Pages

Sunday, October 3, 2010

Saya Lebih Suka Sesuatu Yang Natural

Semalam, aku telah buat satu keputusan yang mengejut. Erm..takde la mengejut sangat benda aku buat ni..hehehe..
Kebetulan masa tu keluar bandar KB kan..
Tanpa berfikir panjang aku cakap kat mama aku nak potong rambut aku yang panjangnya kurang satu jengkal lagi mahu mencecah pinggang.
Sebelum kuar umah x da niat pun nak potong.
Tapi ntah. Aku kadang-kadang memang suka buat keputusan last minit. Kalau aku nak, aku nak jugak!

Tetiba terpk nak potong. Tambahan lak, aku x suka rambut aku ni sejak buat digital perm lagi. Jadi kusut rambut aku. Leceh lak tu nak kena jaga. Kena pakai mousse, fibre gum bagai la..Dah la benda-benda ni buat rambut jadi keras. Aku lak dari kecik dah biasa rambut lurus ni. Bila dah perm, rambut jadi kering. Kena selalu pakai krim /leave on conditioner kalau x nak rambut kering. Tak boleh selalu sikat.Nanti cepat lurus rambut yang dah perm tu. Dah la buat mahal-mahal.

Tapi, kalau x buat, kita x tahu. Bila dah buat, barulah aku tahu macamana keadaan rambut bila dah dipermkan. Jadi kering.X best. Kalau tengok gambar artis ke, memang la nampak cantik dan lembut (nampak je lembut, tapi sebenarnya keras tak gerak-gerak) bila perm, nampak berkilat je...dorang x pe la..ada org jaga rambut sebelum photoshoot tu.. Yang bukan artis ni? Sapa nak jaga? Tangan sendiri la kan nak jaga. Tu pun sampai kasar tangan ni jadi bila banyak sangat benda nak kena letak kat rambut. Satu hal plak nak kena pakai lotion tangan nak bagi lembut tangan ni balik.


Nampak cam lembut kan rambut die?Tapi sebenarnya keras kat bahagian volume tuh.

Nak sikat pun siksa gak..Serius!Kusut rambut aku! Dah la aku ni jenis suka sikat rambut. Pantang masuk bilik benda aku akan capai dulu, sikat! Sebab tu la secara semula jadi rambut aku lurus dari kecik. Kalah org buat rebonding..Eh? X pe kan nak mempoyokan diri lagi...=p

Jadi...inilah hasilnya setelah aku mintak nak potong rambut sampai paras bahu.


Tetiba rasa cam budak sekolah bila potong rambut pendek neh.Ehehe..=D

Nasihat aku pada mereka yang berangan-angan nak buat perming nih, make sure korang fully freehair la..Sebab, bagi yang pakai tudung aku rasa x sesuai korang nak buat perm. Nak kena jaga. Nak pastikan rambut tuh kekal kerinting /volume tu. Lainla kalo korang rajin, xda keje, xde kelas, yang tak solat. Xpe la..Bleh la menempek depan cermin gulung-gulung rambut. Tapi, terpulang la pada diri masing-masing. Kalau rasa suka, tak kisah rambut tu keras asalkan cantik, teruskan..Lain orang lain taste die kan ;-)

Tak pasal-pasal bila aku wat perm ni, shampoo pun aku terpaksa tukar. Kena cari untuk volume gak. Tak best. Aku rasa lepas habis shampoo yg aku pakai sekarang nih, aku nak tukar balik pada Pantene. Sebab Pantene sebenarnya dah banyak buat jasa kat aku. Pantene la penyebab rambut aku jadi cantik dan lembut. Masa aku sekolah rendah rambut aku kasar cam dawai. Kasar gila ok! Kalau x silap aku, darjah 4 aku dah start pakai Pantene. Masa tu packaging Pantene yang lama. Aku pakai untuk rambut normal yang warna oren.Hihihi.Sejak aku pakai Pantene la aku baru tahu apa itu conditioner. Benda ni rupanya yang buat rambut aku lembut. Lama jugak la aku pakai Pantene. Pas tu bertukar kepada Rejoice. Rejoice pun ok. Yang bestnya, rambut aku tetap lembut walaupun bertukar-tukar shampoo. Tapi, Sunsilk aku memang x boleh. X sesuai ngan rambut aku. Jadi kusut jugak. Harap wangi je.

So, sekarang...Rambut aku dah x kusut!! Imej kuntilanak pun dah tak ada sebab rambut dah pendek..Hehe..



P/S- Cukup la aku habiskan RM 300++ untuk digital perm sekali seumur hidup.




4 comments:

Annabella Influenza said...

rm300 abis fatin? wahh...ok setuju itu la first n last fatin buat...kawan saya y chinese ade juga buat perm ni tapi kejap je sebab cerewet nak jaga.hehehe..pasni juz buat treatment je ok~! ;)

FatinCitakky said...

yap..rm300++ habis..cukup la buat sekali..takmo dah buat perm ni..treatment?x penah buat lg...hehehe...

Fuz said...

betul2.
natural.

FatinCitakky said...

=)

Related Posts with Thumbnails