Pages

Wednesday, February 18, 2009

Mood: Jiwang

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa
mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua
kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar
dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan
sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati
pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya cinta.

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu
masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa
sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu
masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan
walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya,
walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin
mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka
yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali
kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang
tersayang sehingga dia meninggal dunia, lantaran akhirnya kamu terpaksa
catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta
yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta
dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita
harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih
emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi
telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak
mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu
tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu
kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis,
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu
mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar
itu menusuk jari.

Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu
bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan
bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya
pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh
hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan
kerana perginya tanpa berpatah lagi.

Aji bakil - tak abis2 pasal cinta, kan bagus simpan duit"

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang
dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi
kiranya kamu benar menyintainya setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit
dari hempedu.

"Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian,
dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana
dianggap seperti lautan madu."
[Raja Pedang Deir]

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat
membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal
menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika
cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu. Berkemungkinan apa yang kamu
sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa
yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada
perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati
ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa. Lemparkan seorang
yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor
ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang
roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua Bahasa
manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih,
dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang
gemerincing. Cinta adalah keabadian, dan kenangan adalah hal terindah yang
pernah dialami.

Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yang
pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yang boleh di lihat
oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati dan
perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu,
membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak
menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta!

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu
cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang
kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang
kamu temukan di dalam dirinya.

Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta.
Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan
biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya. Cinta
bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta
adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai
kesuciannya.

Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang
mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar
diperoleh. Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Cinta sesuatu yang mengasyikkan, ia boleh membuat kita
hilang kewarasanfikiran. Cinta juga sebenarnya indah jika pandai
menghayatinya.Sebaliknya cinta boleh jadi racun jika tersalah
tempat. Apa pun cinta itubuta. Anyamlah buih-buih di laut demi membuktikan
cinta yang suci tanpamenodai keaslian pantai itu. Cinta sebenarnya tidak
buta. Cinta adalahsesuatu yang murni, luhur dan diperlukan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails