. Dengar cerita famili Siwon dan kakak Kyuhyun ada di konsert malam tu...=)

5. Kurang enjoy sebab aku sibuk tangkap gambar Suju...Kalau tak tahun lepas tugas tu adalah tugas kakak aku..Heheh..

6. Yesung baling penutup botol [ Yesung nak minum] kat bawah pun ada orang nak sambut...Zzzzzz...Lepas minum seteguk dua dia baling plak botol air tu..Nasib la kan sapa-sapa yang sibuk duk dekat sangat ngan dia..kan dah basah..Hahaha!! Eh eh?? Aku tak kena tau..=D

7. Tetiba suka lagu Justin Bieber gara-gara Henry nyanyi lagu tu...Comey ok..!! Dapat gelaran Henry Bieber..Hehehe..

8. Suka persembahan dari dancing machine, Hyukjae solo..

9. Paling suka masa persembahan Suju-M lagu baru dorang Perfection versi Cina.

10. Ada satu performance tu..aku tacing skit..dan aku percaya ramai ELF yang tacing masa tu sebab ada Kangin...Performance tu sangat kreatif, cantik tapi sedih..Ada chinese depan aku dah teriak..Huhu...

11. HIGHLIGHT: Kyuhyun tetiba turun tepi stage ikut tepi Rockpitt B tempat aku ni..Aku yang masa tuh kat area tengah-tengah cepat-cepat lari ke pagar tepi sambil tunggu dia lalu..Memang tak sangka dapat pegang tangan dia!!! Dah la dia jalan dari satu tapak ke satu tapak tu lama...Aku dah pegang memang tak nak lepas...Hihihi..[ Saya bukan pervert ].

12. Aku tak sangka ada gak Indian yang suka Suju..=D

13. Ada ELF dari Thai, Indonesia..

14. Tahun ni nampak la jugak kelibat lelaki yang pergi bersama kawan-kawan lelaki..Tak macam tahun lepas...Lelaki sorang dua je..

15. Super Junior telah improve dalam penguasaan Bahasa Inggeris..walopun merapu meraban je cakap..Haha! Tapi tak pe..Dimaafkan =p

16. Donghae telah buat aku jeles..Memula dia amek Blackberry [kalo tak silap aku] fans ni sambil tangkap gambar bersama-sama..Zzz...Kedua plak dia lalu depan area aku ni..pas tu dia stop dia amek kamera fans berdekatan aku jugak...Selca gambar dia...T___T..


The Leader: Eetuk

17. Masa aku tengah rakam Teuki tengah berdiri depan aku, tetiba dia duduk comeyl je atas stage tuh...=D

18. Sambut birthday Hyukjae pada malam tu..nyanyi lagu happy birthday tuk dia...Sebagai tanda hormat dia melutut kat fans...Tacing weyh tengok dia melutut cam tu..

19. Aku dah kata..ayat femes malam tu "Appa khabar???"...boleh plak Hyukjae pegi cakap "Omma khabar??" Hahaha!! Paham tak?? Kalau Bahasa Korea Appa=ayah..So..Hyukjae cakap la Omma=Emak khabar..=p

20. Ayat femes Heechul pada hari tu " I don't sick"..Sebabnya dia kan suka pakai penutup mulut masa performance...=p..Oppa...I'm not sick la...huhuhu...

21. Banyak lagi la benda best masa konsert..Ini je yang aku bleh cite...Tak larat aku nak citer sume...

22. Harap-harap tahun ni dah keje..so kalo next year ada lagi..tak terasa sangat la sving aku ni..huhu



Selepas konsert:


1. Tunggu Alia dan boyfriend dia, Amir amek kitorang sebab tumpang umah famili Alia kat Shah Alam untuk bermalam sebelom balik Melaka..Terima kasih sangat-sangat untuk dorang..Tak terbalas jasa baik dorang ^^.

2. Masa nak balik Melaka pun dugaan gak..Tiket bas habis untuk hari Ahad lepas..Terpaksa naik tren dari Shah Alam-KL-Seremban..

3. Nak naik bas pun kena tunggu satu jam setengah...huhu...

4. Sampai Melaka dengan selamat =D







P/S - Tengah pk..nak turun KL ke tak eyh next week?? Kakak aku mau kamera balik..pada masa yang sama birthday Oppa..HUrmmm....

