1) Kenapa dalam cite yang menunjukkan situasi di Universiti/College..gelaran "Prof." selalu digunakan?sedangkan "Prof." tersebut SANGATLA MUDA...kalo kat tmpat aku ni, gelaran Prof ni selalu untuk presiden MMU ni je..mcm senang sgtla org muda nak dpt gelaran Professor ni..Cuba la panggil cik ke..miss ke..sir ke..
2) Situasi kat Univ./College jugak, kenapa babak-babak dalam tuh menunjukkan watak sebagai seorang student yang selalu happy dalam kampus? Situasi macam tu menunjukkan betapa bestnya kehidupan kat kampus..(memang la best ada kawan2 yg sekepala kan..) tp bleh x sesekali tunjuk scene sebagai contoh, satu group student bersusah payah mencari company tuk diinterview sebagai salah satu esaimen/projek dorg dlm subjek dorg belajar tuh..(heh.pengalaman sendiri =p)..tp company tu x layan student ke..or apa2 scene la yg menunjukkan kesungguhan seorang pelajar tu nak mencapai cita-cita dia..paling x leh blah kalo belajar kat luar negara bleh lak tunjuk gelak ketawa dorg kat sana...hish.aku rasa belajar oversea lagi banyak dugaan/cabaran kat kampus..
3) Yang ketiga ni lak..dari aku kecik sampai la sekarang dok pk..pengarah nak pendekkan cerita terus ke scene beberapa tahun kemudian..contoh dlm drama NurKasih..Nur Amina kat kampus x balik ke kg dia dalam beberapa tahun kan masa dia mula2 kawen? Habis tu dia sambut raya camana eh??hehehe...
4) Kenapa dalam cite orang-orang kaya, penghuni dlm rumah besar tu mesti lawa2??mesti hensem2??dah tu lak pakaian mau tayang yang bergaya je...hakikatnya aku jumpa kwn2 aku yg kaya2 ni..dorg simple je..kdg2 tu selekeh je tgk...
P/S-Maaf la ye..Hari ni aku banyak bunyi skit.. =p..aku x kate sume drama/filem kite x bagus..sesetgh je kot...aku buat post ni atas apa yang aku observe and yang aku pk.maybe ada point aku bgtau kat atas tu x relevan..aku pun bukan bagus sgt bab2 filem ni..apetah lagi aku x belajar pasal ni..xkan pengarah nak cerita semua benda..ye x? heee...peace! ^^
No comments:
Post a Comment