Pages

Wednesday, August 25, 2010

Sedih Tak Hengat


Private Fan Meeting dengan Kim Hyung Jun akan diPOSTPONE pada bulan Oktober..
Baru dapat berita ni beberapa minit yang lepas di Facebook.
Berita pembatalan ini diketahui 3 hari sebelum Fan Meeting ini akan diadakan, iaitu pada 28 Ogos 2010 (Sabtu).
Alasan yang diberi oleh pihak sponsor sini ialah mereka sendiri menghadapi masalah management.Bukan masalah dgn Baby Jun.Sebab Baby Jun boleh je pegi Singapore pada 29 Ogos ni.

Tiket flight dah booking.....
Oleh itu...
Sabtu ini aku akan bersiar-siar di KL..Shopping raya..Bak kate kakak aku, buat retail-therapy..Pegi sana dengan tenang...tanpa rushing-rushing untuk mengejar flight balik ke sini pada waktu malamnya...

Oh ya..everything happens for a reason..aku tengah berfikiran posotif pada hari ini..tanpa mahu mencarut..sia-sia puasa aku nanti..
Maybe kalau ada gak FM ni pada Sabtu, ada banyak masalah lagi..dengan nak berbuka puasa lagi..nak rushing pegi airport lagi...atau mungkin jem masa on the way nak gi airport..ketinggalan flight ke..

haishh...
Nak sedapkan hati je sebenarnya ni..

Kepada syarikat yang bertanggungjawab membawa artis-artis Korea nih..tolonglah rancang betul-betul..
Pastikan bila semua dah confirm, bila semua plan berjalan dgn lancar..barulah buat pengumuman kepada fans. Kami sebagai fans ingatkan memang dah confirm, sebab bukan main lagi dok canang bagai kat Facebook.Haih..Dah nak start marah dah nih!
Kena la pk fans yang duk luar dari KL neh..jadi mangsa keadaan. Dengan tiket flight dah booking. Maybe sape-sape yang kerja weekend terpaksa amek cuti semata-mata nak jumpa dorang ni alih-alih x jadi lak..Maybe ada yang dah booking hotel pada hari tu terpaksa cancel balik..Aku sedih gak nih...huwaaaa!!Kesian bagi fans yang beli VVIP tiket, dah booking flight, dah booking beberapa bilik hotel, tapi x available plak pada Oktober..Kesian jugak pada fans oversea yang mungkin dari Indonesia atau Thailand..Aku tumpang simpati je la..Cuma aku bernasib baik skit je dari dorang..Walaupun sebenarnya agak malang kejadian yang menimpa aku neh...huhuhu..

Dan semestinya la company yang nak bawak Baby ni kena hentam teruk dengan fans..
Aku malas nak komen kat situ..
Kang aku terlebih maki lak.
Aku baca je lah apa yg fans lain maki dorang..
Muahahahahaha!!!

Dorang kata tak cancel..cuma postpone ye..dia kata harga tiket bleh refund kalo fans memang tak boleh pergi pada Oktober ni.Kalau ada yang nak pegi jugak Oktober ni, tak boleh refund lagi..
OK..
Aku tunggu..
Tapi kalo tetiba dia cancel plak memang nak kena la kan..
Dah!
Tengah sentisip neh!
=((

No comments:

Related Posts with Thumbnails