- Sesiapa yang nak amek gambar-gambar ni..sila credit dengan nama & blog FatinCitakky ye..[Kalau korang nak la..hehe]

- Kepada Lany--> Tag diri sendiri kalau nak amek mana-mana gambar semasa konsert kat FB ^^

Sunday, March 20, 2011

Kisah Raba-Meraba Di Super Show 3

AKU DAPAT PEGANG TANGAN KYUHYUN!!!! DAPAT PEGANG LENGAN KYUHUN!!!DAPAT PEGANG PINGGANG KYUHYUN!!!!(AGAK-AGAK DIA GELI TAK AKU PEGANG PINGGANG DIA?)



HAHAHAHAHA!!

KEPADA KYUHYUN BIASED, SILA JELES =p



P/S - Biased aku Wookie, Siwon & Donghae...Dapat skinship ngan Kyuhyun pun boleyhh ...=D =D
- Tunggu next entry untuk full episode..hehe

Tuesday, March 15, 2011

Kepada Yang Kurus Seperti Saya, Sila Cek Peratus Lemak Anda

Aku baru balik dari gym..
Selama hampir 22 tahun aku hidup, ini baru kali ke-2 aku exercise di gym. Hehe..
Ada kemudahan kat kampus, masa trimester akhir ni la baru tergedik-gedik nak pakai..Kononnya takot menyesal tak guna semua kemudahan lepas grad ni..Bayar yuran mahal-mahal tapi tak pakai buat rugi jerkk...Dengar cite kat kampus ni nanti dorang nak buat swimming pool plak..Bagusla..Aku nak habis belajar da baru nak buat swimming pool kat kampus Melaka ni..Wallahualam...

Hari ni buat pertama kali jugak aku dengan kawan-kawan aku cek peratus lemak..First time aku dengar yang lemak kat badan pun bleh cek ada berapa peratus..Menurut Mr. C, peratus normal bagi perempuan berumur bawah 30 tahun adalah 17% - 24%.. Dengan tinggi aku yang hanya 154cm dan berat 50kg, mesin penimbang tadi telah menunjukkan peratus lemak aku adalah 31%!! Sentap hati mak nak! Maksudnya, peratus lemak yang ada dalam badan aku adalah 31% daripada 50kg = 15.5kg adalah lemak sahaja...OMG..

Mr. C tadi pun terkejut sebab dia cakap tak sangka yang kitorang ni nampak je kurus, tapi lemak berlebihan..Hehehe...Yela..Dah pakai baju seluar, mana nak nampak lemak-lemak kat tempat-tempat tersembunyi ni...=p

Lagipun aku ngaku gak la...dalam setahun dua ni memang aku tak kontrol makan.Asal nampak sedap, beli...No wonder la aku banyak habis duit kat makan tapi bab shopping aku berkira banyak..Dan memang niat aku nak makan banyak sebab aku dulu kurus jugak la..tak nampak shape badan..aku rasa macam tengkorak hidup kalo kurus sangat ni..So aku amek keputusan nak menaikkan berat badan dan menambahkan sedikit lemak supaya badan aku ni lebih nampak ada shape erti kata lain nampak sedap. Erk..! Hahahah! *Dush dush*..( Kalau geli sila muntah )...Extra note: Aku makan banyak sebab frust bercinta DULU...=))

Tapi selepas aku tau peratus lemak aku sekarang, aku dah insaf..[cewah!] Dengan berat yang naik mendadak sehingga 50kg, [ aku rasa time skolah dulu nak dapat 45kg pun susah, kalo tak silap tahun 2006 - Form 5 berat aku tak sampai 43 kg]..Sekarang dah nak habis belajar naik 7 kg dan ditambah lemak berlebihan ni, aku rasa aku patut kontrol makan,.kurangkan makanan bergoreng,kari etc...lebihkan buah dan exercise...

Jadi, nasihat saya kepada mereka yang kurus, sila cek lemak anda..sebab kalau tak cek kita tak tau tahap berapa lemak kat badan kita ni...Dan kita tak tau mungkin kita akan dapat penyakit..Lagi bahaya tau..Memang luar nampak kurus, tapi dalam...diri kita je tau..Hehehe..Sebab tu aku amek keputusan trimester ni aku nak rajin banyak bab exercise ni..Hihihi...

Cuba tengok Kyuhyun ni...Kurus..Tapi mana tau lemak dia berlebihan jugakk..Dia je yang tau..Hehehe

P / S - Konvo bulan 10 ^^

Saturday, March 12, 2011

Saya Dah Sedia! Saya Dah Sedia! Saya Dah Sedia!

Ini antara barang penting untuk aku bawak ke Super Junior Super Show 3 next week!! NEXT WEEK okayh!!!!


