Pages

Monday, January 10, 2011

Luahan Hati Selepas Submit FYP

10012011: Akanku ingat tarikh ni sampai bila-bila..
Hehehe..
Hari ni dah selamat submit Final Year Project 2!
Woohoooo!!
No more FYP!
So..semester depan tinggal subjek elektif saje..dah tak ada projek..ngeri tau buat projek neh..
Lepas tu dah habis belajar =) InsyaAllah..
Lepas je hantar FYP..malam ni terasa sebak plak sorang-sorang..
Bulan depan dah final exam..
Lepas tu semester baru short sem- 8 minggu..
Walaupun semester sekarang ni long sem - 16 minggu..Tapi tetap rasa sekejap je masa berjalan..
Maknanya aku semakin menghampiri tempoh meninggalkan MMU.

Banyak kenangan aku simpan sepanjang hampir 4 tahun di bumi Hang Tuah ni..Tak sempat nak explore satu Melaka..A Famosa Resort pun aku x penah jejak...T___T
Tahu tak..bila dah masuk final year nih...aku baru rasa menghargai kawan-kawan sekampus ni.Teruk kan?Masa memula dulu x de lak nak appreciate kawan-kawan ni...Walaupun mungkin pada mulanya aku tak rapat sangat dengan mereka..Tapi bila makin dekat tempoh nak habis belajar..tetiba ada satu perasaan sayangkan kawan-kawan satu kampus ni..Jangan pk aku lesbian plak..Aku lempang gak kang..

Serius! Aku sayang nak tinggalkan kampus ni..SAYANG MMU..
Hehehe..

Aku ingat lagi masa umur 18 tahun dah masuk MMU..masa tu taktau apa-apa..Minggu orientasi, tiap-tiap malam menangis sebelum tdo..Yela..Itu la kali pertama berpisah dengan famili. Dah la masa tu aku x da laptop lagi..Nak online pun tak boleh. Lepas je 2 minggu, aku baru dapat laptop dengan printer baru.So, senang skit la kan nak online ngan buat esaimen.

Zaman foundation aku paling rindu..Sebab masa tuh semua masih kanak-kanak...Masa tu tak se"stress" zaman degree..Esaimen pun yang basic-basic je..
Sekarang, bila aku terserempak dengan junior-junior yang berjalan dalam berkumpulan sambil gelak kegirangan, aku dah dapat agak, ni mesti budak Alpha. Masa tu jugak aku cuba bandingkan dengan kehidupan aku. Dulu aku pun camtu gak..Pegi mana-mana mesti nak berkumpulan. Bila masing-masing dah masuk degree, ada yang ke Cyberjaya..Hubungan mesra dengan kawan-kawan makin hilang...Tapi, masih kontek sampai sekarang..Kat Fb..=D

Aku ingat lagi masa memula masuk degree, ramai kawan-kawan sekelas ngan aku masa zaman Alpha pindah Cyberjaya..Aku je yang stay kat sini..Masa tu aku dah start buat kerja sorang-sorang..Beberapa minggu lepas tu, baru aku kenal dengan kawan-kawan baru..Dan kekal sampai sekarang..

Bila dah masuk tahun Delta ni...aku rasa tacing plak..Aku pk...camana kehidupan aku selepas habis belajar? Kehidupan aku sebagai seorang yang bekerjaya? Cewahh!! Bila aku dengar lagu Permata Dunia..Aku sedih....HUwaaa!!! Sila lah cari kat Youtube..Layan oooo...Lagu MMU paling best aku penah dengar.Heh. Ada benda lagi nak cakap..Tapi aku tengah tacing...Takmau cakap dah.Uhuhuhu..

Leeteuk sebagai orang Arab di Super Show 3...(Meh bet ngan aku..SS3 akan cancel di Malaysia=p)

P/S - 1 more esaimen, 2 more presentation..Then final exam.Pheww!

No comments:

Related Posts with Thumbnails