Pages

Tuesday, December 20, 2011

Nasihat Doktor Haiwan Kepada Tuan Kucing

Untuk sesiapa yang bela kucing aku cuma nak bagitau jaga la kucing-kucing korang elok-elok terutama sekarang ni musim hujan.

Bukan manusia je yang boleh demam bila kena hujan. Kucing pun sama tau.

2 hari lepas bawak Julie pegi klinik sebab dia tetiba tak aktif. Doktor pun cakap dia demam. Ape lagi. Kena inject la kan. Pastu doktor cakap sepatutnya kucing kena inject vaksin setahun sekali. Ubat cacing pulak 3 bulan sekali.

Hakikatnya kucing-kucing aku jarang sekali jumpa doktor kecuali masa tengah sakit begini. Huhu.

Kitorang bukan tak nak jumpa doktor buat semua ni tapi kucing-kucing aku ni takut gila naik kereta walopun letak dalam carrier. Dari rumah sampai ke klinik asyik nangis mengiau je..Lantang pulak tu dia mengiau..Huhu..sama jugak la kalo dari klinik nak balik rumah..



Semalam bawak lagi 2 ekor ni si Fifi & Jamie pegi inject vaksin, balik-balik je terus tak aktif. Kesian. Tengah berlawan dengan ubat agaknya.. Sabar ye kucing-kucing ku..Tuan-tuanmu sentiasa bersamamu =)

Tinggal Julie je la yang tak inject vaksin lagi. Doktor cakap dah sihat baru boleh inject vaksin.

Satu lagi doktor cakap kalau masa kucing tengah demam jangan campurkan satu sangkar dengan kucing-kucing lain. Kira kena kuarantin la sekejap sampai sihat.

Itu je,.Bye.

Sunday, December 4, 2011

Bukan Nak Bzbody Tapi Dah TERdengar

Anda pernah melalui seperti situasi begini?
Bukan niat kita saja pasang telinga..
Aku selalu la jugak kan jadi mangsa keadaan sebegini..
Hehehe..
Contohnya masa zaman kat MMU dulu..
Maklumla aku ni kejap-kejap bertukar rumah..
Masa tahun kedua aku pindah rumah baru..aku tak rapat sangat dengan bebudak rumah..dengan rumet aku 2 orang lagi tu pun aku tak rapat mana walaupun yang sorang ni satu kelas..Definisi rapat bagi aku ialah kawan yang diajak keluar enjoy bersama-sama.Makan sama-sama..Share cerita...Aaaaaaa!!~~ Apa-apa je la kan.

Ada satu hari ni..
Aku tengah baring atas katil.Masa tu katil double-decker, aku pulak duduk katil atas. Rumah aku yang ni memang bising dengan gelak tawa tiap-tiap hari ok! Kadang-kadang tension la jugak kan. Tapi yang bestnya tak sunyi walopun agak annoying.

Ada satu hari ni..(2 kali dah) kawan-kawan kepada rumet aku ni tengah duk bercerita..(Masa ni aku baring kat katil menghadap dorang..Time tu aku tengah pejam mata).. Ada la sorang minah ni duk bercerita dia keluar dating dengan mamat cina..Minah ni memang pot pet pot pet..Kawan-kawan dia yang lain semua khusyuk dengar dia cerita..
Aku masa tu buat biasa lagi..Lantak dorang la kan..

Tapi ada satu part yang aku ingat sampai bila-bila..

Bila si Minah ni cakap "Wei hang nak tau dak aku malu masa keluaq dengan dia..Dia boleh pulak betulkan english aku?!"

"Hahahahah! Awat weyh?" Kawan-kawan dia termasuk rumet aku tanya dia kenapa.

"Aku cakap la kita jumpa ja la kawan-kawan you tu..bukan buat apa pun, kita nak having fun ja! Hang tau dak pastu dia cakap apa? Dia (Mamat cina) cakap 'have fun' la..Bukan having fun.."

Lepas dengar tu memang semua berdekah-berdekah dengar cerita dia..
Aku? Aku yang masa tu menghadap katil rumet aku terus aku paling badan hadap dinding pulak..Tahan gelak..ok.Tipu. Aku gelak sikit-sikit atas katil tu. Ada la bergoyang-goyang jugak la kot katil tu masa tu pasal aku gelak senyap-senyap..Hehehehe..

Cuba bayangkan korang tengah cakap sempoi dengan crush korang kan tetiba dia betulkan grammar kite..Malu tawww!!~Aku kalau cakap pun memang tak ingat dah grammar asal paham sudah..
Huhu..

