Pages

Saturday, May 7, 2011

Entry Ini Untuk Yang Minat Maths Sahaja!

Aku ada jawab quiz soalan ni kat FB..

6÷2(1+2)=?

Nampak simple je kan soalan ni?

Ala..kuiz yang jenis kita tick tu..jawapan dia ada dua je..samada 1 atau 9..aku tick 9..then aku pelik..coz ada sejuta lebih orang jawab 1..Then aku tekan kalkulator jawapan memang 1!
Pastu aku letak la status kat FB..Nak kepastian..Time tu plak dah pukul 1 pagi kot..Konon nak restkan otak aku main FB jap..

Sape-sape yang betul-betul minat ngan maths je aku sarankan right click gambar-gambar kat bawah ni kalau nak tau apa kitorang bincang untuk dapatkan jawapan persamaan yang nampak senang gila babeng neh...(Pesanan dari penaja..hehehe)

Lepas tu aku bangun pagi tadi...Ada sorang lagi kawan sekolah aku tetiba jawab 9!

Sambungan lagi...
lagi..
Dalam dorang ni duk argue and bagi pendapat masing-masing..Aku sambil-sambil tu bertanya pada yang pakar which is my father yang terer bab maths & fizik ni & pernah mengajar masa kat Kolej Mara Kulim dulu..

Tak sangka lak jawapan abah sama ngan aku..dia pun jawab 9..Hehehe =p

Aku lak pk senang je..memang setelkan dalam kurungan dulu (1+2)=3
So jadi la macam ni:
6÷2(3)..Bila dah sampai step ni aku ikut je urutan bahagi baru darab dengan kurungan tu..atau untuk lagi simple and lagi nampak jalan kerja..

Nampak tak adik-adik?? Hehe..
Tapi yang dapat jawapan 1 tu dorang setelkan semua kurungan tuh dulu jadi macamni:
6÷(2x3) = 1..
Ha..Pening lagi kan??Kalo ikut logik pun nampak betul jugak kan..
Maka keluar habis segala rules BODMAS dari abah aku dan rules PEMDAS seperti yg disebut dalam komen kat status tu..OK.. sambungan dari status aku..
Hehe..High level ye??

Last sekali..


Sekian saje pembelajaran matematik kita pada hari ini...
Semoga kita bertemu lagi.
=p


P/S - Inilah akibatnya bila manusia terlalu bergantung pada kalkulator..Kalkulator tidak bijak..manusia yang cipta kalkulator itu yang bijak.Heh.

2 comments:

Unknown said...

teori math. guna bodmas. hehehe

FatinCitakky said...

yup ^^

Related Posts with Thumbnails