Pages

Monday, September 26, 2011

Holiday In Kuching - Day 1 & Day 2 (Half)

Day 1

Bertolak dari KB - KL flight 8 a.m.
Kena extra charge dari Air Asia sebab check in sejam sebelum flight..Sekarang disarankan guna mobile check in dengan online check in..kalo nak check in kat kaunter kena pegi awal..=.=
Pandai betul dorang ni buat duit..

Sampai je LCCT jumpa cousin pulak sebab dia pun nak ikut pegi ke Kuching..
So kitorang pun memula makan la sikit sebelum flight seterusnya pukul 11.30 a.m..
Perjalanan dari KL - KCH mengambil masa sejam 30 minit...
Tak sejauh KL - Tawau yang mengambil masa hampir 3 jam =)

Sampai je di Kuching pada pukul 1, kitorang pun cari driver hotel untuk bawa kitorang balik ke hotel. Nampak la sorang ni angkat nama kakak aku kat balai ketibaan tuh..:-p

Aku sampai Kuching jadi cam jakun jugak la..Udara Borneo kan.Lagipun first time kat Kuching..Heeeee~Sampai hotel kitorang rehat sekejap sebelum tunggu sedara kepada sepupu aku yang tinggal kat Kuching ni bawa kitorang bersiar-siar. Kitorang duduk kat hotel 360 City Express. Ala-ala Tune Hotel..Tapi security bagus! Nak masuk lif dengan masuk bilik hanya scan pakai card hotel je. Siap boleh tengok CCTV live dari TV kat bilik kita.

Dah solat semua sampai la sedara kepada sepupu aku ni kat hotel nak amek kitorang. Dorang bawak ke area Waterfont dulu..Sampai je terus cari souvenir...Macam biasa..Souvenir paling senang mestilah keychain..untuk aku beli baju je..=D. Baju pulak beli size kanak-kanak sebab size bebudak pun dah besar..so dapat la murah skit..



Suke hati la aku nak beli kucing pun..lantak la nak kata macam bebudak pon..:-p

Lepas tu kitorang singgah rumah sedara Zua (sepupu) ni kat Petrajaya.. Lama la jugak duk situ sampai dorang bawak pegi dinner lepas Isyak. Oh ya..Maghrib kat sana 6.40 pm..Isyak 7.50 pm..Kalo kat Semenanjung kul 8 pm baru nak tunaikan Maghrib.Hehehe..
Kira kitorang sampai rumah Umi dan Uncle (panggilan kepada sedara Zua) ni macam beraya la jugak.

Biskut raya puna ada lagi tau.

Dalam post sebelum ni yang kek lapis Sarawak tu Umi yang hidangkan untuk kitorang..


Kat rumah Umi & Uncle! Sebelah kiri tuh Zua dan Umi. Tengah sign guestbook.

Kitorang pun lepak sampai malam dan lepas tu terus menuju ke Kubah Ria Foodcourt Tebingan Sungai Sarawak (terima kasih encik check in places :-p). Disebabkan aku dah lama tak makan nasi ayam penyet aku pun order la kan..Dulu makan kat Melaka je..Kat Kelantan tak da lagi kedai buat ayam penyet ni..

Tapi serius ayam penyet aku makan kat Sarawak ni sedap gilakk!!! Sambal die very the super delicious..Hahaha! Selalunya kalo kat melaka aku makan sambal sikit je letak kat nasi..Kali ni aku habis-habisan amek sambal tu makan dengan nasi..Lupa pulak..kat Sarawak panggil ayam accident..Hehehe..naseb baik bukan ayam gelek motokar..:-p


Sebelum tu bergambar dulu!

Aku la tukang snap gambar.


Suasana di Kubah Ria Foodcourt.

Lepas tu dorang bawak ke Waterfront untuk sesi bergambar..

Bangunan feveret aku kat Kuching..Bangunan Dewan Undangan Negeri..Unik kan bentuk dia..

Bawah ni pulak Astana.


Tak nampak eyh? Akan datang sesi di tengah hari di tempat yang sama pulak..heee~

Lepas tu kami balik semula ke hotel untuk recharge energy untuk esok pulak.



Day 2.

Tepat pukul 9 pagi kitorang dah turun ke lobby untuk tunggu tourist guide amek kitorang..
Tourist guide kitorang muda lagi tau. Handsome la jugak (itu sebenarnya nak higlight) hahaha! Orang Iban tau..Nampak macam Melayu. Sempoi je ngan kitorang..Takkan tourist guide nak skema pulak kan..Hehee..Eh? Ape ni? Cakap pasal tourist guide pulak..:-p

Encik tourist guide tu pun bawak la kitorang berjalan.Kami bertiga je tau..Ingatkan ada orang lain join sama..tak kisah la..lagi best kalo tak ada orang luar kan.Kalau tak mengganggu je kitorang dengan encik tourist guide kami yang best ni. :-p.

Destinasi pertama ialah ke Sarawak Cultural Village..Sepatutnya tempat ni kitorang pegi petang tapi disebabkan hari itu (24 Septermber 2011) ada sambutan kelahiran Tuan Yang Terutama yang ke-90, jalan kat area sepatutnya kitorang pegi tu mungkin banyak ditutup dan sibuk.



Otw ke sana inilah view yang kami dapat..Gunung Santubong..Dan sebenarnya village tu memang kat area sana..Hehehe..


Dah sampai!!~

Sebelum masuk pun dah bergambar banyak kali..
With Zua..

Sebelum masuk kena check in dulu..kena pakai pelekat seperti yang aku tunjuk kat post sebelum ni..Hehe..Kena ada passport juga! Passport kat sini je la..setiap tempat kita pegi mesti kena cop kat passport tanda kita dah pernah lawat tempat tu..contohnya kita pegi ke rumah Iban, so dapat la cop rumah Iban kat passport tu.


Bukan passport antarabangsa ye.

Salah sebuah bangunan di Perkampungan Budaya Sarawak.


Seronot naik jambatan binaan orang Bidayuh.. Tourist guide kami yang kacak suruh cuba naik..Ada je jalan biasa..Bila lagi nak cuba kan..Nasib jugak la aku ni bukan jenis gayat.


Comel kan abang bidayuh kiri sekali neh? Hek hek hek..Kakak aku dah berbunga-bunga duk tepi abang bidayuh neh..:-p


To be continued..............




P/S - Satu flight dengan team Red Warrios semasa nak balik flight dari KL - KB. Terserempak dengan KFCM..Dia smoking jugak ye. Tak best!

2 comments:

CikLily12 said...

banyak kali highlight 'Iban' tu..hahaha..kakak awk nampak bercahaya je muka bergambo sblh org sarawak tu ;))

Libra Dolce said...

ahhahahahaah...wanie, wajah saya mmg bercahaya bergemerlapan sepanjang kat kuching yer.. =)) =))

Related Posts with Thumbnails