Satu lagi cerita masa tu aku dalam flight baru lepas konvo nak balik Kelantan..Sebelum berlepas lagi aku dah TERdengar passenger pompuan cina belakang aku ni duk bercerita kat orang sebelah dia kata dia balik kampung sebab dapat tau mak dia accident kena langgar dengan kereta masa tengah bawak motor, sampai ada bahagian badan yang patah..Huhuhu..Aku yang dengar kisah dia pun dah rasa sedih...Dia cakap lagi, lepas je dapat tau mak dia accident dia terus booking flight balik cepat-cepat..Nasib baik ada tempat lagi masa tu...Aku insaf kejap la bila dengar cerita cina ni..:(

P/S - Saya rindu Wookie

Thursday, December 1, 2011

Entry Ikhlas Dari Hati

Sebenarnya aku tak tau nak cakap apa kat sini..
Macam dah bosan je nak buat post baru..
Beberapa hari lepas aku baca balik post-post lama..
Nak tergelak je bila baca..
Dulu semua benda aku cerita kat blog ni..
Keluar dengan kawan pun aku cerita..
Shopping beg pun aku cerita..
Patutla ada yang kritik aku..
Benda camtu pun nak cerita.
Macam la ada orang nak amek tahu pasal kehidupan aku.
Hehehehe!~

Peduli la kan orang nak cakap apa pun...
Aku ada blog..kau ader?
Hek hek hek..

Sekarang ni pun aku macam dah tak berminat nak cerita semua benda..
Mungkin sebab aku dah ada Twitter kot..

Yep! Twitter tempat aku luahkan semua benda...sedih..gembira..mengutuk orang pun ada jugak terutama bila bertweet dengan kawan-kawan sendiri....baca timeline dari kawan-kawan..artis..seronok tau..jadi macam stalker pun ada jugak..:-p

Mungkin sebab tu aku dah slow sikit nak berblogging..

Facebook? Sekarang pun aku dah slow berfacebook..Kadang-kadang on FB sebab nak main Cityville je..Cuma bari-baru ni je la aku post video pasal MAMA kat Singapore..
Tu pun sebab Super Junior menang banyak awards..:-p

Lepas tu senyap balik.

Lagipun kehidupan aku sekarang tak seindah seperti yang aku jangka..[ Cisss!~]
Hehe..

Dah la! Malas da nak taip.

Tuesday, November 29, 2011

Aku Nak Yang Bogel

Hati aku sekarang ni tengah membuak-buak..
Nak sangat!!~~~
Dah lama aku fikir..


Dan juga aku impikan..
















Sebatang lipstick warna bogel..
atau lebih dikenali sebagai nude color.

Muahaha!!


P/S - Masih waras

Friday, November 25, 2011

Beza Langsat, Duku, Dokong

Merujuk pada Masterchef Malaysia...Seorang peserta telah tewas kerana tidak dapat membezakan langsat dengan duku..

Bukan dia sorang je..aku pun tak dapat bezakan buah yang sama bentuk sama rasa nih..



Jawapan yang diterima:

Keh keh keh..Kelakau la Nik nih..Aku rasa Chef Ramsay pun taktau langsat tu apa :-p

Takpe la Nik..Pegi la sambung belajar..

Balik MMU Cyber nanti bukak la gerai kat situ ye..
Mesti malatopp!!

=))

P/S - Dia dah ada GF..jangan masuk line! :-p

Wednesday, November 23, 2011

Musim Tengkujuh Sudah Tiba


"Wordless Wednesday"..errr...







Kalau hujan lebat sikit macam ni la keadaannya..
Selalunya pagi sampai petang..Petang dah surut..


P/S-Hujan itu rahmat..Tapi ada je yang tak tau bersyukur...Hujan sikit dah bising..Cuaca panas lagi nak bising..Siku mau?

Monday, November 21, 2011

Khayalan

Tiba-tiba aku terbayang apa perasaan seorang doktor/doktor gigi apabila idol dia datang ke klinik dia untuk buat rawatan?? Cuba bayangkan kalau aku jadi doktor/doktor gigi, tetiba ada patient yakni idol dia iaitu Lee Minho datang buat rawatan gigi??


OK.Mengarut je.Bye

Saturday, November 19, 2011

Musim Sakit Mata Ke Sekarang?

Saya adalah salah sorang mangsanya..




Align Center

Macam kena dera je kan..Macam kena tumbuk pun ada gak..



Tak pasal jadi sepet sebelah..
Huhu..
Saya tengah berfikir positif..
Semua ada hikmah..
Wahai hati..
Sila bertabah!Anda kuat!

P/S - Kakak saya cakap mata saya dah macam Patrick Starfish yang kena tumbuk dalam satu episod dalam Spongebob.Erk!~
Related Posts with Thumbnails