Saya ada simptom-simptom ini sebelum, semasa, selepas memandu kereta:
1) Kalau dah berhari-hari sampai berminggu-minggu tak drive, saya mesti ada sedikit perasaan takot. Tapi gagahkan jugak la kalau dah terpaksa..
2) Bila dah lama tak drive, mula la saya jadi cemas, rasa nak bawak laju je..jadi tak penyabar. Semua pemandu lain yang bersalah. Saya je yang memandu betul..:-p
3) Kalau pada hari-hari biasa pulak..masa saya dalam keadaan cool semasa memandu..saya tak boleh kalau ada kereta di belakang kereta saya walaupun sebenarnya kereta tu bukan nak potong kereta kita pun..Kereta tu cuma follow je..Saya tak boleh! Saya mesti nak larikan diri..Ape lagi..merempit la kan nak bagi jauh dari kereta belakang..Psiko tak?
Source: Twitter
4) Kalau saya memandu dalam keadaan marah kat pemandu lain, balik rumah je saya mesti fikir balik. Contohnya dalam situasi kita nak potong kereta depan kita yang slow ni tapi kenderaan banyak. Masa memandu tu pulak kita ada confident yang tinggi untuk mencelah kiri dan kanan macam pelesit. Bila dah potong kereta tersebut baru rasa tenang. Tapi bila sampai je kat rumah saya automatik pk,, macamana kalau kereta kita tengah bawak tu tak dapat dikawal tiba-tiba? Macamana kalau sebenarnya ada motor kat sebelah kita masa kita potong tu tapi kita tak nampak sebab blindspot lalu accident?Huhuhu...Jauhkanlaa..Psiko tak?
5) Saya lebih suka memandu kereta yang lebih besar daripada kereta kecil seperti Kancil ataupun Kelisa. Sebab kalau bawak kereta kecil, kereta besar mesti nak pijak kepala kita. Curik jalan la..Asyik kereta kecik je kena mengalah. Tak best tau..
6) Saya selalu teragak-agak nak potong motosikal yang ada di hadapan kita ketika memandu walaupun sebenarnya penunggang tu bawak motor dah sehabis tepi. Takut makan jalan dan takot kita himpit motor tu. Padahal muat je kereta nak potong motor tu..Nampak sangat kite tak confident masa tuh. :-p
7) Kalau kereta di depan saya bawak kereta macam kura-kura, saya mesti pk pemandu depan ni saja buat slow ke pasal aku ni pompuan? ( Betul ke lelaki ego dan tak suka kalau ada perempuan bawak laju dari dia?Jeng jeng jeng)
8) Saya cukup pantang kalau ada kereta nak curik masuk jalan tanpa memberi signal! Kalau bagi signal dengan murah hatinya saya akan beri laluan. Bagi signal je pun..Bukan kena masuk ID ngan password kan...
P/S - Pandu cermat jiwa selamat
2 comments:
wuii garang ni...hehe
garang bertempat.huhu
Post a Comment