Pages

Sunday, December 12, 2010

Resepi Homemade Pizza

Nak tau tak...Sepanjang cuti midterm...
Aku makan sangat la mewah kat umah..
Boleh dikatakan hari-hari makan pizza yang mama buat..
Sampai dah boleh hafal step nak buat pizza...
So...hari ni nak share resepi pizza..

Aku x nak state kan berapa banyak kuantiti bahan-bahan yang diperlukan..
Sebab kuantiti inti pizza ni bergantung pada selera masing-masing samada nak inti yang penuh ataupun sedikit..
Oh ya..roti pizza ataupun pizza base..kitorang beli je..lagipun ada banyak size...Tak payah susah-susah nak buat..hehe..


Bahan-bahan A:
Ayam dicincang Daging dicincang Bawang besar dipotong dadu Lada sulah Garam secukup rasa Gula secukup rasa
Sedikit Ajinomoto...(Letak ajinomoto banyak-banyak tak elok untuk kesihatan..hehe)

Bahan-bahan A kat atas ni kena goreng dulu sampai masak..


Bahan-bahan A yang telah digoreng hingga masak.


Bahan-bahan B:
Capsicum merah dan hijau
Bawang besar dipotong nipis
Tomato setengah biji dipotong nipis
Carrot dipotong halus
Nenas (dalam tin 3 keping dipotong kecil-kecil)
Cendawan butang (dalam tin dipotong halus)


Ini ialah Bahan-bahan B:Tomato,carrot,capsicum,bawang besar


Bahan-bahan B lagi: Cendawan butang dan nenas


Bahan-bahan C:
Pizza base..(Beli sendiri kat kedai..heheh)
Tomato puri
Sos cili
Air nenas
Mozarella cheese
Oregano

Memula sekali, sediakan pizza base..Untuk resepi ni aku guna pizza base 8 inci. Kalo bleh tempat pengalas pizza base ni biarla letak sedikit butter kat lapisan pengalas tu..supaya nanti dah masak roti pizza ni tak melekat.

Sapukan tomato puri atas pizza base...Dan sos cili untuk rasa sedikit pedas.


Tomato puri dan sos cili disapu di atas pizza base

Selepas itu, taburkan bahan-bahan A dan bahan-bahan B mengikut kuantiti yang anda perlukan. Tabur sedikit air nenas supaya nanti rasa pizza tu ada sedikit manis-manis..


Ini ialah kuantiti inti yang famili aku makan...banyak kan?Heee~

Dah habis letak inti-inti ni..jangan lupa taburkan oregano nak kasi harum wangi semerbak pizza ni..

Lepas tu..Bakar selama 30 minit..Untuk microwave kat umah aku guna combination 6..Korang punye aku tak tau..huhu..

10 minit sebelum pizza siap dimasak, baru boleh tabur mozarella cheese..Tujuan kite tak letak cheese awal-awal supaya nanti cheese tu tak terlalu masak..Nanti tak boleh nak tarik-tarik cheese ala-ala pizza hut..hehe..Lepas tu sambung masak pizza sampai siap masak..^^


Dah siap!! Yang putih-putih tu ialah cheese..


P/S - Selamat mencuba =p

No comments:

Related Posts with Thumbnails