( Baju pun nak tunjuk ke?) Mestilah!! Sebab baju warna biru...Biarla masa dalam stadium nanti dipenuhi dengan lautan sapphire blue..heee~


Kamera digital.....Beli kamera ni tahun lepas..Masa tuh tinggal beberapa jam sebelum konsert start...sebabnya kamera lama tetiba tak function..hehehe..Banyak berjasa kamera nih =p


Paling penting!! Lightstick!! X nampak??

OK la..ok la..kite bukak bagi bercahaya skit..

Taraaa!! Ekekeke..Kecoh je aku nih kan? Haha! Aku ingat nak beli la bateri nak buat backup in case kalo tetiba tak nyala..maklumla..lightstick aku punye ni tahun lepas punye...heeeee~

Dan...Aku tak sabar nak tengok keadaan stadium dari ini:


Menjadi ini!


P/S - Let's pray for Japan and other countries too :'(

Tuesday, March 8, 2011

Kenapa Saya Tak Allow Anonymous Komen?

Sebab Anonymous ni semak je..Hua hua hua!!!

Sebab Anonynomous ni pengecut. Kenapa pengecut? Sebabnya Anonymous takkan letak pengenalan diri die..err..maksud aku..dia tak tinggalkan jejak macam email address / blog dia. Sebab tu dia berani je nak kutuk-kutuk orang sesuka hati kan? Padahal bagi aku Anonymous yang jenis camni sangatlah LOSER! Aku bukan ape...selalu sangat terbaca pasal kisah orang tak puas hati ngan Anonymous ni...

Aku penah gak dapat komen dari Anonymous ni masa zaman berblogging kat Friendster ngan Blogdrive..Ada je yang komen tau nak mengutuk je...Kadang-kadang yang mengutuk tu mungkin kawan kite sendiri yang jeles dengan kita...sape tau kan?? Manusia penuh dengan hasad dengki..Aku plak jenis berdendam...Untuk mengelakkan daripada terus berdendam, aku tak bagi Anonymous komen..

Lagipun aku tak kisah komen tak banyak pun..Aku bukan nak mengejar komen terbanyak pun..Bukan cara aku nak berblogging untuk mendapat perhatian orang lain dengan menumpul komen terbanyak..cewaahh!!

Sebab tu blog sekarang ni aku tak allow Anonymous..At least kalau ada orang tinggalkan email address dia ataupun blog die boleh la gak aku nak antar virus/hack balik account dia..wahahahaha!! Eh?Aku tak pandai la buat benda-benda hack nih..ape susah..aku upah orang je la...Ekekeke..

Oh..tidak semua Anonymous jahat kan? ^^



P/S - Selamat malam...Jaljaeyo..Esok kelas kul 8am-12pm straight! Zzzzzz

Sunday, March 6, 2011

Misteri Kehilangan Jamie Selama 2 Hari

Pertama sekali..aku ingin memanjatkan syukur kepada Allah s.w.t kerana telah memakbulkan doa kami sekeluarga apabila kucing kesayangan kami, Jamie telah selamat pulang ke rumah setelah 2 hari hilang tanpa khabar berita..

Jamie merupakan kucing yang paling kami sekeluarga percaya sebabnya dia kalau merayau keluar rumah, pasti akan pulang kembali ke rumah dengan syarat, kena sentiasa pantau pergerakan dia..jadi tiada masalah bagi keluarga kami kalau mahu buka tingkap / pintu di rumah sekiranya Jamie tidak dikurung di dalam sangkar..Kalau dia tidak keluar rumah pun, dia akan duduk di sekitar halaman rumah sahaja untuk mengambil angin atau berguling-guling di kubur abang dia, Johnny...Tetapi, Jamie ni pantang tengok binatang lain..Mesti dia kejar punya..Tak kiralah kucing liar ke..ayam ke...rama-rama...[ comel je kan?? ]

Pernah suatu hari, Jamie hilang selama beberapa minit...Dari dalam rumah...luar rumah kami panggil nama dia..dia tak muncul-muncul...last-last dia keluar jugak dari tempat persembunyian..dengan muka yang mamai-mamai baru bangun tdo...Serius..kadang-kadang kitorang pun tak tau mana die sembunyi tdo..Huhu..

