Sekiranya kita cinta kepada dia,
tidak semestinya dia cinta kepada kita.
Tapi sekiranya kita cinta kepada Dia,
nescaya cinta Dia tiada penghujungnya.
Sekiranya kita cinta kepada dia,
kita akan cemburu pada orang
yang juga mencintai dia.
Tapi sekiranya kita cinta kepada Dia,
kita akan turut mencintai mereka yang
melabuhkan cintanya kepada Dia.
Cinta terhadap dia adalah fitrah manusia,
namun dia tidak kekal selamanya.
Tapi bila nafsu menguasai cinta dia,
nescaya bala bencana akan melanda.
Tidak salah untuk mencintai dia,
asalkan cinta dia kerana Dia,
mengikut caraNya.
Kerna cinta dia bermula tanpa bicara,
lalu mekarkan cinta dia dengan lafaz
"Aku terima nikahnya".
P/S - Credit to Institusi Usrah MMU Melaka
No comments:
Post a Comment