Pages

Friday, April 8, 2011

Tips Hubungan Jarak Jauh

Ape kejadahnya aku hari ni tiba-tiba buat tips?
Heh.
Takde..Tetibe ada idea nak buat tips ni memandangkan aku pun sedang melalui hubungan jarak jauh dengan Oppa walopun sebenarnya jarak dari KL - Melaka tak sampai 2 jam kalo ikut cara Oppa bawak kereta..Pfftttt!!! Melainkan kalo kira dari KL - Kelantan ni..Baru betul-betul jauh ye tak? Memandangkan bulan ni hubungan kami baru nak mencapai 9 bulan.....tapi sebenarnya boleh kira dengan jari hanya beberapa kali bertemu minus skype ok...Dating sebelom kapel aka masa berkawan dolu-dolu juga tidak dikira...Hehehe...

Tips pertama:
Jangan cepat sentap [sentap ati mak nak!]. Ni baru tak hantar mesej masuk waktu tengah hari dah nak menggelabah..Cuba bawak bertendang dulu.....Mana tau dia tengah drive ke...Dia busy dengan client kat tempat kerja ke...Dah tu belum apa-apa dah mula nak muncung bibir tak seksi tuh...

Tips kedua:
Kalau dia senyap sunyi je....apa kata hantar dulu sms kat dia...ataupun call dia dulu.Jangan nak ego sangat ye..kang tak dapat.Supaya komunikasi korang tak sunyi sepi....Kalau dia betul-betul ingat...dia akan reply balik..takpun dia call balik..paling koman pun dia misscall balik.Heh..Bak kate tok bomoh "plawok plawok plawok" dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah tu.."Kalau kita ingat kat dia..dia akan cari kita balik"..Erk..Tetibe aku seram sesorang... =.=

Tips ketiga:
Cuba pk balik..Adakah pasangan korang ni...dah berubah? Atau...memang begitu cara dia? Kalau macam Oppa aku...Dari zaman kitorang berkawan dah bertahun-tahun..dia memang jarang gila sms...Apetah lagi call...Video call die rajin plak..Pffttt...Tapi masa tuh aku jual mahal lagi...Yela...kontek pun jarang-jarang tetiba aku nak terima dia tak memasal....OK..balik kepada tips ketiga....Yang aku cakap tadi sebelum kitorang kapel..keyword dia "tak suka sms". Sekarang pulak....pun sama..dia tak suka sms..Kalau hantar sms kat dia memang tinggal harapan la dia nak reply selalu..Sebab dia cakap dia suka call lagi..So di sini dah nampak yang dia tak pernah berubah..Memang itu cara dia..."Dia tak suka sms". Lagi satu Oppa aku ni jenis bukan mulut manis macam lelaki-lelaki buaya kat luar tuh..Sebab tu masa memula dia nak approach aku, aku reject...Sebab..yela..Aku tak nampak pun cara dia macam suka aku...Tup-tup tanya aku terima dia ke tak...Bila dia approach kali kedua baru aku nampak effort dia...dan perangai dia yang dia jenis tak mulut manis.No wonder la aku pun tak tau dia suka aku ke tak....Heh..Tapi kalau pasangan korang tu memang jenis mulut manis pada mulanya...tiba-tiba masa dah berkapel ni dia berubah jadi diam atau jadi seperti orang lain yang korang kenal sebelum berkapel tuh...hati-hati la ye...

Tips keempat:
Kalau dah berbulan-bulan tak dapat jumpa pasangan korang..At least dalam seminggu tolong la video call / skype dengan dia...At least dapat tengok muka secara live pun boleh hilangkan rindu ^^.

Tips kelima:
Sentiasa sabar dan jangan cepat marah. Contohnya, kalau korang geram sangat bila dah janji nak skype pada malam ni tapi cancel sebab letih ke..jangan majuk tak nak cakap dalam telepon plak..At least dia ingat tau nak call korang daripada tak dapat dengar suara langsung..Cuba cool skit...Ni kalau terus majuk ha padan muka tak dapat dengar suara terus..Nak-nak kalau dapat pasangan yang bekerjaya ni..

Tips keenam:
Bagi mereka yang memiliki pasangan yang sudah bekerja dan mempunyai masa yang sangat terhad untuk anda..tolongla faham keadaan dia...Aku pun pernah gak kerja tapi masa praktikal tahun lepas la..serius..penat sampai ke malam ok..kalo boleh paling lewat pukul 12 kena masuk tido dah tau...walopun kat ofis tu x da kerja...Apetah lagi macam Oppa aku yang tengah kerja kat hotel masuk ikut shift awal pagi..Takpun balik lewat malam...dan jenis ada banyak kerja nak manage syarikat keluarga lagi pada weekend..Jangan nak emo sangat kay...

Ok...itu je la kot yang aku dapat untuk malam ni...Jalja~


Saya selalu ingat kat Donghae..Sebab tu dia datang kat Malaysia bulan lepas...Ekeke..Oppsss..!!Kalau amek gambar Donghae tomey ni sila credit kepada blog FatinCitakky ye..^^

P/S - "Kalau kita ingat kat orang tu..dia akan datang cari kita balik"

4 comments:

akuill said...

mmg bestlh tips ko ni.aha.
oppa aku jns x best.sgt2 xbest.mcm mna tah blh terpikat. cll payah msg payah. tp bila aku x cll or x msg dia,ngmok. aku msg bt xtau. cane tuh.ahaha. cnclusion.msg or cll jelh wlpn x d layan. sadis tol lh nsb aku.aha

FatinCitakky said...

hehe..tips berdasakan pengalaman je ni.sebelum kapel ngan ko memang dia payah nak msg ngan call jugak ke ill?

akuill said...

sblm kapel pn adela rajin cll.
dh kapel cll jgak.msg mmg haram.
tp dh start keje tu mmg ssh la nk ckp.ahaha. dlu dia kt mlaka,mmg hr2 jmpe.sng ckit. tp skrg dia da blk sabah,haa mmg skt.aha

FatinCitakky said...

oo..dah keje..patutla..
bz kot...oppa aku pun bz gak..msg pun x balas..call pun kejap2 je dia curi2 call masa keje..
yg penting pecaya kat dia n jgn cemburu buta..kalo rasa sunyi bersosial ngan kawan2..=D

Related Posts with Thumbnails