Pages

Tuesday, August 16, 2011

Lily Melinda..Oppss!! Capt. Lily Melinda

BAB 1

“Aku terima nikahnya Rina Mastura binti Mohd Nasir dengan mas kahwin 80 ringgit tunai”.


Semua kelihatan gembira dengan sekali lafaz oleh pengantin lelaki yang kelihatan segak berbaju Melayu berwarna putih itu. Kini, Mastura telah sah menjadi isteri kepada Rizal. Namun, ketika majlis itu berlangsung seorang wanita muda kelihatan sugul dan hanya Tuhan sahaja yang tahu perasaannya ketika itu.

Rizal, adalah cinta pertama Lily Melinda. Namun, dia terpaksa redha dan menerima hakikat bahawa Rizal kini bukan lagi miliknya. Segala impian dan angan-angannya untuk bersama Rizal hingga ke akhir hayatnya musnah sama sekali. Tidak disangka, lelaki yang dicintainya selama ini sanggup berlaku curang dengan kakak kandungnya sendiri! Lebih menyakitkan hati apabila dia mendapat tahu bahawa kakaknya telah mengandung tiga minggu hasil daripada hubungan terlarang sebelum kahwin dan ini sekaligus telah terbuka segala rahsia hubungan antara Rizal dan Mastura sebelum ini. Atas sebab maruah dan menutup malu keluarga, mereka dipaksa berkahwin dan segala persiapan dilakukan pada saat-saat akhir.

Atas sebab perkahwinan ini, hubungan antara Melinda dan Mastura renggang sama sekali. Begitu juga hubungan dengan ibu bapanya, sedikit sebanyak Melinda terasa hati kerana sebelum ini mereka tahu dan merestui hubungan Melinda dan Rizal. Namun, mereka memujuk Melinda agar melepaskan Rizal demi maruah keluarga. Melinda terasa kesal dengan nasihat ibu bapanya itu, namun apakan daya itu sahaja jalan terbaik buat mereka.

“ Kenapa awak? Kenapa mesti dengan Mas?” air mata Melinda mula membasahi pipi. Dia tak sanggup melihat muka Rizal yang dia pernah puja dahulu. Dia hanya mampu melihat tasik yang terbentang luas di hadapannya. Pandangannya sepi.

Rizal hanya mampu mendiamkan diri, tetapi jauh di sudut hati dia rasa sangat bersalah dengan perbuatan terkutuk yang dilakukan itu. Dahulu, hanya Melinda seorang yang bertakhta dalam hatinya tetapi semenjak Mastura bekerja di bawah syarikat yang sama, hubungan mereka sebagai kawan menjadi semakin rapat lebih-lebih lagi mereka sering digandingkan untuk merangka projek dan khusus yang dihadiri di luar negeri. Lama-kelamaan, timbul perasaan sayang antara mereka berdua dan hubungan itu terpaksa dirahsiakan untuk mengelakkan Melinda mendapat tahu. Mungkin juga atas kejujuran dan keikhlasan Melinda menyayangi lelaki yang tidak pernah menghargainya, Tuhan telah menunjukkan kuasaNya akan sikap sebenar Rizal terhadapnya.

“Saya mungkin tak sekesal ini kalau awak curang dengan orang yang saya tak kenal. Tapi kalau dengan kakak saya sendiri, saya rasa itu sangat melampau!”

“Lin, saya minta maaf. Saya tahu saya salah. Tapi takkan awak tak sedar lagi apa yang saya buat kat awak sejak akhir-akhir ni?” ujar Rizal.

“Hah?” Melinda tidak faham akan kata-kata Rizal.

“ Cuba awak recall balik. Takkan awak tak perasan saya banyak bagi alasan kerja banyaklah, meeting, kadang-kadang sms dan call awak saya tak return balik? Saya cuba untuk bagi awak berfikir kenapa saya berubah macam ni supaya awak boleh sedar yang kita ini tak sehaluan.” Terang Rizal lagi.