Cuti hari tuh, Jamie buat hal..hilang selama 2 hari...Masa kejadia itu, aku sibuk nak menyiapkan resume untuk apply keje..Abah yang bagitau, kate Jamie tetiba takde..padahal masa tuh Jamie ada je kat kerusi batu...abah nampak dia..masa tu abah nak tutup pagar..lepas je tutup terus lesap..Aku plak dalam hati berkata "Ala..japgi Jamie balik la tu"..Iye la..time tu la aku tengah buat benda penting..so..aku tak pk bukan-bukan lagi..Lepas je dah siap antar resume, baru aku cari...Dari sejam ke sejam...aku tunggu...tak balik-balik jugak si Jamie ni...Habis sampai ke luar rumah kitorang cari....Petang tuh...mata aku dah mula berair....Rindu kat Jamie... Sampai ke malam kitorang satu famili cari..cari satu kampung..tak jumpa gak..

Keesokan hari...Kitorang cari lagi...Mama siap amek cuti lagi semata-mata nak cari kucing...sampai macam tu sekali sebab terlalu sayangkan si Jamie ni..

Yela..mana taknya..Si Jamie ni dah la besar.,.bulu lebat.bolat..bulu warna hitam+oren..memang sape-sape tengok mesti geram la tengok dia..Tapi..Si Jamie ni sangat pemalu dengan orang asing..dia mesra dengan kitorang satu famili je..Walaupun nenek, mak sedara yang selalu datang rumah pun,kalau die dengar je bunyi motor/kereta orang lain, dia cepat-cepat sorok kat bilik.Kalau ada tetamu datang sampai 3 jam..3 jam la dia sorok sorang-sorang die..

Masa dia hilang..kitorang jadi lost kat umah tu...duduk kat depan TV,,teringat dia ada kat tepi kitorang..belai-belai bulu dia...duduk kat meja makan, teringat kat dia yang mesti menyibuk jugak kat meja makan, duduk kat sinki nak basuh pinggan, teringat kat dia yang selalu tengok kitorang buat keje...tengok sinki kat dapur kering, teringat kat dia yang suka minum terus dari paip sinki..Duduk dalam bilik, teringat kat dia yang pagi-pagi die suka kejutkan tuan-tuan dia bangun dari tido sebab dia nak makan...Aku plak perasan setiap kali aku kemas nak balik ke kampus, dia akan masuk bilik aku mengiau sambil tengok dan tunggu aku packing barang...Mana kitorang tak rindu??Tengok katil nampak bulu-bulu dia...Huwaaa!! 2 hari aku menangis tak berhenti...Sampaikan Skype dengan Oppa pun, Oppa terkejut tengok muka aku yang sembab, mata yang bengkak...Nak cakap ngan Oppa pun aku bleh menangis..Goreng ikan kat dapur pun aku boleh menangis.

Kitorang satu keluarga sampaikan buat solat hajat...baca Yassin seperti apa yang diperkatakan oleh Dato' Dr. Harun Din.."Kaifiat Mengembalikan Barang Yang Hilang".
Kitorang gak ada pegi cari kat klinik-klinik haiwan dan kedai haiwan..mana tau ada yang ambil Jamie ni nak pegi jual ke...Segala usaha kitorang buat...Paling tak boleh blah kitorang ingatkan Jamie kena jual kat Mudah sebab ada sekor kucing ni muka sebijik macam Jamie..Maaf la adik..akak tak bermaksud nak mempermainkan adik nak call cakap nak beli kucing adik tu..huhu..Kitorang gak pk sanggup bayar / beli balik Jamie kalau betul la ada orang yang jualkan..Boleh plak pk lepas dapat Jamie nak buat report polis..Hehe..

Malam kedua tu..Kitorang baca Yassin seperti yang dikatakan dalam Kaifiat Mengembalikan Barang Yang Hilang tuh...Masa baca Yassin tuh..tak payah kate la..dah berlagu-lagu sebab sambil baca sambil menangis...

Keesokan pagi aku terjaga sebelom pukul 6 sebab nak kejut Oppa bangun..die suruh bangunkan dia..pastu aku dah tak boleh tdo..aku termenung..Tetiba terdengar bunyi kucing mengiau dari bilik kakak aku nih..Aku buat dekk je...Sebab masa tuh aku dah pasrah / berserah je...Kakak aku dah bangun dari katil nak cari dari mana bunyi kucing tuh..Aku plak bila dengar kucing tu mengiau buat kali ke-2, aku terus bangun...terus dalam hati sebut "Suara Jamie!!"..Ape lagi..terus bukak tingkap bilik, jerit nama "Jamie!!" terus si Jamie datang, lompat ke dalam bilik dari tingkap. Dari suara Jamie nampak sangat si Jamie ni nak masuk sangat dalam rumah..Nampak sangat dia rindu rumah.Lepas je Jamie masuk rumah azan Subuh terus berkumandang..Jeng jeng jeng..."Anda pk apa yang saya pk??".Heh.

