Pages

Thursday, August 25, 2011

Luahan Pukul 2 Pagi

Adakah pelik apabila aku makan lebih banyak ketika waktu sahur berbanding waktu berbuka?
Tidak tidak tidakk....!!
Sebab ape?
Sebab sejak bulan puasa ni aku selalu tak boleh tido..sampai ke waktu sahur..
Kenapa tak boleh tido?
Sebabnya....ntah la..Nak jaga rumah kot..Eheheh..
Sejak kejadian beberapa minggu lepas, kejadian.......err..besi penutup longkang dicuri oleh "SetanManaTah", aku rasa tak sedap hati..
Sebab benda ni bukannya pertama kali...Banyak kali...
Masa kejadian tu pulak memang hari tu aku tido lambat sebab tengok telefilem "Bersalji di Kuala Lumpur"...Aiyooo...cerite tu sweet sangat!!! Lepas je habis cerita tu aku pun tido la lebih kurang dekat pukul 4 pagi..tup tup bangun je dari tido dapat tau ada la dekat 10 keping besi penutup longkang ni kena curi..Kebanyakannya kat area famili nih kat tempat aku tengok TV! Cilake!

Selalunya kalau sebelum tido aku memang akan jalan satu rumah..err..maksud aku jalan dalam rumah cek kat setiap tingkap mana tau ternampak lembaga ke kan...tapi hari tu aku tutup TV terus masuk bilik..agaknya "SetanManaTah" dok tunggu aku masuk tido je kot, padahal dia dah stalk dari luar..itu apa yang aku fikir sebab kalau masa aku tengok TV da mesti la aku dengar something suspicious jugak kan..takpun memang ada ilmu dorang guna...siapa tau kan..

Kalau boleh biar la sekali pun takpe at least aku nak rakam / snap gambar "SetanManaTah" yang cuba nak ceroboh kediaman orang lain suka suki kepala hoot dia..Sebabnya yang menceroboh rumah orang ni bukan orang lain..orang kampung ni jugak...kadang-kadang mak bapak tau tapi nak sembunyi perangai buruk si anak..Lagipun lebih kurang 3 tahun lepas aku penah je nampak "SetanManaTah" ni cuba nak masuk rumah waktu tengah hari. Hari tu memang nasib aku je..Kalau lambat sikit memang "SetanManaTah" tu dah boleh masuk..Cumanya aku lambat bertindak. Kalau la masa tu tangan aku sedang pegang henpon, memang aku da boleh tangkap..malangnya masa kejadian tu tangan aku sedang memegang pinggan kosong yang baru sudah dimakan. T__T..Wat to do......Tapi aku masih ternampak-nampak..bukannya orang tua pun...muda lagi..Belasan kot..takpun awal 20-an..Familiar gila la muka dia...Lagipun kampung aku ni memang ramai gila la yang terjebak dengan dadah ni..jadi memang tak heran la kan benda ni terjadi..

Sampaikan aku terfikir lagi nak letak kawat duri macam penjara yang bergulung-gulung tuh kat sekeliling pagar..biarla orang kampung nak mengata pun...Rumah famili aku...bukan rumah lu orang..ekau ado??


As expected cik Safra, den memang letak gambar ni kat blog..:-p

Sekarang pun kalau ada bunyi motor lalu lalang depan umah ni pun aku sikit-sikit tengok dari tingkap..bunyi benda sikit aku pegi cek...kadang-kadang aku kesian kat parents aku, dorang selalu buat baik kat orang-orang kampung ni tapi ada sesetengah anak dorang amek kesempatan pulak macam kes ni la! Serius aku cakap aku memang tak ngam dengan dorang neh..Lantak la nak kata aku sombong ke hape..Takdanya nak jadi macam drama-drama Melayu di mana seorang anak dara baik dengan makcik Senah dan suka kepada anak makcik Senah and wat so ever lah!

OK..Sudah!Aku perlu berhenti menaip! Kalau tak mau berjela-jela aku meluahkan benda yang aku tak puas hati...



P/S - Blow your mind!







No comments:

Related Posts with Thumbnails