Melinda cuba untuk mengingat kembali dan ya, sememangnya sejak akhir-akhir ini Rizal memang banyak berubah. “Saya percayakan awak masa tu, saya bagi ruang pada awak untuk setelkan kerja awak, untuk diri awak sebab saya tahu awak tak suka dikongkong oleh sesiapa. Saya tak sangka pulak kepercayaan saya pada awak sia-sia. Mungkin sebab saya terlalu sayangkan awak.”

“ Kalau awak sayangkan saya, awak dah lama dengar cakap saya. Dari dulu lagi saya tak suka awak jadi pilot. Tapi awak degil! Awak ingat saya suka ke awak berpakaian berkemeja pergi kerja macam lelaki? Kadang-kadang dalam seminggu awak ada kat rumah 3-4 hari je? Macam ni ke awak nak jadi isteri? “ Rizal menerangkan apa yang terbuku di dalam hatinya selama ini.

“ What’s wrong with you? Ini ke yang tak puas hati sangat? Atau saja cipta alasan?” Melinda tersentak akan kata-kata Rizal sebentar tadi. “ Sepatutnya benda ni bukan alasan orang yang bercinta. “

Rizal tiba-tiba mencelah, “ Mastura tahu jaga hati saya, tahu jaga penampilan dia sebagai seorang perempuan yang anggun. Yang menunjukkan ciri-ciri wanita idaman lelaki.”

Melinda diam. Ya. Dia mengaku bahawa dirinya adalah seorang wanita yang begitu simple terutama dalam soal penampilan. Cukuplah baginya hanya memakai t-shirt ataupun blouse dengan jeans dan solekan yang tipis. Itu sudah memadai untuk menunjukkan kecantikan semula jadi yang dimilikinya. Jauh pula bezanya dengan Mastura yang suka bergaya tidak kira ke mana sahaja die pergi. Ke tempat kerja mahupun keluar bersantai. Mastura juga gemar mengenakan solekan yang agak tebal dan rajin menggayakan rambut untuk kelihatan lebih anggun walaupun sebenarnya kedua-dua beradik ini memiliki kecantikan semula jadi.

Kini Melinda baru faham akan keadaan sebenar. Cukup la dengan alasan yang telah diberikan oleh Rizal. Baginya penjelasan tersebut telah membukakan pintu hatinya untuk melepaskan Rizal dan dia sedar bahawa Rizal bukan seperti yang dia fikirkan selama ini. Mungkin benar apa yang telah dinasihati oleh ibu bapanya sebelum ini. Memang dia patut lepaskan Rizal walaupun hatinya perit. Namun begitu, dia akan tetap akan meneruskan kerjayanya sebagai seorang juruterbang. Itulah yang diimpikan oleh Melinda sejak dari sekolah menengah dan dia tak akan sia-siakannya hanya kerana cinta palsu yang pernah diberi oleh Rizal.

Hero untuk cerita ini :-p



P/S - Karya ini terhasil apabila penulis tidak dapat melelapkan mata di waktu malam. Lantas dengan itu terhasil cerita imaginasi ini yang direkanya sendiri. Segala kesilapan jalan cerita yang kabur, tatabahasa, dan ejaan amatlah dikesali..:-p

- Nak sambung ke tak eyh? @__@

4 comments:

Adilah Jamaludin said...

best! ingat penulis novel mana la yang reka.. akak yang tulis ke?

FatinCitakky said...

a ah..akak yg reka..saja2 je..^^

Lanyzubir said...

Ya,sila sambung :)

punyalah baca sesungguh rupanya bersambung ==' sabar jelah.haha.lain kali jgn buat skrip novel,byk sgt sambungan.Buat skrip Filem.hahh sekali post je :D

FatinCitakky said...

ala..perlu ke sambung?kang buat kang xda sapa baca T__T

hoho..buat skrip filem? maub panjang berjela2 1 post je pasal ni ..heeee

Related Posts with Thumbnails