Kitorang risau sangat Jamie hilang sebab kitorang pk...Si Jamie ni pemalu dengan orang lain..Dia plak tak makan nasi, tak makan ikan ayam ni..dia tau makan makanan kucing cam Whiskas/Friskies tu je..Air plak dia minum yang tak kotor..Kan tadi aku cakap..die minum air fresh terus dari paip sinki..dia lagi suka air bertapis...Dia mana minum air tepi-tepi longkang / lopak air...kalau dia sakit..kitorang selalu bawak pegi klinik...Kitorang pk..kalau betul ada yang bela kucing kitorang ni...tuan baru dia tu jaga ke macam kitorang ni jaga? Mama ngan abah jaga kucing macam jaga anak tau...[ Mata aku dah berair ni].

Nak dijadikan cerita masa Jamie hilang...TV baru kitorang ni buat hal la plak...tetiba dia terbukak dengan sendiri...ada tu plak tetiba keluar info dari Astro...Jeng jeng jeng lagi.........~~~~~


Credit to Heechul's Twitter


P/S - Aku pernah terpk macamana kalau Jamie tak ada?? Dan apa yang aku pk tu dah jadi kenyataan masa cuti hari tu...Tandanya Allah nak uji kita la kan?? Apa-apa pun aku sekeluarga bersyukur sangat-sangat sebab akhirnya Jamie selamat pulang ke pangkuan keluarga kami...=)..Tetapi..misteri kehilangan dia masih menjadi tanda tanya..
Link

Thursday, March 3, 2011

Heechul Bagi Hint Super Show 3 Malaysia

Semalam on twitter..
Nampak Heechul post gambar ini kat twitter dia..



Nampak tak??Ini gambar lama...Masa dorang buat video clip lagu Dancing Out kat KL..Aku cam rambut dia masa dalam vc tu..Hehe..Sekarang rambut dia dah pendek..hensem!Gambar ni lak masa Suju kat Cyberview Putrajaya..

Aku terpk..adakah Heechul bagi hint untuk Super Show 3 Malaysia pada 19 Mac ni? Hik hik hik..Seronak nih seronak!!! Mesti sedih kan pasal lepas ni susah dah dorang nak buat konsert [ tadi seronak ni sedih plak?]..Nak pegi army dah haa si Leeteuk ngan Heechul ni..Tapi tak per..SS501, Big Bang ngan Shinee masih ada..Baru nak minat U-kiss..Alex lak dah kua.. :'(


P/S - Bawak glowstick tahun lepas punye takpe kan?? Heh.

Tuesday, March 1, 2011

Paradise Ranch

Sekarang channel 393 ada tayang drama Paradise Ranch...Untuk hari ni baru tayang episod 3.Memula bukak TV tu aku baca info dulu pasal drama ni..Macam menarik..Rupa-rupanya dorang buat penggambaran drama ni kat Jeju Island...serius! Cantik ok.. Ditambah plak tengok dengan TV baru..Ekekeke..Hero drama ni Changmin dari DBSK manakala heroin plak errr...tak sempat nak cari nama..Hehe..Kalo berminat google la sendiri..=p

Cerita nya lebih kurang camni..Hero dengan heroin ni pernah berkahwin ketika masing-masing masih muda....Selepas 6 tahun dorang bertemu kembali atas sebab-sebab tertentu kot..Aku pun tak berani nak cerita lebih-lebih pasal tak cukup buat reseach..Ekekkee...Biasa la citer Korea..Cam Full House..Asyik gaduh je...Nak-nak si hero ni ego dan panas baran...Haishh..Kalau la aku cuti panjang lagi tiap-tiap hari aku terpacak depan TV.





Ini adegan episod 3 tadi.Ayah si hero citer ni x pandai mengeja..Harap garang ngan anak aje..Heh







P/S - Alhamdulliah...Kucing kesayangan kitorang 1 famili dah selamat pulang ke rumah setelah hilang 2 hari...2 hari jugak aku tak selera makan..menangis tak hengat..Akhirnya..Subuh pagi tadi terdengar kucing mengiau dari bilik..Bukak tingkap, panggil nama dia..terus dia masuk..Jejak kasih pada 1 mac 2011..Heheh..Tak sia-sia aku ngan famili aku amalkan ini dari Dato' Dr. Harun Din pada malam semalam. =)
Related Posts with Thumbnails